OOO

Selasa, Jun 01, 2010

Daging Pedas Berempah

Masak daging ni resepi dia akak ambil dari rumah Ummi..Ummi cilok dari rumah
Che'Izza ...biasalah tu kan..bertukar-tukar resepi.

Bahan A:-
1/2 kg. daging
1 inci lengkuas - di ketuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
Bahan B:-
* 3 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit hidup
* 2 sb campuran ketumbar, jintan putih dan jintan manis
* 1 batan serai
* 5 batang lada hidup
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato/cili
sedikit garam dan gula
perasa jika suka
Cara Memasak:-
  1. Potong daging kepada beberapa bahagian. Rebus hingga empuk bersama bahan A. Angkat dan sejukkan. Hiris nipis. Simpan air rebusan daging.
  2. Kisar semua bahan bertanda (*) pada bahan B.
  3. Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga garing. Masukkan bahan yang sudah dikisar, kacau hingga garing dan terbit minyak.
  4. Masukkan air rebusan daging, biarkan kuah mendidih. Masukkan daging.
  5. Masukkan sos cili, garam dan gula secukup rasa. Biarkan masak hingga kuah agak kering berminyak. Siap untuk disantap!!

6 ulasan:

  1. sodap..sodap.. ai laik..

    BalasPadam
  2. baru balik keje nie kak, baca nie trus lapar

    BalasPadam
  3. ermmm...makann ngan pulutt sedap nii

    BalasPadam
  4. sodap!!!

    kalau datang merbok, boleh bagi saya rasa!!!

    ahahahaha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers