OOO

Jumaat, Jun 25, 2010

Jiwa saya kacau (Rosyam Nor bukan penipu)

 Sumber :Harian Metro

PETALING JAYA: “Jiwa saya kacau, ibu dan isteri saya menangis, malah ramai menghubungi saya bertanyakan perkara sebenar.
MANA BUKTI...Rosyam pada sidang media bagi membersihkan namanya, semalam.
MANA BUKTI...Rosyam pada sidang media bagi membersihkan namanya, semalam.
“Saya sedih sangat bila kenyataan di akhbar mengatakan saya penipu. Sepanjang 25 tahun terbabit dalam bidang hiburan, ini kenyataan paling mengguris perasaan saya termasuk anggota keluarga,” kata pelakon popular, Rosyam Nor menjawab dakwaan dia menipu orang ramai menerusi aktiviti syarikat jualan langsung.

Pelakon berusia 43 tahun berkenaan mengadakan sidang media khas membersihkan namanya selepas pelbagai laporan media mendedahkan beberapa ahli yang bernaung di bawah jenama Rosyam Nor Group (RNG) berasa ditipu.

Rosyam atau nama sebenar, Mohamed Noor Shamsuddin berkata, walaupun ada laporan media yang tidak menyebut namanya, tetapi dia percaya kenyataan itu merujuk padanya termasuk satu laporan akhbar mingguan baru-baru ini menyatakan dia dituduh menipu.

Akibat tekanan laporan itu, Rosyam bergegas dari penggambaran drama Cinta Selat Tebrau di Singapura hadir ke sidang media khas yang diadakan di sebuah hotel semalam.

Katanya, dia kini hilang kepercayaan daripada ahli selepas menceburi perniagaan yang menjual produk kesihatan, Power Impian lebih dua bulan lalu. Ketika ini, Rosyam mempunyai 3,000 ahli yang menyertainya.

“RNG bukan syarikat jualan langsung atau MLM, tetapi saya juga adalah ahli biasa yang menjalankan perniagaan menerusi Power Impian. Saya percaya syarikat ini kukuh kerana bernaung di bawah syarikat besar dan yakin dengan pelaburan untuk jangka masa panjang.

“Sebelum ini, saya berdiam diri apabila timbul gosip di akhbar yang saya tahu ia merujuk pada diri saya. Namun, apabila nama saya disebut, saya perlu tampil membuat kenyataan.
“Sejak laporan itu, perniagaan saya terjejas teruk. Saya tidak bodoh melakukan perkara ini dan pembabitan saya dalam perniagaan ini adalah cara membalas sokongan peminat dengan membantu menerusi perniagaan bersama,” katanya.

Rosyam memberitahu, RNG mendapat lesen perniagaan pada 8 Januari lalu dan menjalankan operasi sejak 13 April lalu.

Katanya, dia melabur RM300,000 untuk menjalankan perniagaan itu termasuk membeli iklan dan mempunyai pejabat sendiri.

“Ceramah perniagaan saya yang diadakan pada setiap Rabu kurang dapat sambutan. Jika sebelum ini saya mampu tarik 1,000 pengunjung, tetapi baru-baru ini, hanya enam pengunjung yang hadir.

“Janji syarikat ini akan memberi wang setiap dua minggu pada ahli tidak benar kerana Power Impian sebenarnya membayar bonus pada ahli yang layak jika ada pendaftaran ahli baru,” katanya.

Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang dan KL Menjerit pada Festival Filem Malaysia ke-21 (2008) dan ke-16 (2003) ini menyatakan mahu menyiasat punca laporan media yang dipercayai berasaskan e-mel yang dihantar kepada wartawan. Dia juga mengesyaki ada di kalangan rakan artis yang terbabit menyebarkan e-mel berkenaan.

“Saya sebenarnya menjangkakan perkara ini berlaku, tetapi ini menguatkan semangat saya untuk terus memajukan RNG. Buat masa ini, syarikat Power Impian mempunyai strategi untuk membersihkan nama saya.

“Jika saya dapat bukti mengenai pengirim e-mel ini, saya akan membuat laporan polis. Namun, apa yang berlaku mempunyai hikmah dan saya bersedia disiasat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) jika saya dikatakan penipu,

No komen...tak berani lah..kang tak ada pasal cari pasal..cuma berhati-hatilah yer..
 Akak memang suker dengan lakunan beliau...muka pula handsome..lagi satu akak suka sebab dia beringat sebelum tua...tidak berpoya-poya dan tak pernah lagi kena gossip camni..bersabarlah..kalau betul...tak apalah.....tak payahlah lagi nak susah hati.
 Apakah rahsia dia awet muda?
(gambar...terima kasih cik google)

10 ulasan:

  1. wah kak ina..pantas kilat menghapdet...ekekeke... :P

    BalasPadam
  2. sy pun tak brani nak komen.. tapi rosyam nih awet muda kan.. hensem lagi . walaupun dah ada anak dara

    BalasPadam
  3. peminat setia rosyam noor ...go! rosyam go!!!

    BalasPadam
  4. i respect rosyam punya bisnes minded. dia artis yg memang sy kagum.

    as you know dalam satu syarikat bukan rosyam sorang jer. actually maybe ada org lain dlm syarikat tu yang memberi keterangan yag salah. sebab tu laa jadi camnih

    BalasPadam
  5. salam kak lama tak dengar cerita hehehe

    BalasPadam
  6. Kak ina kalau nak jumpa rosyam saya boleh bawakkan..hehe..sepanjang pengetahuan saya beliau tak pernah menipu,seorang ayah yang bertanggungjawab,suami yang pengasih dan banyak lagi..kenal dia sebab orang umah sama kerja dgn saya dulu..

    BalasPadam
  7. teringat lakonan dia dalam gila2 remaja, hehheh! :) la...kak ina kenal teha rupanya, baru semalam ieda ngan teha sembang asal kak ina. Dia kata akak ada call tanya bila nak dtg umah, hehhee!! ujung minggu ni teha indah balik ke kl :)

    BalasPadam
  8. saya tak pandai nak cakap apa kak, saya tak pandai meniaga... huhuhu

    tapi berani kerana benar. moga2 yang benar akan lebih berjaya lagi....

    BalasPadam
  9. wah kak tak terkomen nih...pasal awet muda tu taktau la kak mungkin dia ni jenis ikhlas dan sentiasa senyum je tu yang awet muda tuh gaknya hehehe

    BalasPadam
  10. produk plasenta biri2 tu ke?ade iklan dia kat tv

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers