OOO

Isnin, Jun 28, 2010

Kue tiaw Ladna


 suami akak punyer
 Kalau pergi ke pasar...bila balik akak beli nasi lemak...tak kuasa nak buat breakfast..penat...selalunya kak beli nasi lemak berlauk..orang lelaki kalau kat umah ni bangun tidur lambat...makan nasi lemak tu macam kira makan tengaharilah gamaknya.

Bila perut dah kenyang..akak cuma buat minum petang.  Russhdi dan Firdaus lepas makan hilang...ada ajer agenda dia orang berdua.  Tinggallah kami bertiga.  Malas nak masak memasak susah-susah akak masak ajer kue tiaw ladna untuk makan malam.  Sayur tu ikut sukalah nak letak apa-apa.  Sotong, udang dan ayam pun ikut suka hatilah.

Untuk 4 orang makan
  • 5 biji bawang putih-tumbuk halus
  • 4 biji bawang merah-hiris halus
  • 1 paket kuehtiaw
  • ayam-hiris tipis
  • 8 ekor udang
  • 3 ekor sotong
  • 1 kiub ayam
  • 5 cawan air
  •  2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 4-5 titik minyak bijan
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 biji telur-pukul sedikit
  • lobak merah-potong kecil
  • sawi-potong kecil
  • cendawan-siat kecil
  • 1 putik jagung
  • sedikit minyak
  • garam secukupnya
  • 1/2 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
  • daun sup/daun bawang-hiris halus
  • sedikit bawang goreng
  • sambal kicap-jika suker
akak punyer..semestinya mesti ada sambal kicap
Cara-caranya
  1. Panaskan sedikit minyak.  Masukkan bawang putih kacau dan masukkan d ayam.  Kacau sekejap, baru  masuk sotong dan udang.
  2. Masukkan 5 cawan  air bersama kiub ayam.  Biar mendidih. Masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan garam. 
  3. Bila mendidih, masukkan putik jagung dan lobak merah dan selepas itu  masukkan sawi dan cendawan.
  4. Kemudian  cepat-cepat masukkan telur yang telah dipukul kedalam kuali dan kacau telur menggunakan garpu dalam kuali..putar banyak kali sehingga jadi bertali dan titiskan minyak bijan
  5. Masukkan tepung jagung yang telah di campur air, biarkan mendidih dan masukkan kuehtiaw.  Rasa dan padam api. (kalau tak nak campur pun boleh..tuang kuah atas kue tiaw dalam pinggan)
  6. Hidangkan bersama daun sup/daun bawang, bawang goreng dan sambal kicap (jika suka)

8 ulasan:

  1. salam kak ina...sedapnya kuehtiaw akakkk!!!

    BalasPadam
  2. salam kak ina..wow sedapnya resepi kali ni..inilah kegemaran nurul cuma tak tahu nak buat aje hehehe..akak sal twitter tu akak jgn kecik hati lak yer..kerama akak lah nurul pandai buat hehehehe

    BalasPadam
  3. saya mmg suka mee ladna ni kak...sesuai dimakan utk semua org...

    BalasPadam
  4. feveret sangat kueteow ladna ni..sedapnya laaaahhh! lagi2 kalau letak byk sayur

    tp sy tak pernah pon buat lagi. mcm susah ja huhuhu

    BalasPadam
  5. memang sodap2 masakan kat sini,.... pos le

    BalasPadam
  6. kak ina..saya nak cuba lak...sgt sedap la...

    nanti nak try buat...akk nya resepi sumer mudah2 belaka la kak...

    Sumijelly.com

    BalasPadam
  7. nak cuba nak cuba...cam sedap jer..nyum3

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...