Isnin, Jun 07, 2010

Pelancaran Buku Wardina Mama Saya Lapar & Siapa Alien

  Masa akak gi ke Perpustakaan Negara sebab nak pulang buku..akak dapat tahu Wardina tengah buat pelancaran buku hasil penulisan beliau kat Dewan di situ.  Lepas ajer cari dan chop buku baru...akak bergegas ke bangunan sebelah.

Bila nak masuk ke situ..orang dah ramai..rupernya tengah berlangsung sessi temubual bersama beliau.  Buku beliau telah dilancaran oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Raslin Abu Bakar dan beliau berharap, selepas ini dapat menghasilkan lebih banyak lagi buku berkonsepkan keibubapaan dan penjagaan kanak-kanak.
 Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, seorang pelakon dan pengacara yang kini telah menceburi bidang penulisan telah membuat majlis pelancaran bukunya pada hari Jumaat 4hb. Jun 2010.  Buku hasil karyanya bertajuk "Mama Saya Lapar" dan "Siapa Alien" memfokuskan kepada penjagaan kanak-kanak terutama dalam aspek pemakanan serta cara untuk memanipulasi pemikiran mereka.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi ini buku pertama hasil karyanya berjudul Mama Saya Lapar dianggap sangat personal dan istimewa buat dirinya. Buku ini sangat berguna untuk para ibu di luar sana untuk dijadikan panduan mengenai pengalaman pemakanan berkhasiat.
 Ditampilkan juga pelbagai tips bagaimana untuk mengatasi masalah anak-anak cerewet memilih makanan, cara nak ajar anak makan sayur. Selain menerangkan tentang penyusuan susu ibu, Wardina juga menceritakan tentang pengalamannya apabila menghadapi anak yang sedang sakit. Tak lupa juga ada resepi menarik untuk dicuba!
“Minat menulis memang sudah lama ada dalam diri saya, sejak di bangku sekolah lagi. Kalau saya tidak menjadi pelakon, saya rasa memang saya akan menjadi seorang penulis. Buku panduan untuk ibu-ibu itu tercetus setelah saya menyedari ramai wanita sering bertanyakan pada saya tentang tips pemakanan bayi, penyusuan dan sebagainya. Saya sendiri pun tidak tahu mengapa mereka sering bertanyakan pendapat saya dan dari situlah saya rasa bagus juga jika saya hasilkan satu buku menceritakan tentang pengalaman sendiri sebagai seorang ibu. Untuk siri pertama ini, saya memfokuskan kepada aspek pemakanan. Mengenai buku cerita kanak-kanak pula, ia adalah ilham daripada seorang kenalan sebenarnya. Dan buku ini saya hasilkannya di dalam bahasa Melayu (BM) kerana ketika ini, buku kanak-kanak dalam BM sangat kurang. – Wardina [sumber]
Kata Wardina, buku ini disampai dengan cara yang senang difahami dan ianya ikhlas dari hati. Beliau percaya, buku sebegini padat dengan informasi berguna dan segala tips memang boleh dipercayai keberkesanannya kerana dilengkapi juga nasihat dari pakar.

Buku kedua karya Wardina berjudul SIapa Alien.
Buku cerita kanak-kanak ini diilustrasikan oleh Raja Pensel Warna Uneh. Ianya menceritakan tentang Alien yang bernama Ali, bagaimana ia turun ke bumi dan berjumpa dengan satu lagi Alien yang sebenarnya – seorang manusia! Nak tahu lebih lanjut siapa Alien sebenarnya, kenalah beli buku ini.
Pengajarannya janganlah kita memandang seorang yang “tidak sama” dengan kita sebagai aneh dan pelik. Disertai panduan dan info mengenai perkembangan minda.
Kata Wardina, antara sebab dia menghasilkan buku kanak-kanak adalah kerana beliau cukup suka dengan kanak-kanak.
 Mama Siapa Lapar diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd berharga RM19.00 dan Siapa Alien diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd dijual dengan harga RM19.90.
terserempak dengan Budiey...borak kejap..
 
best dapat bergambar dengan Wardina..alahai lawa sungguh 
dan tangan dia memang lembut..
makanan pun sedap..ada juga sup 
 akak dapat 2 goodies beg.. pertama berisi cenderahati dari Wardina
kedua dari Alaf 21
ada macam-macam majalah
biskut alien yang sedap
badut pun ada...
ternampak pula dengan Vie Shantie, isteri pelakon Eizlan Yusof bersama baby
alahai..merah lagi kulit baby ni..

6 ulasan:

  1. salam k.ina..beshnya dpt jumpa wardina live.mesti lawa kan .

    BalasPadam
  2. merah lagi baby da bawa kuar pi jalan2..ermmm

    bagus wardina...at list as a public figure..dia leh menulis dan memberi info yg baik pada masyarakat...

    BalasPadam
  3. wardina memang dah lawa... tambah lak ngan vie shanti...

    BalasPadam
  4. salam kak ina, apa kabar. best la dapat jumpa wardina yg makin bertambah cantik tu n wife eizlan yg anggun. Bagus akak ni, kira buat promosi utk buku2 wardina lagi :)

    BalasPadam
  5. cantiknyer wardina tu kan kak, sweet jer muka dia

    BalasPadam
  6. k ina, ank wardina lapar biarlaa dier g msk...ehehehehe

    sy nk ckp ini ajer....." k ina, sy lapar...."...ehehheheheheh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers