OOO

Jumaat, Jun 25, 2010

Pulut Kuning Dan Rendang


Ingatkan pulut kuning ni...ala yang akak buat untuk ulangtahun suami akak tu...sajer nak buat kelainan...ashik kek ajer..lagipun suami akak dah ada penyakit manis...buat untuk suker-suker ..cik somi makan sikit..tukang masak pulak yang makan banyak...Tak aci kannnn..
Janganlah di gelakkan design pulut kuning ni yer...akak bukannya expert cam Chef Ah Mat Gebu tu...tak layak lagi nak masuk dalam majallah..betul tak???.Akak ambil resepi dari blog Kak Liza.

Bahan
  • 1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
  • 3 keping asam keping
  • 3 s/b kunyit serbuk [bancuh dan tapiskan ]
  • air secukupnya untuk merendam pulut.
  • 1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukupnya
Cara-cara1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama beberapa jam untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dididihkan airnya.
5. Kukuskan sehingga naik wap.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dengan garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi [20-25 minit].
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan (jika mahukan pulut berbentuk)..
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.
Rendang Ayam

Rendang pulak akak ikut stail mak ajar...dari dulu lagi family kami buat camni...dari dulu...kini..dan selamanya...cuma sekali-sekali akak try jugak resepi orang lain.

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam-potong 12
  • 8 biji bawang merah*
  • 5 biji bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1 biji bawang besar
  • 1 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 inci lengkuas*
  • 5 batang serai*
  • 1 sudu makan jintan manis#
  • 1 sudu makan ketumbar biji#
  • 1 camca teh lada hitam#
  • 10-15 cili kering (jangan basuh-kalau nak pedas tambah lagi)#
  • 1 camca makan kerisik-tak bubuh pun tak apa
  • 2 helai daun kunyit
  • 500 gm santan pekat
  • 1-2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak
Cara-cara
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Sangai semua bahan bertanda # (masukkan ke dalam kuali dan goreng sebentar).
3. Kisar dengan sedikit air.
4. Kisar jugak bahan-bahan bertanda *.
5. Panaskan kuali dan tumiskan bahan yang telah disangai tadi sehingga naik bau. 6. Masukkan pulak bahan kisar bertanda # dan biarkan sehingga naik minyak.
7. Masukkan ayam bersama sedikit air..kacau lagi sehingga sebati.
8. Masukkan santan pekat bersama sedikit air dan kacau lagi dengan api sederhana.
9. Biarkan santan pekat dan masukkan daun kunyit yang telah di carik bersama kerisik.
10.Perisakan rendang dengan garam dan bolehlah di angkat.

7 ulasan:

  1. Salam kak

    kite suke mkn pulut dgn durian hehe

    BalasPadam
  2. salam kak.

    Setakat ni baru sekali try masuk pulut kuning, x menjadi keras sikit hehehe. Biasa mak je yg masak :D

    BalasPadam
  3. Kak Inaaaaa!! hantar pulut kuning tu sikit. Ct suka makan kak, terliur dah niiiii.

    kalau ada saki baki rendang tu bak ler sikit gak... hehehe

    BalasPadam
  4. alhamdulilah...belated utk suami akak...

    ari tu masa pregnant teringin makan pulut kuning kenduri dan sambalnyer sekali...
    alhamdulilah dapat merasa masa tu..

    tq resepi tu kak..leh wat...jamu diopis..hhehehe

    BalasPadam
  5. lama dah tak makan pulut kuning ni

    BalasPadam
  6. resepi rendang tue, cili kering tu kenapa tak perlu di basuh dan tak perlu dikisar ek?

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,salam ziarah, akak...
    saya mencari resepi pulut kuning dan rendang ayam (sbb stok daging lembu dah abish) utk buat esok,meraikan besday husband sy...
    tima kasyih ilmu akak...

    jemput ke rumah sy...
    http://www.yulbit.blogspot.com/

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...