OOO

Isnin, Jun 14, 2010

Seafood Pizza

Akak buat 2 kali ganda..jadi dapat 3 keping...puaslah makan. seperti biasa akak gunakan doh yang ini. Kali ni akak tak letak mozarella cheese sebab malas nak keluar gi beli. Tapi sedap jugak walaupun cuma di letak kepingan cheese dan cheddar cheese kraft.

Resepi ni akak ambil dari blog ceritapnut

BAHAN-BAHAN UNTUK DOH
  • 250 g tepung roti (high protein flour) - akak buat 2 kali ganda
  • 130 ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca besar gula
  • 1 camca teh yis (instant yeast)
  • 1 camca besar madu
  • 1 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 2 camca besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 camca teh oregano kering


CARA-CARA
1. Ayak tepung dalam satu bekas.
2. Satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih.
3. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.
4. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. (uli pakai tangan ajer)
5. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
6. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.
7. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.

KAEDAH LAIN:-
Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
8. Then canai besar mana nak letak la dalam pan (tudung periuk pun boleh)
9. Dah canai tu biar dia rest dalam pan tu kejap, dalam 20 minit ke..kasi dia naik sikit,
10. Ambik garfu, cucuk-cucuk sikit keluarkan angin-angin.. pastu bakar kejap dalam oven 200c dalam 10 minit (tengok jenis oven korang la gak kan..) (kira separuh bakar ni)
11.. pastu baru keluarkan, tabur segala neka topping, parut cheese dan bakar lagi sampai chees tu cair dan ikut tekak la nak garing ke separuh garing...
Untuk topping seafood
  • 1 botol Thousand Island Sos
  • 2 tin Tuna (akak beli ayam brand yang dah campur mayonis-pedas & biasa
  • Udang dan sotong secukupnya (udang sotong rebus separuh masak)
  • 8 biji cendawan butang (hiris tipis)
  • Ceddar cheese (parut)
  • Bawang besar-hiris bulat
  • Capsium Hijau (potong dadu)
Cara-caranya
1. Bila dah bakar sapukan thousand island.
2. Sapukan pula tuna pedas atau biasa
3. Taburkan udang, sotong, cendawan butang, bawang, dan capsium hijau.
4. Taburkan pula cheedar cheese (akak tambah kepingan cheese 1 keping disiat-siat)

12 ulasan:

  1. salam, ieta bagi 4.0
    sedap nampak! kalau dapat makan free ni lagi sedap. heheheh bila nak belanja makan?

    BalasPadam
  2. wasalam akak..yeay!!boleh bt pizza..baru jer usha2 nk cari resepi pizza..thanks ye akak:)

    BalasPadam
  3. ada lagi tak kak? nakkkkkkkkkkkkkkkk :P

    BalasPadam
  4. seronoknya klu sy pun pandai buat homemade pizza mcm akak!!

    BalasPadam
  5. hehehehhe.... no komen melainkan...sedappp!!! even lom pnh mkn...eheheheh

    BalasPadam
  6. sedapnyer...mewah jer letak cheese tu..tu yang best kalo wt sendiri,topping leh letak bergande2..

    BalasPadam
  7. wah,,,caya lah,,,pizza buatn sndri,,,,ble try nie,,,nang me back,,,thx,,,

    BalasPadam
  8. salam kak ina.

    sedapnya... kakchik takleh tahan la tengok piza ni, mesti rasa nak makan piza.

    BalasPadam
  9. sedapnya makan di petang hari nie... :)

    BalasPadam
  10. lama tak pekena pizza...nanti nak pekena sekali...kena bawa keluarga sekali...he he he

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...