OOO

Jumaat, Julai 02, 2010

Ayam Masak Merah (Versi Ah Mat Gebu)

Ayam masak merah ni memang kesukaan anak-anak...macam-macam versi yang akak dah cuber..kali ni ikut versi Ah Mat Gebu pulak..tang hiasan tu taklah akak buat kali...benda tak ada stok..janji anak-anak kenyang udahlah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g ayam, potong ikut sederhana besar*
1 1/2 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 20 minit)
1 genggam kacang gajus, goreng garing dan toskan-tak letak
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
2 camca besar tomato sos
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/4 cawan kismis*tak letak
1 inci halia*(*dikisar halus)
2 cawan air
Kacang pis, untuk hiasan-tak letak (akak tambah serai)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digoreng, tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan minyak. Tumis bahan kisar dan serai hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato puree dan tomato sos, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air dan juga susu. Bila mendidih,masukkan ayam tadi, masukkan sedikit gula dan garam. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  3. Tambah gajus goreng, kacau rata dan rasa. (tak ikut step yang ni)Jika ok boleh matikan api. Alih ke dalam bekas sesuai dan tabur kacang pis sebelum menghidang, jika suka...

4 ulasan:

  1. kak ina ni kalo bab masak2 memang dasyat!
    adoi...tetibe lapar pulak perut ni hehe...

    BalasPadam
  2. saya pon suka..

    nenek saya suruh saya belajar masak lauk2 pulak..asyik msak manisan aja..hehe

    BalasPadam
  3. Hi Kak Ina, hru doing there??? Ur chicken pulled me over!!! Hehehe...sedapnyeeee AMM tuh...love dah lapar plak! :D

    BalasPadam
  4. waaa.... sedapnya...

    salam singah dari seberang :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers