OOO

Rabu, Julai 14, 2010

Ikan terubuk bakar

dek kerana layan ceta korea..tak perasan dah hitam sikit..tapi sedap..

Acummmm ajer kerjanya bila kena selsema. Kalau makan ubat laloklah pulak. Ni gara-gara minum ais tak basuh. Sebab akak ada tonsil bila minum air tepi jalan ker..atau kat kedai makan, air batu tu di perbuat dari air tak bersih ataupun tak basuh cepat ajer kena alahan. Nak buang tonsil takut..

Kalau bulan puasa ikan bakar yang sodap buat menjamu selera. Akak buat 2 jenis ikan sebab ikan terubuk banyak tulang untuk akak dan suami. Anak-anak makan ikan kembung.

Bahan-bahan utama
  • 1 ekor ikan terubuk-belah 2 jangan potong putus
  • 4 ekor ikan kembong
Bahan-bahan lain
  • 10 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 1/2 sudu makan gula melaka atau gula pasir
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1/2 sudu makan
  • garam secukupnya
  • daun selasih-ambil daun
  • daun kesum-ambil daun (suka hati nak byk mana)
  • minyak secukupnya
  • daun pisang secukupnya
  • aluminium foil secukupnya
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus-untuk diperah diatas ikan setelah dibakar.
Cara-caranya
1. Basuh ikan basuh dengan jus limau ataupun asam jawa dan toskan.
2. Lumur garam dan serbuk kunyit.
3. Kisar semua bahan bertanda *.
4. Masukkan minyak dalam kuali dan tumis semua bahan sehingga pecah minyak.
5. Masukkan gula , jus asam jawa dan garam.
6. Rasa dulu cukup perisa, barulah di masukkan daun selasih dan daun kesum. Padam api, angkat dan sejukkan.
7. Alaskan daun pisang dengan aluminium foil, letak daun pisang dan sambal diatasnya. Letak lagi sambal kat atas ikan barulah ditutup dengan daun pisang bersama aluminium foil.
8. Akak bakar gunakan suhu 180 C dalam 45 minit hingga 1 jam bergantung kepada oven masing-masing. Bila dah 40 minit akak gunakan api atas aje..dalam 5-10 minit.
9.Nak hidang barulah di perah jus limau kasturi sedikit..taknak pun tak apa.

18 ulasan:

  1. feveret sy ni kak

    sodapppp :-)

    BalasPadam
  2. kalau bakar guna arang lagi sedap kak ina.

    BalasPadam
  3. yummy..sgt suka mkn ikan bakar
    Menu utama bulan puasa

    BalasPadam
  4. aduh kak ina...merembes air liur nih..dahle pose arinih...sabo jela perut

    BalasPadam
  5. kak..asal masuk cni..bau wangi masakan akak..mmg bikin lapo jer..hehe..

    kalau la jadi anak angkat ker..adik angkat ker..mesti tambah gemuk..dapat makan sedap2 kat umah akak..hik2..berangan..huhu..

    BalasPadam
  6. akakkkkkkkkkkkk...sedappppnyer.....suka sangat makan ikan bakar...mesti nak kena coba nie...

    eeeeee sedappppp...

    BalasPadam
  7. Ina..memang feveret kitorang adik beradik...

    BalasPadam
  8. ikan bakar sedap..tapi kalau terubuk .. aduihh malasnya nak makan.. malas nak asingkan tulang halus itew..

    kak .. kalau tonsil elok mkn icecream kan.. kasik sejuk sket

    BalasPadam
  9. cedapnyer kak nanti nak cuba la..

    BalasPadam
  10. Tengok je dah terliur...macam mana ni. Kebetulan, saya baru bergelar ISTERI dan baru sangat2 nak belajar masak-memasak ni. Baca cara-cara masakan tadi, insya-ALLAH boleh dipraktikkan. :D

    BalasPadam
  11. Ikan terubuk bakar mmg sedap..Tinginnya kak..heee

    BalasPadam
  12. kak ina..tu la nak beli cheese pun kena pikior banyak..takot gak nak bg anak mkn...

    ishh kak ...wa pun suker jer tgk muka dia..kalu jd ok gak hikk..hik..hik...(ampon jgn marah lak yea..)

    BalasPadam
  13. terubuk ni paling lemak dekat sebelah kepala dia tu..tempat paling banyak tulang pun iya jugak..

    BalasPadam
  14. lama tak makan ikan terubuk, kena carik lah weekend nie

    BalasPadam
  15. alamak...buat I lapar jer...
    Kak Ina I shy shy ma....that's why I'm quiet..

    BalasPadam
  16. wah kak ina..terubuk tu my peberet..dpt lg yg bakar..perghhh meletup..meleleh air liur nih...

    BalasPadam
  17. Sedapnya ikan bakar tuh..menyelerakan menengoknya.. :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers