OOO

Khamis, Ogos 05, 2010

Nasib baik...kalau idak???.....Spekulasi kematian Mantan Adun

 Gambar dari Jurukamera NST
 Heboh jugak ek kisah mantan Adun dengan PA dia yang kena tembak tu.  Polis dah kata jangan buat spekulasi.  Tapi adatlah manusia ni, bila polis kata jangan..lagi ramai yang seronok bercerita.  Kes hangat mestilah best buat andaian.  

Ada yang kata, mantan Adun ( arwah Datuk Aziz) tu tembak PA (Arwah Siti Rohana) dulu, pastu dia tembak diri sendiri(macam kes bunuh dirilah pulak).


Ada pulak yang kata ada orang ke 3 dalam kereta yang tembak mereka berdua, pastu melarikan diri dengan menaiki kereta yang mengekori kereta yang di pandu oleh Datuk tapi kepunyaan Rohana.   Entahlah..tak berani nak bagi andaian.

Dalam Harian Metro pulak hari ni, pihak keluarga bekas Adun menafikan PA tu adalah isteri ke 2 beliau. Ibu arwah pun menafikan cerita yang mengatakan mereka berdua ada hubungan kerana sejak dari dulu lagi orang cakap macam tu.Mereka rapat kerana kerja..ingat yer keroje....(jangan fikir macam-macam)  Iyerlah hubungan sebagai seorang boss dan pekerja kenalah ikut boss ke sana ke sini.  Dah nama pun personal assistant.

Isteri arwah  pun tidak diberitau perkara sebenar  oleh anak-anak arwah sebab beliau masih trauma dan terkejut .  Cuma beliau  diberitau yang arwah meninggal di sebabkan kemalangan jalanraya. Kalaulah isteri beliau tau cerita sebenar....entahlah.....ishhh tak berani nak komen.

Pihak polis pulak mengambil masa seminggu untuk menyiapkan lapuran penuh.  Kita tunggulah  ajer kesudahan kes yang menggemparkan ni......Al fatihah buat mereka berdua.


 Dalam Kosmo pulak camni..


SHAH ALAM - Spekulasi perkahwinan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh dengan pembantunya, Siti Rohana Ismat didakwa hangat diperkatakan sejak setahun lalu.


Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Habibah Yusof berkata, kedua-dua mereka memang rapat, lebih-lebih lagi Siti Rohana menjadi orang kuat ketika Abdul Aziz bertanding pada pilihan raya umum pada tahun 2004.


Bagaimanapun, menurut Habibah, sejauh mana hubungan tersebut tidak diketahui kerana dia sendiri tidak pernah bertanya kepada Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang itu memandangkan ia adalah urusan peribadi masing-masing.


"Namun spekulasi perkahwinan itu memang hangat diperkatakan dalam tempoh setahun lalu tetapi saya tidak mahu tanya kerana Siti Rohana juga merupakan ibu tunggal sama seperti saya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
(lain suratkhabar lain versi)


akak bawak keta serius yer..tak main-main..pemandu berhemahlah katakan
budak-budak kat belakang tu cam biasalah...terover...
Pagi-pagi bila hantar Imran ke sekolah..macam-macam ragam pemandu ...
ada yang bawak macam siput....memang akak potong sebab tak sanggup nak ikut keta dia....slow sungguhlah...macam bawak penggiling jalan tar tu..
ada yang bawak macam orang giler..tergesa-gesa, tak bagi isyarat...nak belok ikut suker dia ajer..mula lah mulut akak berbunyi..


stupid ...bengal ..sengal...badigol ....geram betul lah..(mungkin ada orang lain cakap lagi teruk dari akak kot)



Tadi  masa balik dari hantar imran kat sekolah..bila sampai satu simpang  kat taman melewar...ada pulak minah indonesia bawa basikal ..dia boleh keluar simpang ikut suker dia....tak pandang kiri dan kanan....dia ingat macam tempat dia kot...
nasib baik akak  sempat brake..kalau idak tentu jadi macam katun ni......akak  jerit...


nak mati ker..geram sungguhlah.


Kalaulah akak terlanggar dia ataupun dia lteranggar kereta akak..mesti jadi cerita lain dan mesti leceh dibuatnya.  Bersyukur sesangat walaupun jantung akak berdegup kuat tadi.

Yang akak geram tu...dia boleh buat muka toya aka muka sadin.....isshhhhh rasa nak bagi pelempang ajer kat muka dia...

Gambar dari google.com

20 ulasan:

  1. mmg mcm2 ragam pemandu kite boleh tengok...tp sy jarang nak mrah2..penumpang sebelah sy plak yg suka nk mrh2..eheheheh

    BalasPadam
  2. Aiik,macam samala kak.
    Hihi.Saya bole jadik sangat emo(read:bengang tahap gaban) bila berdepan ngan "oang2 mangkuk" di jalanan mahupun ateh jalan!

    BalasPadam
  3. pokok pangkalnya berhati2 lah dijalan raya

    BalasPadam
  4. tengah hot cerita mengenai ni dan banyak spekulasi, apa-apa pun, kita tengok le nanti ya

    Filem Melayu Terhebat

    BalasPadam
  5. heh
    mgkin akak bawak terlalu serius kot?
    huhu
    pape
    nasib baik xde pape kan
    syukur2

    BalasPadam
  6. rasanya bini dia dah tau kot la ni yg suami dia mati bukan kerana xcden...

    BalasPadam
  7. heheh..sempat lg cptured muka sadin minah tu..hehehe

    BalasPadam
  8. huhuhu..sabar je la kan...

    BalasPadam
  9. kesian isteri arwah kan...bayangkan kalau kita macam tu...tp minah indon yg bawak beskal tu mmg ramai yg buat negara kita ni macam tanahair dia...bawak beskal suka2 hati dia

    BalasPadam
  10. wooooooooo.....sabarr..kak kesiann kat owg tuuee...

    BalasPadam
  11. dah lame gua tak bawak kete ni kak.. kl ni dah la driver2 banyak yg tak hormat mat2 motor nih.. gr..

    BalasPadam
  12. tak sayang nyawa langsung...

    pasal kes xciden adun tue, macam dok bermain kat fikiran. Tapi kita dengar jer la, apa yang berlaku sebanarnya nanti..

    BalasPadam
  13. hehehehe, kelakar nak tergelak pn ada baca entri lawak dalam serius nie

    BalasPadam
  14. haritu balik kampung pun memang geram dengan jenis orang yang tak sabar bawak keta..

    cilok sana cilok sini..adui..beza berapa jam sangatlah kan?

    Entri terbaru chekgu

    Jikalau bukan kerana Facebook♥

    BalasPadam
  15. salam kak;
    ahmad dah ok...dah selera makan...lega skit maknya....
    lawak la akak cite pasal minah indon tuh..memang kekadang dorang buat macam kat kampung dorang je kan...

    p/s pasal kes mantan adun tu no komen..

    BalasPadam
  16. Macam2 ragam manusia kan. Mujur juga tak jadi ape2. Perkataan akak tadi tu kira ok lagi la. Kalau orang lain, dah berbakul2 sumpah seranah. Kot ya pon naik basikal, ingat2 lah. Macam dia tu naik kete kebal la pulak. Ehek ;p

    Semoga terus selamat di bawah perlindungan Allah s.w.t ya kak.

    p/s: Tak sabar tunggu hasil siasatan kes kematian bekas adun tu.

    BalasPadam
  17. itulah..linn duk sibukk gak nak tau cite sebenar. heheheh kipoci kan...

    linn pun tak suka org tak beretika ketika memandu..paling hangin lmbt mcm siput di len kanan....huhu

    BalasPadam
  18. biasala tu,ragam pemandu memang bermacam..
    jgn sampai kena snap masuk OhPemandu dahlah

    BalasPadam
  19. Kesian juga...masih tak tahu cerita sebenar.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers