OOO

Ahad, Ogos 29, 2010

Resepi Buah Melaka aka Onde-Onde aka Kueh Kelepung

Kalau kat melaka ada yang panggil kueh kelepung.  Anak-anak panggil buah melaka..ada juga yang panggil onde-onde.

Buat buah melaka ni masa Yana masih ada lagi...suruh dia jer gi rebus dan golekkan kat kelapa...akak cuma duduk dan gentel.  Geli hati pun ada masa nak buat buah melaka ni.  Akak rasa akak kata campurkan tepung pulut dengan sedikit garam tapi dia letak gula lah pulak.  

Bila akak tanya ..dah letak garam ker belum?
Garam?  Kan mak kata suruh letak gula?
Biar betul..mak suruh letak garam!
Tak..mak kata suruh letak gula...Yana ingat ni resepi baru mak...
Iyerlah kot...tersilap cakap kot...puasa kan..

Nasib baiklah tak manis tepung tu..kang jadi resepi kueh barulah pulak.

 Bahan-bahan
  • 250gm tepung pulut
  • Sedikit jus daun pandan(3 helai campur air 1/2 cwan kisar..pastu tapis)-kalau malas beli ajer pes pandan chap koepe ..kalau dah guna pes tu tak yah guna lagi pewarna hijau.
  • Sedikit pewarna hijau
  • Kelapa parut yang putih di gaul dengan garam
  • Air secukupnya
  • Gula melaka di potong kecil-kecil

Cara-cara

  1. Gaul tepung dengan air pandan (air pes pandan)  yang telah di tambah garam sedikit.
  2. Jangan lembik sangat yer cukup sampai boleh di bulat-bulatkan.  Kalau tiada air daun pandan boleh gunakan pewarna hijau yang di campur dengan air.
  3. Bentukkan bulat lebih kurang boleh muat masuk dalam mulut.  Masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil di tengahnya dan bulatkan balik. 
  4. Panaskan air  sehingga mendidih. Selepas mendidih masukkan buah melaka dan biarkan sehingga timbul.
  5.  Angkat dan terus di gaulkan dalam kepala parut yang telah di gaul dengan sedikit garam.  Biarkan sejuk baru boleh di makan.

    22 ulasan:

    1. Husb saya suka makan ni tapi saya belum pandai buat lagi. Perlahan2 mencuba ;p

      BalasPadam
    2. salam,
      baru je semalam buah ondeh-ondeh ni..
      menu wajib d bulan ramadhan,,

      BalasPadam
    3. suka kuih ni kalau tepung dia nipis....terasa air gula kat dalam....tp sy panggil nonde...tak pernah dgr org panggil kelepung...erm something new...

      BalasPadam
    4. suka gak..tp selalu buat bocor..huhuhuh

      BalasPadam
    5. kalau kat kampung selalu buat.. tapi kat sini jarang buat sbb yang makan 4 orang jer.. tak abis.. saya suka onde-onde pandan golek atas kelapa muda.. tak sabar nak balik kampung

      BalasPadam
    6. salam kak ina

      mcm berjanji lak..saya pun buat n3 buah mulong/melaka ni..hehe3..

      sedpkan...anak4 pom suker..

      BalasPadam
    7. kueh kelopong ktorg panggil kat umah nie.. sedap ooo. potong gula melaka tu besau2 sket.. superb ah

      BalasPadam
    8. garam tu letak masa nak campur tepung ke?

      kitorang tak letak pun..hehe

      BalasPadam
    9. Kak,
      First time I dengar Kuih Kelepung although I ni orang Melaka..hahaha. Now I dah tahu la...tak la I terlopong bila orang sebut Kelepung nanti.

      BalasPadam
    10. Arm suka sgt kuih onde2 nie..bru wife Arm buat kelmarin utk juadah berbuka..layan kuih nie..

      BalasPadam
    11. Ni lah kuih yang paling senang dibuat...kita orang kat pahang kita guna gula kabung...lebih kurang gula melaka la gak...

      BalasPadam
    12. memang seronok kalo buat onde2 ni ramai2.
      opah saya tukang gentel, saya tukang rebus dan adik saya tukang golek ngan kelapa parut.

      BalasPadam
    13. Salam. Selamat pagiii K'Ina.. Kita panggil kuih buah Melaka je.. tak sangka ada nama2 lain.. T q K'Ina for d info.. Mengancam u kalerr dia.. klu dpt rse besttt nyerr..
      K'Ina ni mesti ingat kat Yana nun jauh 2 kan.. lagi la klu tgh wat mknn kan.. mesti trbayang2 'buka' ape la Yana.. sayanggg K'Ina..
      Ari ni nak cari la kuih ni kat bazar..kalau ade.. buat?!! alaaa maleh la takat makan 2 org kui3..

      BalasPadam
    14. Salam K ina.. sori sebab lambat reply..bz bangat..buat persiapan raya. Wahhh bestnya kuih buah melaka a.k.a Onde2 tu..yum3x peberet kita sekeluarga tu..

      BalasPadam
    15. baca entry akak nih teringat kat anak dara saya lak...saya pun pernah alami situasi yang sama...lain yang saya cakap lain yang dia buat...dia silap dengar ke saya yang silap cakap? confuse sudahnya...hehehe

      BalasPadam
    16. uihh banyak nama rupanya onde2 ni.. buah melaka la.. onde2 la.. kelepung la.. baru tau ni.. jakun jap. ngee

      BalasPadam
    17. Salam kak

      terima kasih resipi ni,buat sendiri mmg berbaloi kan

      BalasPadam
    18. aritu beli kueh ne..tp tak sedap!

      BalasPadam
    19. salam kak...sy mmg teringin nak buat kuih ni..xsangka lak bl singgah ke blog ni ada plak resepinya..insyaAllah akan di buat scpt mungkin.. =)

      xpenah palk org pgl kuih ni kuih kelepung

      BalasPadam
    20. salam kak ada org panggil kuih melaka & ada org panggil kuih onde2 heheh kalau makan lepas siap lagi sedap2 kalau dah sejuk sangat tak sedap di makan

      BalasPadam
    21. Penimbang rosak la pulak...kalau sukat guna cawan lg confifen sikit kak ina

      BalasPadam

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...