OOO

Khamis, Ogos 05, 2010

Resepi Daging Lada Hitam/Black Pepper Beef


Wah gombiranya rasa hati sebab status biasa dah di tukar ke geli-geli balik oleh pihak Nuffnang....tak sampai pun 4 hari. Sonang hati akak..almaklumlah akak nak gi buka puasa bersama member cyber kat klcc tu (kalau dapatlah)

Kalau buat daging blackpepper atau blackpepper beef ni akak suka perap dulu..barulah terasa sikit. Dan se eloknya gunakan daging batang pinang dalam ataupun daging lembut. Memang kesukaan anak-anak dan akak pulak suka membuatnya sebab sonang ajer nak buat.
Bahan-bahan
  • 500gm daging batang pinang dalam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu makan sos lada hitam life
  • 1 sudu makan lada hitam-tumbuk kasar
  • 5 biji bawang putih-di tumbuk/cincang
  • 1 1/2 inci halia-halia di tumbuk/potong batang mancis
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 1 biji bawang holland-belah 6
  • 1 batang daun bawang-potong kasar
  • 1/2 biji cili banggala-di potong dadu/panjang
  • 1 biji cili merah-dihiris serong
  • 1 biji tomato-belah 4
  • air secukupnya
  • sedikit minyak dan garam secukupnya

Cara-caranya
1. Basuh daging hingga bersih tos lalu potong atau hiris daging tipis-tipis.
2. Perapkan bersama lada hitam, sos tiram, kicap pekat, sos lada hitam life dan sedikit garam selama 1-2 jam.(tak nak pun tak per)
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, dan halia. Bila dah layu baru masukkan bawang holland..dah naik bau masukkan daging dan kacau lalu biarkan masak sebentar.
4. Masukkan sedikit air (kalau nak berkuah bubuhlah air lebih sedikit) biarkan daging empuk (kalau guna daging batang pinang..tak yah tunggu lama) dan kuah agak pekat.
Masukkan hirisan cili hidup, tomato dan cili benggala.
5. Kacau rata, perasakan garam, masukkan daun bawang, kacau sekejap dan boleh di hidang panas-panas.


p/s kadang-kadang buat gak camni...bawang holland hiris bulat pastu masukkan bersama daun bawang.

12 ulasan:

  1. sedapnya daging masak black pepper...td tgahari sy masak daging goreng ala kelantan...congrats kak ina masalah geli2 dah selesai

    BalasPadam
  2. liza nak kumpul resepi akak nie, buat idea masak buka pose nanti

    BalasPadam
  3. Terima kasih ye kak, resepinya.
    Macam biasa.., saya curik yek? Ehehehehe...

    PS: Curi dengan izin.

    BalasPadam
  4. kaka ina..bulan posa nant nak cuba resipi kak ina la..
    ahaha~

    <a herf="http://noorafzan.blogspot.com/2010/08/koceh-pasal-nor-azita-osman-hina-negeri.html</a>

    BalasPadam
  5. asal tak leh ek..

    jap cuba lagi..

    <a herf="http://noorafzan.blogspot.com/2010/08/koceh-pasal-nor-azita-osman-hina-negeri.html

    BalasPadam
  6. salam kak

    saya suke daging black pepper

    akak,status saya pon xgeli2 :(,xdpt la join

    BalasPadam
  7. memang suka ngan daging, kalau yang goreng2 biasa pun sodap

    Apa Yang Menarik di Zhaneez Craft

    BalasPadam
  8. kak ina
    lama sudah ku cari resepi ni.
    thank you so much!
    I LAP U,KAK!!

    BalasPadam
  9. salam kenal..saya nk amik resepi ni n try,,tq

    BalasPadam
  10. Ala... Ingat nk try wat arini. Tp byk la plak bhn yg tadak. Adoyai! Lomah eh org bujang nk torai masak cenggini.

    BalasPadam
  11. Salam K.Ina,
    Minta izin nak cuba resepi ni for dinner tonite.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...