OOO

Ahad, September 12, 2010

Datuk Sosilawati dan 3 orang yang lain sah di bunuh dan dibakar

Terkejut bila baca paper pagi tadi.   Dalam paper tak disahkan lagi  tentang hal kematian ni,

Tapi bila dengar berita pukul 4.00 petang memang sah mereka Datuk Sosilawati Lawiya, Ahmad Kamil (Peguam), Kamarudin (Pemandu) dan Noorhisham (Pegawai Bank) memang sah di bunuh di sidang media polis tadi setelah hilang sejak 30hb. Ogos yang lalu.

Kesian sungguh dengan nasib Datuk Sosilawati (pengasas Nouvelles Visage) dan tiga orang yang lain yang di bunuh dengan kejam.  Tak sangka di Malaysia sekarang ni dah macam negara tak selamat bila 4 nyawa sekali gus di bunuh.  Takut juga memikirkan macam-macam kes pembunuhan dah terjadi kat sini. 

Yang buat lagi terharu sebab mayat mereka berempat di bakar selepas dibunuh  dan  abunya telah dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Punyalah zalim dan  tidak berperikemanusiaan orang yang membuat perkara tersebut.  Simpati dengan nasib anak dan isteri mangsa yang tidak bersalah dalam kes ni.  Pembunuh ni sampai hati buat macam ni kan. 

Dengan penahanan lapan  orang suspek termasuk salah seorang daripada suspek merupakan peguam bergelar Datuk dan adiknya seorang doktor, maka misteri kehilangan beliau dan 3 orang yang lain telah terungkai.


Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara itu.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini hari ini.

Semuga semua yang terlibat dalam pembunuhan kejam ini akan mendapat pembalasan sewajarnya.


Takziah dan al fatihah buat keluarga dan keempat arwah dan semuga roh mereka di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.


nak tenguk video ke sini lokasi kejadian.

update : jam tangan menjadi petunjuk ..klik kat sini

5 ulasan:

  1. Salam kak ina.. Thanks entry ni.. Sebab rasa nak tahu tentang makluman ni.. Al fatihah..

    Btw.. Selamat hari raya

    BalasPadam
  2. Kes jenayah di Malaysia semakin hari semakin ganas..MasyaAllah..

    BalasPadam
  3. thanks for the info kak...sy ari ni sibuk beraya sampai berita dah sahih pun malam baru tau...huhu ni baru dok sibuk cari info...al fatihah buat arwah2...kenapa la kan mereka diperlakukan sedemikian....sgt2 kejam...

    BalasPadam
  4. teringat masa arwah along spoon meninggal..time raya gak..al-fatihah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers