OOO

Sabtu, September 18, 2010

M Rajoli (Artis) Meninggal Dunia (al fatihah)

Al Fatihah buat Allahyarham M Rajoli  Mohd. Rajoli @ Mohd. Rajab Mohamed berumur 65 tahun telah yang telah disahkan meninggal dunia akibat jangkitan virus paru-paru jam 10.40  malam tadi (17 September 2010) setelah di masukkan ke wad sejak hari Khamis yang lalu.

Beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang  di sisi isteri pertama Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif dan juga anggota keluarga yang lain.
kredit murai.com
Allahyarham meninggalkan dua orang isteri, Hashimah dan 
Wan Chik Othman. Bersama Hashimah, M. Rajoli mempunyai empat orang anak iaitu Siti Zaleha, 34; Nur Muhammad, 33; Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff.
 
Allahyarham anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan yang di lahirkan pada 7 April 1945  di jadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur  kira-kira  pukul 11.0 pagi ataupun  sebelum solat Zuhur, Sabtu.  

Sebelum itu akan di bawa ke Masjid Al Ikram di Datuk Keramat  untuk di sembahyangkan dan untuk memberi peluang kepada orangramai memberi penghormatan terakhir.

Allahyarham memang seorang pelakon serba boleh dan selalu melakonkan  watak orang yang beriman seperti Pak Imam seperti di dalam cerita Liang Lahat (Astro).  Beliau telah berlakon lebih kurang  30 filem dan lakonan terakhir beliau filem Lembing Awang Pulang Ke Ganggang.  

Marilah kita sedekah Al Fatihah kepadaAllayarham M Rajoli yang mengidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun .

5 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...