NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

Shopping Time

Lazada Malaysia

Sabtu, September 04, 2010

Resepi Biskut Sarang Semut

Mood nak buat kukis dah datang. Buat pagi tadi. Dulu masa sekolah menengah pernah gak buat biskut sarang semut ni. Pastu tak pernah buat lagi. Bila buat biskut ni tadi..teringat kenangan masa buat biskut ni.

Kami punyalah tamak buat sampai 3 adunan. Masa tu guna margerin planta ajer. Masa tu mana ada duit sangat nak beli mentega sebab mak dan abah gaji kecik.
Resepi rasanya ambil dari Majalah Wanita sebab mak memang suka beli majalah wanita masa tu. Punyalah lama buat biskut dari pagi sampai nak ke tengahari. Sebab masa tu pakai oven hitam cap kupu-kupu (butterfly).

Sejak tu serik nak buat biskut ni lagi. Tapi bila pagi tadi oker ajer..tak sampai pun 2 jam dah beres. Nanti nak kena repeat sebab adik tempah biskut ni..pastu nak bawak ke rumah fil di segamat, nak bagi mak dan untuk makan sendiri.

Sumber Puan Hanieliza
Bahan

  • 250 gm butter -akak guna jenama anchor
  • 100 gm gula halus
  • 350 gm tepung gandum.....]
  • 100 gm tepung jagung.......] di ayak
  • 1 biji kuning telur
  • 1 s/teh esen vanilla
Hiasan
  • Sedikit coklat rice
  • sedikit manik gula kecil(warna-warni) -akak tukar ke badam cincang-panggang dulu
  • secukupnya paper-cup kecil
Cara 1. Pukul kembang butter dan gula. 2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata. 3. Masukkan tepung dan gaul rata. 4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup. 5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. 6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit). 7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
ni untuk makan kat umah dulu ni..

11 ulasan:

  1. sedap tu sarang semut,ni yg nak buat gi beraya umah kak ina..hehe

    BalasPadam
  2. Tahun ni tempah 100 biji biskut sarang semut....anak2 sedara selalu berebut makan....tau-tau je tinggal sarungnye je....

    BalasPadam
  3. Kak inaaaaa....saya tak pernah try lagiii..alahh, pakkal je lom siap melapis, kalau tak sah2 mencuba gak nihh....

    BalasPadam
  4. x pernah rasa lagik biskut sarang semut... mak x pernah buat pun. nak suh mak buat r time raya nanti... resepi pon dah ada kat sini.

    BalasPadam
  5. Kelasss kak ina.Dari sekolah menengah da buat kuih!*malu jap*

    BalasPadam
  6. mama azwa selalu buat biskut ni setiap kali raya....leh dikatakan biskut wajib ada time raya....n azwa
    tukang parutnya'....heheheee...

    tp, skrg ni mama dah x buat dah biskut raya....sbb, kat rmh tinggal mama n abah jer....azwa ngan iman pun shari b4 raya baru balik...huuhuuu

    mama kata, kalo letak ceri hijau dgn merah atas tu, jd lak 'biskut sarang burung'....betul x akak??

    BalasPadam
  7. akak tahun depan ambik tempahan ye...hehe

    BalasPadam
  8. anak liza yg sulung sibuk nak sarang semut, nasib baik jumper tadi

    BalasPadam
  9. bak kat saya sebalang akak.hadiah bawa balik kampung..hik3..memandai je...

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum kak ini, ni baru pertama kali saya dengar nama biskut ni iaitu biskut sarang semut. Hehehe...

    BLOG-AYIE[dot]com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...