OOO

Selasa, September 21, 2010

Seronoknya kawin di hari raya aidil fitri

Hari raya berbaju baru
Berpakaian cantik beraneka warna
Senyum simpul pengantin baru
Seronoknya bersanding di hari raya
Seronok sungguh berhari di aidilfitri
berhari raya di rumah Cik Rosli
Anak-anak ku penawar hati
Jika tiada terasa sunyi sepi
 Riang ria di pagi raya aidil fitri
Gelak ketawa tak sedar diri
Semuga menjadi muslimah sejati
Baik-baik menjaga maruah diri
 Pelamin indah berwarna merah
Pengantin pula cantik berseri-seri
Nadia dan Yana janganlah marah
Bila auntie suruh ambil gambar camni
Seronok makan kueh redan
yang paling best kerepek dan tumpi
semuga kekal ikatan persahabatan
semuga berjumpa di lain kali
Berbaju merah pergi ke pekan
Pergi ke pekan membeli maggi
Demi untuk masa depan
Mak relakan kamu pergi
Buat biskut sampai di pagi hari
Makan pulak tak sampai sehari
tenguklah perangai 3 anak terunaku ini
suka buat akak tergelak sendiri

11 ulasan:

  1. salam kak

    pandai akak berpantun

    BalasPadam
  2. kak ina..apasal gambar2 blur kat bhg atas/muka?saja buat ke?

    BalasPadam
  3. kak ina..seronok anak ramai kan? doakan Lisa dpt anak ramai mcm ni..meriah hidup...

    BalasPadam
  4. kak ina, hari raya ngan majlis kawin skali, 2 in 1 la tu, jimat masa wang dan segalanya, besttt tu yang penting, heheheh :)

    BalasPadam
  5. anak kakina tu ensem pulak saya tgk.hahaha!

    BalasPadam
  6. Salam kak ina,
    Wah berpantun pulak ya...
    seronok tengok gambar anak2 akak

    BalasPadam
  7. boleh makan kenduri sambil beraya :)

    BalasPadam
  8. Salam kak ina.
    Ada saudara yang cadangkan kawin di Hari Raya ni tapi macam kurang sesuai plak sebab orang nak sambut Hari Raya.

    Tahniah kepada kedua-dua mempelai.

    BalasPadam
  9. tengok gambar raya sana sini
    blog ini juga tidak terkecuali
    mood hari raya terasa lagi
    berpantun-pantun pula kali ini

    BalasPadam
  10. sambil beraya, terus makan jamuan nasik minyak :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers