OOO

Sabtu, Oktober 02, 2010

AA100M -"How has AirAsia changed your life for the better?"

Dulu masa tak ada Air Asia memang payah nak gi melancung atau pun ingin menziarahi kaum keluarga yang jauh sebab kalau naik penerbangan lain memang tak termampu jika di lihat pada kadar harga yang di tawarkan.

Kalau nak melancung pun susah..kena ada menabung dulu barulah boleh melancung ke luar negara.
Bila suami bekerja di Jakarta, Indonesia...akak memang menggunakan Air Asia. Memang termampu dek kami untuk membayarnya..kalau ikut penerbangan lain memang payahlah.  

Akak terpaksa pulang selalu ke Kuala Lumpur pada tahun 2005 kerana ada 3 orang lagi anak yang belajar di Kuala Lumpur.  Kalau terasa rindu akak akan booking tiket Air Asia.

Senang... sebab Air Asia cuma booking di internet dan boleh pilih hari dan kadar harga yang termampu oleh kita.

Pada tahun 2006 pulak ..anak yang ke 4 (Ira)  tak nak bersekolah di sana.  Menangis nak bersekolah di Kuala Lumpur.  Terpaksalah akak ikut kemahuan dia.  Tak ikut nanti menganggu emosi dia pulak.  

Sejak itu akak memang kerap berulang alik di antara Jakarta-Kuala Lumpur.  Sebulan di Jakarta dan sebulan di Kuala Lumpur.  Mestilah akak mencari kadar tambang yang murah dan termampu dek kami.  Dan pilihannya tentulah Air Asia.

Memanglah Air Asia changed my life for the better.
Kalau naik  penerbangan lain ..memanglah tak berbaloi sebab balik dengan Imran.  Dengan Air Asia lah akak dapat menjimatkan perbelanjaan tiket kapal terbang.  Nak tau macam mana akak buat.  Selalunya akak tempah 8-10 bulan sebelum tarikh penerbangan.  Jadi dapatlah kadar yang termurah.

Pernah sekali akak dapat harga RM27.00 untuk 2 orang .  Sape nak kasi harga tambang penerbangan semurah itu.  Cuma Air Asia sajer yang boleh memberi  harga tersebut.
Bila dah duduk berjauhan dari keluarga, tentu kami saling merindui di antara satu sama lain.  Abah dan mak pun teringin nak tenguk macamana suasana tempat tinggal akak.

Demi menjimatkan belanja akak suruh abah, mak dan adik ambil sahaja penerbangan Air Asia.  Semuanya suami akak yang sponsor dan alhamdulliah kami mendapat harga yang terbaik untuk penerbangan pergi dan balik.

Terima kasih  sekali lagi  Air Asia.
Pada tahun lepas anak yang ke 3 pula melanjutkan pelajaran ke India.  Saya dengan berat hati merelakan dia pergi demi menuntut ilmu .  Memang terasa rindu tapi dek kerana tambang yang mahal (masa tu Air Asia tiada penerbangan lagi ke bangalore) pada tahun pertama Yana tidak berpeluang untuk balik selama setahun.  

Memanglah terasa  membuak-buak perasaan rindu di hati. Terpaksalah kami berhubung dengan cara lain.
Oleh sebab internet di India tidaklah sebagus Malaysia..memang sakit hati dibuatnya.  Anak akak kata kalau nak tenguk gambar kat blog akak terpaksa tunggu berjam-jam.  Ibaratnya kalau dah habis masak barulah gambar tu ada.  Terpaksalah gunakan talipon sahaja.  
Tapi sejak Air Asia melancarkan penerbangan  ke Bangalore..sukanya hati akak sebagai  seorang ibu sentiasa merindui anak yang jauh sebab bolehlah Yana pulang selalu ke sisi akak.

Dapat kembali semula ke pangkuan akak  setiap 4-5 bulan sekali dan terasa hilanglah rindu dengan Yana.  Jika Yana menggunakan penerbangan lain memanglah tak berbaloi pulang selalu sebab mahal giler  dan tidak sama dengan kadar tambang yang di tawarkan oleh Air Asia.

Dengan hanya RM500 - RM600 Yana boleh membeli tambang tersebut untuk pulang dan pergi.
Sekarang ni anak lelaki akak pulak berpeluang melanjutkan pelajaran di United Kingdom (London)....nasib baik ada Air Asia  membuat penerbangan ke London.

Akak akan cuba mencari tambang termurah untuk kesana supaya akak berpeluang berjumpa dengan beliau. 

Memang tercapai dek penerbangan lain..cuberlah cari memang tak kan jumpa kadar tambang semurah Air Asia

Tu sebab akak nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Air Asia kerana
AirAsia changed my life for the better"

Air Asia memang memperatkan lagi perhubungan di antara orang yang tersayang. 

Love You Air Asia.

5 ulasan:

  1. sEjAk AdA Air Asia kesygan ni
    merasa saya bercuti kat kuching ,langkawi
    abah bwk mase bwlum kawin dulu

    BalasPadam
  2. bila la nak merasa naik air asia

    BalasPadam
  3. yong pon penah naik..syok juga..hehhe

    BalasPadam
  4. mmg air asia kasi tiket murah time2 promotion..kita kena berebut....

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kak Ina

    Air Asia juga menjimatkan duit saya untuk anak di jakarta

    Wassalam

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers