OOO

Isnin, Oktober 18, 2010

Ada orang nak tawarkan projek besar punyaaaaaaaaa

Member Ira ada order kukis coklat chip minggu lepas.  Akak buat hari Khamis petang dan bila ambil Ira hari Jumaat akak bawaklah kukis tu.
 
Disebabkan kecian akak bagilah harga murah..ala budak sekolah kan..kesian nak ambil mahal-mahal.
Pagi esoknya ibu member Ira call..

Boleh saya cakap dengan mak Ira?
Iyer kenapa?
Saya nak tawarkan projek besar ni...siap ada surat perjanjian...saya pun nak sangat kenal dengan Puan ni!
oh iyer ker? (confiues)...sedap ker kukis tu..
Kalau tak sedap tak kan saya call...(kembang sekejap)
Boleh tak datang ke restoren saya hari ni...kita lunch sama.
Eh ..tak boleh lah...saya nak ada hal ni (nak gi ke Taylor's University)
pastu nak suruh sign sekali surat perjanjian...(issh apa pulak ni...)
Lagi satu saya nak Puan siapkan sample 5 jenis kukis?  (Ishh mcm memaksalah pulak)
Ohhh ..tenguklah kalau sempat...(memang tak sempat punya)
Lagi satu boleh tak kurangkan harga?
Tenguklah (dah tawar hati dah)
Esok boleh Puan datang tak..kita lunch kat restoren saya..(beriyer-iyer dia ni)
Insyallah (akak dahlah nak cepat..nak masak dulu sebelum menjengkit kat sana)
Bila dia kata camtu...akak dah malas nak layan..
buat pengetahuan semua akak buat kukis ni secara sambilan ajer, taklah sampai nak bermati-matian nak buat bisnes kukis ni.
Lagipun akak guna mentega mahal tau, tak guna margerin  timbang ataupun di campur kedua  bahan.  Jadi harga tu dah kira cukup murah...tak sampai RM50.00 pun untuk 100 keping.
Kalau akak ikut kata orang tu, nak kurangkan harga, memang tak bolehlah.   Sebab dari dulu hingga sekarang akak memang jaga kualiti bukan kuantiti.

Tak cayer ker! Cuba tanya dengan orang yang dah pernah beli dan rasa kukis akak. Akak kalau boleh biar orang beli dia puas hati dan terus membeli sampai bila-bila.


Akak tak baik menipu orang, sebab di orang dah keluarkan RM dan biarlah akak dapat duit halal cara camni.  Tak perlahkan, tak dapat projek besar pun tak per, tak rugi pun. Sebab alhamdulliah suami akak masih mampu lagi nak menyara keluarga.

Lepas berbincang dengan member, anak dan suami, akak ambil keputusan tak nak terima tawaran  dan jumpa orang itu.

Malam tu akak hantar sms pada orang tersebut..
Salam Puan..saya minta maaf tak dapat buat sample...sebab balik dah petang..penat..
Saya tak boleh terima tawaran puan sebab saya ada komitment yang lain..
Terima kasih sudi nak tawarkan saya projek itu...maaf sekali lagi..

p/s settle..tak kayo pun tak per..petang ni nak buat lagi kukis coklat chip ni..ada orang order 200 keping..alhamdulliah.

25 ulasan:

  1. dia suruh kurangkan harga tu sbb dia pun nak untung sama la kak..

    BalasPadam
  2. senang citer dia up je la harga...kalau nak untung la...kalau sedap mahal pun orang mesti beli punya....

    BalasPadam
  3. biasela tu kak.org tu nak kaut untung lebih.

    sy pn pernah jgk org offer cmtu.tapi nk harga murah. pdhal kte pkai bahan mahal

    BalasPadam
  4. salam kak

    umi saya menjahit kat rumah so tak byr kedai xlah caj standard butik,prinsip dia pon same lebih kurang dgn akak.

    suka dan hormat sgt dgn prinsip itu

    BalasPadam
  5. kak..order melalui pos terima tak? huhu..

    BalasPadam
  6. itu la pasal..belum apa2 dia dah fikir nak minta kurang harga dengan kita//

    p/s min nak merasa la cookies ni..akak boleh buat dan pos tuk min?

    BalasPadam
  7. hmmmmmmm peluang bisnes tu kak....kak tak jual online ka... teringin nak rasa....

    BalasPadam
  8. fuyoo smpai dapat offer masyuk tue..betul tu kak, kalau buat kueh memang tak menang tangan

    BalasPadam
  9. hmmmmm apa yang penting win-win ya

    BalasPadam
  10. hmm...kalau kak ina sendiri dah boleh pasarkan cookies kak ina...baik x payah perlu carik org tengah...sebab yer ler...nanti mcm2 masalahkan...

    patutnya..dier nak kasik projek...dier dtg ler rumah kiter ehhh...jumper kiter...kiter plak nak kena susah payah jumper dier...buat apa...kannn...

    psstt...nak jugak ler order ngan kak ina cookies tu...blehh kerr?

    BalasPadam
  11. kaaaakkk, nak order gak laa macam ni... boleh ker?

    BalasPadam
  12. Salam Kak Ina
    nak tempah jugak biskut akak..untuk makan sendiri ler, boleh tak?

    BalasPadam
  13. Yallah kak..terliur nengok nya ..sedap sangat ..

    kak ..sonok dpt jumpa akak..akhirnya ..nextime ade peluang kita jumpa lagi ye..insyallah

    BalasPadam
  14. Salam kak Ina,
    kalau akak ambik offer tu, maknanya akak sure tak sempat nak gi program nuff lagi...sebab akak asyik siang malam pagi petang dok buat cekelat chip cookies.....hehehe..
    mana boleh kan...

    kak , saya ada buat contest / GA kat blog saya, tengok lah kak... tlg promosi sikit ...terimakasih banyak kak ..

    nak tempah 1 balang ckelat chip cookies boleh? nak buat makan2 sambil berblogging ...hehehe

    BalasPadam
  15. kak ina, baru smlm aie ckp kukis kak ina ni best...nak gak merasa...
    leh buat dan pos ke?

    BalasPadam
  16. Salam Kak, saya teringin nak try. camne urusan jual belinye ?hehehe kalo famos amos seratus gram da berhinggit2

    BalasPadam
  17. ermm..biasalah kak ina...semua nak murah..kalau bleh nak FREE ...tapi modal dan tenaga sapa uang ambik tau...akakkkk juge...kan kak

    keputusan yang sangat HEBAT!

    ada duit tapi tak selesa..ermmm..hasilnya penat je ade...

    BalasPadam
  18. banyak betul dia punya permintaan...

    BalasPadam
  19. nak yang berkualiti mestilah sanggup kuarkan modal skit kan?tuhla bila keuntungan diri sendiri lebih diutamakan..sepatutnya, win-win situation la...

    BalasPadam
  20. kAK ina kalau kak ina pos Tifa nak order ....nak merasa air tangan kak ina jugak :)

    BalasPadam
  21. hantar kat sini skit.. nyam2..

    BalasPadam
  22. bisnes sorang2 tak sangkut dgn org lain lg senang kak...takdak pressure.

    BalasPadam
  23. kak..saya nak beli boleh kak? bukan banyak..100 keping jer..serious ni..macam teringin sgt nak mkn kukis kak ina tu..

    BalasPadam
  24. kak Ina, saya nak orderlah kukis akak ni?boleh ker? saya di Putrajaya...

    BalasPadam
  25. Pemasaran online yang betul mampu membantu akak untuk maju dalam perniagaan.. di samping itu juga rasa juga memainkan peranan yang sangat penting kerana .. sebagus mana pon pemasaran yang kita buat, kita susah untuk mendapatkan pelanggan yang repeat order kalau rasa kurang memuaskan..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers