OOO

Rabu, Oktober 27, 2010

Gambar Letusan Gunung Merapi

 Indonesia sekali lagi di landa musibah apabila Gunung Merapi di Yogyakarta pula meletus dan sehingga kini korban telah meningkat kepada 25 mangsa termasuk  termasuk seorang warga emas yang dikenali sebagai penjaga gunung itu.
 
 gambar dari kompas.com
Di Mangelang, pihak berkuasa tempatan, berkata penjaga tradisi gunung itu, Ki Surakso Hargo atau Mbah Maridjan/ datuk Marijan,


ditemui mati di dalam rumahnya yang terbakar dalam posisi sujud di dalam bilik tidur  akibat semburan awan panas letusan Gunung Merapi, di Yogyakarta, kira-kira empat kilometer dari puncak gunung.
Magelang,

 Sumber (tvOne)
Bayi korban pertama Gunung Merapi
YOGYAKARTA, Indonesia 26 Okt. - Seorang bayi berusia dua bulan menjadi korban pertama Gunung Merapi, manakala 20 lagi cedera apabila gunung itu mula meletus hari ini selepas para saintis memberi amaran tekanan yang semakin meningkat di bawah kubah lahar gunung itu boleh mencetuskan letusan paling berbahaya dalam tempoh beberapa tahun.

Bayi itu yang tidak diketahui jantinanya mati semasa didukung ibunya ketika orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri sewaktu gunung itu mula meletus.

Stesen televisyen swasta, Metro TV melaporkan, mayat bayi itu telah dihantar ke hospital berdekatan.
Kebanyakan yang cedera adalah akibat terkena debu panas yang dihamburkan oleh Gunung Merapi, termasuk enam melecur teruk, kata seorang wartawan AP, yang menyaksikan penduduk yang cedera dibawa keluar dari kawasan ini untuk mendapatkan rawatan.
 Ketua ahli vulkanologi, Subandriyo berkata, letusan itu berlaku sebelum waktu senja.
Gunung itu sebelum itu telah mengeluarkan bunyi menderam dan asap tebal selama beberapa jam, katanya.
gambar pada hari isnin (tvone)
"Berlaku bunyi deraman yang kuat selama beberapa ketika, mungkin selama 15 minit.
"Kemudian kepulan debu panas besar mula dihamburkan ke udara," kata seorang petani yang masih belum meninggalkan rumahnya di kawasan cerun gunung berapi itu ketika ia meletus.
"Tenaganya meningkat...kami berharap ia akan reda perlahan-lahan.

"Jika tidak kita akan melihat satu letusan yang besar, lebih besar daripada apa yang kita lihat semasa ia meletus beberapa tahun lalu," kata ahli vulkanologi kerajaan, Surono kepada wartawan.
 
 gambar berita harian
 Kira-kira 11,400 penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi itu telah digesa untuk berpindah.

sumber : Utusan Malaysia
Juru kunci Gunung Merapi, Mbah Pujo, terluka parah akibat tersembur awan panas pada Selasa (26/10/2010) petang. Gambar dari TRIBUNNEWS.COM/KRISNA SUMARGO

SLEMAN, KOMPAS.com - Sembilan korban tewas akibat terkena awan panas Gunung Merapi yang seluruhnya laki-laki, hingga Rabu (27/10/2010) dini hari belum bisa dibawa pulang oleh keluarganya, karena masih dilakukan visum di Rumah Sakit dr Sardjito, Yogyakarta.

Alhamdulliah kita duduk kat Malaysia kan..dan al fatihah buat arwah yang meninggal dunia.

3 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...