OOO

Rabu, Oktober 20, 2010

Resepi Asam Pedas Ayam

Memang agak jarang buat asam pedas ayam ni. Selalunya ikan dan daging tetel. Bila dah buat hemm senyum hingga nampak gigi makan masak asam pedas ayam ni. Ada orang boleh pakai belacan dan ada juga yang tak suka belacan. Terpulanglah.
Bahan-Bahan
1 ekor ayam di potong 16
2 batang serai-dititik hujungnya
3 kuntum bunga kantan-belah 2
1 ikat daun kesum-ambil daun
3 helai daun limau purut-disiat
1 1/2 cawan cili kisar
1/2 jus asam jawa-ikut kemasaman yang di ingini
Air secukupnya
Garam
Minyak dan sedikit gula
Bahan kisar/tumbuk
5 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci kunyit hidup
2 inci halia
sedikit belacan-tak letak pun tak apa
Cara-caranya
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis serai yang telah dititik dan masukkan pula bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan cili kisar dengan menggunakan api sederhana.
3. Kacau sehingga cili masak dan barulah di masukkan ayam dan biarkan ayam kecut sedikit.
4. Setelah itu tuang air secukupnya dan biarkan mendidih lalu masukkan jus asam jawa.
5. Bila dah mendidih, masukkan garam dan gula bersama bunga kantan, daun kesum dan juga daun limau purut.
6. Biarkan sebentar barulah di rasa cukup asam garam baru tutup api.

19 ulasan:

  1. sedapnya ! terliur dah nie .. hehehe

    BalasPadam
  2. Salam kak, saya nak tanya, ada beza ak kalo tak masuk bawang merah dalam masakan?saya biasa guna bwg besar. kalo mak dia suka kisar n campur trus bwng besar n bwg putih bebanyak. pastu simpan buat masak2...

    BalasPadam
  3. nak buat nak buat lah
    selalu pakai pes yang siap jer
    hehehhe

    BalasPadam
  4. macam2 ada kat bog kakina ni, sodap pulak tu

    BalasPadam
  5. Hmm..sedapnya..tgk Masak asam pedas kak Ina.. TQ for sharing the resipi.. :)

    BalasPadam
  6. ieda mmg selalu masak asam pedas ayam, peberet tu.... :)

    BalasPadam
  7. alamakkk... dah lama tak masak asam pedas...

    BalasPadam
  8. Salam. Slamat pagiiiiii K'Ina.. Sihat ye hdknya ari ni..
    Wahhh asam pedasss..
    yg tmbh menggecurrrrkan tu haruman dr bunga kantan, daun kesum dgn daun limau purut :)

    BalasPadam
  9. first time sy mkn mender neh kt umah akak ipar sy n terus jatuh bedebukkkk dek krn kesedapannyer... biler tgk menu neh, terus teringat kt kak ipar sy.... food of love....

    BalasPadam
  10. waa...my feveret nie Kak Ina..sedap2

    BalasPadam
  11. Yeaahh!! dapat dah idea 1 lauk harini!mekacih kak ina!! Muacks!muacks!

    BalasPadam
  12. terus terliur tgk asam pedas kt blog ketua talibarut ni.. heheh.. neway, thanks kak ina sbb share resepi ni

    BalasPadam
  13. akak, saya ner asam pedas ikan ker apa ker mmg tak dak umpphh, huhuhuhu...sedihnyer.

    kak, sy tak jumpa ler link contest akak, saya dah ketinggalan ketapi kot

    BalasPadam
  14. first time tengok asam pedas ayam...

    BalasPadam
  15. salam kak

    saya biase...umi sy ajar
    tp x kaw la,kena berlatih lagi :)

    ramai xbiase aym msk asam pedas kan...biase ikan.

    BalasPadam
  16. dlu tatau ayam pon bole msk asam. skali SIL masak...waauuuu!!! terangkattt

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers