OOO

Selasa, Oktober 26, 2010

Resepi Karipap Kentang


Buat karipap ni awal bulan lepas..lupalah nak show..first time buat lepas bulan puasa. Kalau buat ni kenalah gentel sorang-sorang. Pastu teringat anak-anak yang tak dapat makan karipap buatan mak dia ni. Padahal anak-anak ingat ker idak. Tulah kan hati seorang mak, macamana pun mesti teringat. Aduhai..

Kulit Karipap
1/2 kg tepung gandum 
2 sudu besar mentega/marjerin 
2 sudu besar minyak masak
Air masak bercampur garam (agak-agaklah sampai jadi doh)
Cara-cara
1. Panaskan minyak masak bersama mentega/margerin. Biarkan mendidih.
2. Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.
3. Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.
4. Tuangkan air masak yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.
5. Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat. Agak-agaklah dan perap sekejap.(tutup dengan kain basah)
6. Siap untuk di gunakan.

Inti Karipap
  • 1kg ubi kentang-dadu 
  • 1 biji bawang besar-dadu 
  • 3 sudu besar kari daging-ikut suka 
  • 400gm daging kisar(nak guna ayam pun boleh-kalau lebih lagi sedap) 
  • 1 stok ayam 
  • 1 biji bawang besar*  
  • 4 biji bawang kecil* 
  • 3 biji bawang putih* 
  • 1 inci halia* 
  • 3 tangkai daun kari
  •  air secukupnya
  •  garam dan sedikit minyak
Cara-cara
  1. Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar. (guna f/p pun boleh)Toskan. 
  2. Tumbuk/kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia. 
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk /kisar bersama daun kari.
  4.  Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak. 
  5. Masukkan daging kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar. 
  6. Masukkan pulak ubi kentang, stok ayam, garam dan air sehingga tenggelam semua bahan.(agak-agak yer) 
  7. Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan, masukkan garam dan kacau sekali sekala. 
  8. Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru di tutup api.
  9. Bila inti sejuk, ambil doh dan terap bulat.  Masukkan inti dan klim seperti biasa.
  10. Bila menggoreng gunakan api perlahan, kalau api besar nak kulit karipap menggerutu.

kalau buat karipap mesti buat lebih, sejuk bekukan...ha kauuuu dek kerana leka terhanguslah pulak..sabar ajerlah..hangus pun cik abang bawak gak bekal gi office.

Ina apasal ni..terlupa
Dah tua ker?
Memang dah tua pun
nasib baik sedar kan..

20 ulasan:

  1. kak ina...nak karipap 5 ketoi....nampak sedapp tu...

    BalasPadam
  2. haaa baru siang tadi kat opis borak ngan kawan pasal nak wat karipap.....k.ina ni tau2 jaaa ... trus ada resepi....bagus2,,,,terima kasih ya kak ina,,,,,
    harus buat nie...eh wajib buat nie...insyaallah weekend nie...
    karipap ooo karipap

    BalasPadam
  3. kak ina! laa..baru je smlm anis pegi beli acuan karipap tu(nk kelim sndiri xreti..hehe) pestu dok ckp2 nk cari resepi lam tenet.alih2 kak ina pulak yg buat entry ni..ilebiu laa kak ina!!

    BalasPadam
  4. ingat minggu nie nak buat donut tapi bi;atengok karipap ni rasa nak buat karipap pulak.. heheh.. Thanks kak.. ;D

    BalasPadam
  5. Nak order karipap dgn kak ina lah...
    Bak mai 10 ketoiii

    BalasPadam
  6. Salam perkenalan kak...mmg suka sngt karipap..tp isi ubi keledek lagi sedap.

    BalasPadam
  7. htu dialog sape tu kak? cik abang ke hehehe hangus2 pun cik abang tetap makan gak kan...

    BalasPadam
  8. hangus tak bermakna tidak lazat.kekadang goreng suka hangus2 kan sikit sb nak kasi rasa pahit2 dia.hehehe

    BalasPadam
  9. kak ina.. nak skit, mailah pos kat cek.. hohoho

    BalasPadam
  10. mintak izin ambik resepi ye kak ina..teringin pulak..

    BalasPadam
  11. mintak izin ambik resepi ye kak ina..teringin pulak..

    BalasPadam
  12. salam kak ina..
    kak ina semalam try buat karipap pakai resepi kak ina..1st time buat mcm keras cikit la kak ina..tp pape pun tq so much la kak ina..nsib baik kak ina up resepi ni...=)

    BalasPadam
  13. mokcik tak pnh wat yg namanye karipap ni K'Ina heheh.. mokcik klu nk mkn bli yo kui33..

    BalasPadam
  14. hai kak ina. sok nak g piknik ngan family n kite plan nak buat karipap. so amik resepi dari sini. terima kasih. heheh

    BalasPadam
  15. Salam Kak ina, sedap n rangup sgt, tq kak ina!!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...