OOO

Isnin, Oktober 04, 2010

Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Dan Pucuk Ubi

Orang dah masuk umur 40..an ni masakan kampung gak yang lalu kat tekak..kalau ayam dan daging dah kurang dah.  Hendak-hendak gi umah open house selalu ada ayam kan..
Bila pekena lauk cam ni barulah terbuka selera..nyummm..nyumm 

Bahan-bahan
500gm udang sederhana besar
1/2 kg santan pekat/500gm santan pekat
1 cawan air
 1 cekak pucuk ubi-ambil pucuk muda dan rebus sekejap dengan air dan sedikit garam
10 -15 biji cili apikalau nak pedas tambah lagi 
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai-titik hujung
asam keping
1 helai daun kunyit-di siat dan disimpul
garam secukup rasa
     Bahan-bahan
    1.  Ambil pucuk ubi yang muda dan rebus bersama air dan sedikit garam.  Toskan.
    2.   Tumbuk cili api, kunyit hidup, kunyit serbuk, halia dan sedikit garam sehingga lumat.
    Kalau malas kisar ajer dengan blender.
    3.  Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan dan air.
    4.  Biarkan mendidih dengan menggunakan api sederhana dan kacau selalu.
    5.  Bila mendidih masukkan udang, daun kunyit dan asam keping bersama sedikit garam.
    6.  Bila mendidih sekali lagi masukkan pucuk ubi yang telah di rebus dan biarkan sekejap, rasa garam dan baru padam api.
    pekena pula dengan telur masin..perghhhhhhhhh

    10 ulasan:

    1. lauk dah cukup megancam..ingat dah selesai kat situ rupanya ada telur masin pulak...

      BalasPadam
    2. perghh boleh lupa segala termasuk pes soto kalo kena ni!

      sori kak ina beribu sori patik ucapkan.. pes tu boleh pulak tertinggal kat bawah seat :(

      BalasPadam
    3. Sedap nya Kak Ina ..balik ni boleh masaklah cam ni ...

      BalasPadam
    4. sedapnya...dah lama tak makan telur masin ni

      BalasPadam
    5. sodap eh..lagi sodap hiriskan dauin kunyit dan masukkan sekali..lagi mencongkam kalau makan ngan ikan masin goreng

      BalasPadam
    6. tengah tahan mata nie...
      layan gambar...

      BalasPadam
    7. sedapnya lauk :) my fav ni kak

      BalasPadam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Google+ Followers