NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

ShoppingTime

Lazada Malaysia

Sabtu, Oktober 02, 2010

Resepi Roti Nan



Bulan puasa lepas..suami akak beli roti nan dan ayam tandoori berserta kimma daging. Mak datuk harga sekeping roti nan ni dah naiklah..nak dekat RM2.00 sekeping.

Akak pun dah lama tak buat roti nan ni. Kebetulan ada buat kari ayam kampung. Buat sarapan untuk esoknya. Resepi asal dari mummyhamim2 dari myresepi.com..

Bahan-bahan ( 12-15 keping sederhana besar )
750 g tepung gandum
250 g tepung naik sendiri
250ml plain yogurt (low fat pun boleh)akak gunakan susu cair pastu bubuh 2 sudu besar jus limau kasturi..pasal selalu lupa beli yogurt ni..
1 sudu serbuk yeast ( rendam dlm secawan air suam bercampur 2 sdu besar gula)-akak tambah kepada 1 peket-11 gram dan akak tambah 5 sudu makan air suam.
2 sudu butter (akak gunakan 4 sudu besar minyak zaiton)
sedikit garam

Cara-cara

  1. Rendam terlebih dulu yis didalam cawan berisi air suam-suam kuku bersama 2 sudu besar gula Tunggu dalam 3-5 minit sehingga yis timbul.
  2. Sementara itu, di dalam mangkuk berasingan.... campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula, garam dan mentega lembut/minyak zaiton dan digaul rata.
  3. Masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati dan lembut, masukkan air sedikit demi sedikit jika perlu (jika adunan terlalu kering)
  4. Uli sehingga agak lembut, dan bulat-bulatkan untuk diperam seketika ( sampai kembang dan gebu)-akak jadikan sebiji doh yang besar dan perap selama 1 jam sehingga doh naik sekali ganda.
Kali ni hentam uli dalam food processor...mengada-gada tak nak uli pakai tangan..
Cara buat akak ambil dari N3 yang lalu...tak kuasa pulak nak ambil gambar kali ni..no mood.
Canai leper
dan bakar atas kuali (seeloknya kuali tak melekat-non stick pan) leper tanpa minyak, api kecik, tunggu sampai kembong2 seperti dlm gambar, baru terbalikkan.

15 ulasan:

  1. salam kak ina....order..order...roti nan cheese 1...:)))))

    BalasPadam
  2. bestnye...nanti nak buat lah.anak2 mesti suka.thanx 4 shared kak

    BalasPadam
  3. salam kak ina
    thanks for d recipe

    selalunya aku buat roti poket
    yang makan dgn daging hancur with salad ketumbar, bawang dan tomato..

    superb... labon style

    BalasPadam
  4. kalau mcm ni pagi2 sarapan kenyang semua..hehe
    sedapnyer tgk nan dgn kari, nmpak cm senang tp kena pandai buat juge ni..

    BalasPadam
  5. kakak kita kalau makan roti nan tak penah abis sebab besar sangat hehe..cemana nak sponsor tu?

    BalasPadam
  6. aku selalu makan roti nan kat hakim sec 7...kaya agaknya mamak hakim tersebut

    BalasPadam
  7. nak order cheese naan satu!

    BalasPadam
  8. np x bkr dlm tempayan kak?:-p

    BalasPadam
  9. sedapnya..sure bau harummm satu rumah

    BalasPadam
  10. sedapnya kalau buat sendiri...nak cuba lah...tapi boleh buat separuh aje adunan sebab tak ade orang !tq for the resepi

    BalasPadam
  11. Wah.. rajinnya Kak Ina mengadun roti nan.. Boleh buka kedai kalau macam ni.. Tq sbb kongsi resepi.. Tak tau le bila nak mencubanya.. hehe.. Nur simpan je dulu buat koleksi.

    BalasPadam
  12. yummy!! sedap ni kak ina.. kak ina mmg rajin memasak lorrr...

    BalasPadam
  13. bagus lah k ina nie, roti nan pun pandai buat, susah ler mamak nak carik makan

    BalasPadam
  14. memang suka roti nan.selalu mkn kat restoran maisha sek 19.lepas ni boleh buat sendiri..ina dah bagi resepi..tq ina..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...