OOO

Selasa, Oktober 05, 2010

Suara Misteri di Ladang Gadong (Tempat Pembunuhan)

Baru ajer tenguk berita di TV9....pasal  kecoh sebab ada suara misteri di Ladang Gadong.

Siap  pemberita Nurhidayah Abdullah  berkampung di situ dari pukul 12.00 tengahmalam hingga 4 pagi tapi tak jumpa benda pelik dan suara misteri itu terutama di sungai tempat abu arwah di alirkan.

Menurut Nurul ..seorang peniaga di situ mengatakan memang ada suara misteri yang berbunyi..
macam orang merintih..

Seorang lagi peniaga kedai makan, Azman Jaafar beritahu yang  perniagaan  beliau terjejas di sebabkan adanya suara misteri tersebut.

Tapi Ketua Polis Selangor menafikan khabar angin tersebut.

 Ni semua di sebabkan dari lapuran  dari SINI
 
Ladang Gadong di Kuala Langat, Selangor yang menyimpan kisah tragis melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, kini mula menerima gangguan suara misteri.

Beberapa anggota polis yang bertugas mengawal lokasi pembunuhan kejam itu mendakwa mendengar 'suara-suara' meminta tolong hampir setiap malam.

Ekoran itu, polis dikatakan terpaksa menambah bilangan anggota yang berkawal daripada dua kepada lima hingga enam orang mengikut syif setiap hari.

"Pada mulanya, hanya dua anggota bertugas namun bilangannya terpaksa ditambah kerana ada yang mengalami gangguan-gangguan ketika bertugas.

"Mereka diganggu 'suara-suara' itu yang sayup-sayup kedengaran meminta tolong," kata sumber sambil memberitahu salah seorang suspek kes itu juga mengakui 'didatangi' lembaga.

Menurutnya, 'suara-suara' itu biasanya muncul dari dalam ladang kelapa sawit terbabit di waktu tengah malam semasa anggota-anggota sedang berehat di pondok kecil yang dibina mereka tidak jauh dari tali air.

Katanya, anggota-anggota terbabit juga tidak dapat memastikan dari arah mana 'suara-suara' itu kerana keadaan ladang yang amat gelap selain ia hanya sayup-sayup kedengaran.

Katanya lagi, bagi langkah berjaga-jaga anggota tidak melakukan rondaan seorang diri sebaliknya dijalankan secara berkawan pada setiap jam.

Entahlah..tak tau nak kata apa..entah betul ..entah idak..tak tahulah..

Al fatihah buat semua arwah.

16 ulasan:

  1. Salam..

    Alfatihah utk semua semua arwah.

    BalasPadam
  2. ada ke tak ada, hanya DIA yang tau...tp klu ade pun kite faham2 ajelah.... umum mengetahui cara pembunuhan penuh tragis dan kejam itu, kan....

    al-fatihah utk semua arwah...

    BalasPadam
  3. kadang2 diaorg nak bg famous amos lebih jer, pada hal takde apa pun..

    BalasPadam
  4. Biar betul berita ni?
    Atau ada budak-budak saja nak main-mainkan polis-polis tu kot.

    BalasPadam
  5. ada gak dgr sebelum ni tp wallahualam..hanya mereka dan DIA je tau.apa pun kita doakan ketenangan si mati

    BalasPadam
  6. baca pun dah rasa seram kak...

    BalasPadam
  7. yer ler kann roh mereka x tenang...sebab mangsa di bunuh...dan di bakar...x di kebumikan dengan cara yg sepatutnya...mungkin ramai lagi mangsa yg kiter x ketahui identiti mereka...

    semoga kes ini mendapat pengadilan yg sepatutnya...jgn biarkan mereka yg berhati kejam itu bebas dari hukuman

    BalasPadam
  8. subhanallah...

    semoga roh mereka tenang disana...
    Al-Fatihah~

    BalasPadam
  9. Hanya Allah yang Maha Mengetahui

    BalasPadam
  10. semoga roh mereka bersama orang2 beriman...amin

    BalasPadam
  11. hanya Allah sahaja yang tahu..
    semuga roh arwah2 dalam keadaan tenteram..

    BalasPadam
  12. klu ada pun memang tak mustahil..mereka tu mati dibunuh dan roh mereka tak aman..klu berkampung kat situ sekalipun bukan tentu dia nak bg dengar tiap2 malam...ada masa dan ketikanya..wallahualam..

    BalasPadam
  13. kalau ada...serammmm...alfatihah buat semua arwah...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...