Susah Juga Nak Pergi Haji Ikut Sistem Kuota

by kak ina kl on Rabu, Oktober 20, 2010

 Semua orang islam memang hendak ke sini jika mampu, tapi bila mampu kuota pulak tak ada.

Akak bukan suka sangat ahli politik , hendak-hendak bila bersidang di Dewan Rakyat.  Cakap ajer pandai kerja dan janji tidak di tunaikan.

Tapi akak setuju dengan Ahi Parlimen Kalaban, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh ni mengenai sistem kuota haji.  Memang betul apa yang beliau katakan..

Yang Di pertua (Speaker) , bukan saya yang kata, tetapi orang Sabah kata, ini Barisan Nasional (BN) mahu masuk syurga pun ada kuota, dalam Islam kita tahu antara syarat mahu masuk syurga ialah naik haji.  Jadi, apabila mereka tidak boleh naik haji kerana di kawal oleh kerajaan, siapa yang mahu tanggung dosa?

Dalam televisyen,kita lihat ada yang mengatakan mereka sudah empat, lima dan enam kali naik haji, mereka ini tidak pakai sistem kuotakah?

Beliau mendesak pengurusan Tabung supaya mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ianya menimbulkan  masalah dan juga di anggap terlalu berorientasikan perniagaan.  Kalau boleh Tabung Haji mesti menetapkan kalau mereka yang dah naik haji tak boleh lagi pergi dalam tempoh lima tahun.

Abdul Ghapur juga bersetuju dengan pandangan Taib Azamuddin Md Taib (Pas-Baling) yang Tabung Haji telah lari dari matlamatnya.  Fikir nak berniaga ajer, ada pakej Zamrud, ada pakej VVIP, kawan, anak saudara pergi naik haji, cuma bayar RM10,000 semua kelas pertaman..ini mana boleh!! kata beliau lagi.

Sedangkan orang miskin hendak kumpul RM10,000 pun susah, kais pagi makan pagi..kenapa?Tabung Haji ini untuk orang kaya sajakah?  Rakyat menabung untuk naik haji, bukan mahu pakej mahal dan beliau mahukan Perdana Menteri masuk campur dalam hal ini.

Sumber : Harian Metro

p/s  betullah tu apa kata beliau.  Kadang-kadang hairan gak bila baca dalam suratkhabar ataupun tv bila ada jemaah kata mereka dah pergi kali ke 2 dan ke 3.    Padahal ramai lagi yang belum dapat merasa nak pergi ke sana sedangkan wang tabungan dah cukup dengan alasan kuota dah habis.


Tak rasa bersalah ker orang yang dah mengerjakan haji banyak kali ni, disebabkan mereka orang lain tak dapat melakukannya.

Ada geng akak dapat pergi haji tahun ni, tapi bukan dengan pakej biasa.  Pakej yang mahal, sekali ganda dari yang biasa.  Itu pun di tawarkan bila mereka suami isteri merayu hendak pergi haji tahun ini.

Beliau terpaksa menerima tawaran  pakej mahal tersebut  apabila memikirkan suami beliau yang ada kecacatan di kaki kanan (oku) yang telah berumur 55 tahun.  Ikutkan sistem kuota beliau cuma dapat pergi dalam 5 tahun lagi.

Nasib baiklah mereka mampu dan boleh pergi.  Cuba tawarkan kepada orang tidak berkemampuan, kan pengsan nak cari wang sebanyak itu.  Semuga beliau beliau selamat pergi dan selamat kembali.

Akak ni pulak kena tunggu tahun 2022, berapa tahun lagi tu kan?  Lagi 12 tahunlah. Risau gak sebab masa tu mungkin kesihatan dah merosot dan ada pelbagai masalah kesihatan.

Agaknya kalau akak buat rayuan ker, mungkin kah Tabung Haji akan tawarkan pakej mahal?

27 comments

salam kak ina,

boleh cuba buat rayuan..mana tau rezeki akak di percepatkan..

selamat mencuba ya!

by deqlis on 20 Oktober 2010 1:43 PTG. #

salam kak ina ...

saya setuju dengan YB tu. memang kadang2 rasa macam tak adil pulak. Tak pasti mcmana TH buat pemilihan. FYI, bapak mertua saya pun pergi haji tahun ni. Untuk kali kedua. Katanya, duit dalam TH cukup sebab tu terpilih. Sedangkan parents kawan saya yang dah lama ready nak pergi tak dapat.

by Ieja RizaLiza on 20 Oktober 2010 1:51 PTG. #

aduhaii..nak buat amal ibadah pon ada kuota, susah la...kerajaan tanggung dosa

by Ieda Al-Habsyi on 20 Oktober 2010 1:52 PTG. #

Salam kak Ina,
betul tu. Masa suami kat Arab Saudi, even org arab pun cuma boleh buat haji 5 tahun sekali je Tapi kuota tu kita boleh merayu tapi kena rajin la. Ada org yg sy kenal dah 4 kali pergi haji

by aidah on 20 Oktober 2010 1:58 PTG. #

salam kak ina..

bagus jugak ada suara pembangkang dlm dewan rakyat ni..sekurang2nya takdela ikut telunjuk satu pihak membuta-tuli..

by makdara TERdiva on 20 Oktober 2010 2:02 PTG. #

ai nyer tahun 2032 kot. ahaha, bila dah cukup wang, dh boleh buat rayuan. mmg ada jalan pintas

by Matjoe on 20 Oktober 2010 2:03 PTG. #

kesian pulak tengok mereka yang tak dapat pergi haji lagi tunggu turn yang begitu lama...

by Azrul Hisham on 20 Oktober 2010 2:07 PTG. #

boleh merayu kalau ada alasan munasabah,mertua saya daftar 2007 atau awal 2008 dah lupa, dpt pegi 2008..try la merayu kak ina n selalu follow up dgn thaji

by wati on 20 Oktober 2010 2:16 PTG. #

Ada betulnya tuh jugak kak!..

Tapi tuh la,
tahun ni mak ayah saya baru dpt pergi.
Tu pun lepas buat rayuan.
Insyaallah, ade rezeki untuk akak sampai ke sana awal dr menunggu 2022 tu~

by Dilakochan on 20 Oktober 2010 2:24 PTG. #

Haah pernah juga terlintas di kepala nih macam mana katanya ada kuota segala tapi ada yg dah pergi berkali2.. Tau la mmg berkemampuan, bagilah chance kat orang lain pula kan... Lepas tuh perlu ker ada pakej2 segala, kan nak beribadat, mana leh ada darjat segala. sampai sana pun pakai telekung sama ihram jer kan...

Love,
PojiePooh Abdullah

by ||| PöJìé PööH ||| on 20 Oktober 2010 2:28 PTG. #

kena selalu follow up dengan tabung haji.

by maslinamansor on 20 Oktober 2010 2:32 PTG. #

Orang kaya kt kampung mia dah dapat pergi 2 kali klau xsilap. hiks.. tahun ni dapat pergi lagi..

by Salmia on 20 Oktober 2010 3:07 PTG. #

Assalamualaikum Kak Ina

dulu pernah nak berniaga
beli ladang kelapa sawit di indon
punah ranah..ditipu indon

sebelum tu engku aziz, pengasas TH, bermatian melarang, tak diindahkan

Wassalam

by Rozali on 20 Oktober 2010 3:14 PTG. #

salam kak ina..sepatutnya sapa yg dah pergi banyak kali tu ..x yah kasi pergi lagi..bagi ler can kat orang lain pulak

by atty's on 20 Oktober 2010 3:18 PTG. #

betul kak, setuju sangat..Kesian..sekarang kalau baru register, mau tunggu 15-20 tahun lagi baru boleh pergi..aduss tak kesian ke yang makcik2 dah tua tu..harap jangan memilihlah bab wat ibadah ni

by wanmus on 20 Oktober 2010 3:36 PTG. #

Kalau Kak Ina 12 tahun lagi...saya ntah bila ntah yer...huhuhuhu

by MushroomCute@Mariea on 20 Oktober 2010 3:38 PTG. #

Ya Allah, murahkanlah rezekiku untuk ku di suatu hari nanti akan sampai jua ke sana.

by eelobor on 20 Oktober 2010 3:52 PTG. #

a'aaa K'Ina.. Abah kita lg lerrr 2027.. kita adik bradik kira2.. kna tgu smpi anak sedara yg skrg umo 6 bln amk SPM (klu mse tu ade lg exam ni) hik3.. sabau je le..

by ohoeya858.blogspot.com on 20 Oktober 2010 5:03 PTG. #

sistem kuota tu tak salah..tujuannya supaya semua selesa & tak bersesak2 kat Mekah.yang silapnya cara org2 berkenaan mengendalikan sistem tu.
makcik pakcik yang tak pandai nak rayu2 tu terpaksalah tunggu bertahun2 walaupun duit dah cukup sb tempat dia diambik oleh org yg bijak laksana..

by ieda on 20 Oktober 2010 6:26 PTG. #

salam kak

tu la,masalah pengurusan ni sebenarnya

by Peri PiA on 25 Oktober 2010 12:15 PTG. #

haji lambat lagi.

by Tanpa Nama on 10 April 2011 11:12 PTG. #

Assalamualaikum Kak Ina dan saudara saudari semua. Saudara dan saudari sudah ada akaun Tabung Haji ? Cuma RM2.00 je untuk buka akaun dan paling murah di pasaran. Kalau nak pergi Haji bolehlah daftar segera > Yang daftar dahulu di dahulukan dan tak semestinya bila dah tua baru nak mendaftar , yang muda-muda pun boleh daftar Haji. Rakyat Malaysia yang sudah berdaftar sekarang lebihkurang 700,000 orang dan kuota yang kerajaan Arab Saudi berikan cuma 28,000 orang. Cuba saudara saudari kira dan fikirkan berapa tahun kita nak lepaskan bakal-bakal Haji yang seramai 700,000 orang ni dan semuanya nak pergi awal dan duit telahpun mencukupi. Lagipun kemudahan di sana sangat terhad buat masa sekarang dan didalam proses pembangunan dimana banyak bangunan-bangunan di sekitar Masjid telah dirobohkan. Yang mana ada duit lebih tu, tak salah pergi dengan pakej yang mahal. Kalau pergi bercuti ke London , Paris atau New York dan habis duit sampai beratus ribu , lebih baik pergi dengan pakej yang harga RM100,000.00 tu. Harap saudara saudari faham. Tq.

by Haji Azmi TH on 10 April 2011 11:32 PTG. #

Salam Kak...
Saya baru terbaca blog akak ni...betul juga ramai yang dah pergi haji dua tiga kali... tapi rasa nya dulu mereka bolih buat begitu kerana dalam tahun 80-90han tak begitu banyak orang nak pergi haji....tak macam sekarang....katanya ibu bapa sekarang anak baru 1 tahun dah register haji, kalau register 18 tahun lalu dia dah di panggil haji sekarang, jadi kita yang baru cukup kumpul duit sekarang tapi belum register ni mesti terlepas. Kenapa saya cakap gitu? Saya pun baru register tahun lepas dan dapat tahun 2032 so alternatif nya saya kena ambil pakej tahun ini...kerana sekarang saya mampu (bukanlah pakej yang termahal tu!), lagipun ustaz yang mengendalikan kursus Haji yang saya hadiri ada berkata,
'Tak salah kita pergi dengan pakej yang mahal atau murah...kalau ada lebih duit pergi saja dengan pakej, bagi saja tempat muasassah kita kepada orang laim yang 'waiting list' nak pergi dengan muasassah, dapat pahala di sisi Allah....bagi saya cadangan yang baik sekali. Bsgi ysng mampu nak pergi dengan pakej yang mahal sekali, Allah telah memberkati mereka dengan rezeki yang melimpah ruah....peniagaan mereka berhasil etc., saya tumpang gembira...yang saya tahu mereka yang kaya ni di Malaysia banyak membuat amal secara diam diam....itu hidup mereka di berkati Allah. Wassalam

by Tanpa Nama on 17 Ogos 2011 2:09 PTG. #

Salam Kak....
Terlupa....yang mohon pergi pakej Haji semua tak termasuk dalam quota 10% yang muasassah tu. Yang pakej Haji kena tunggu lebih quota yang akan di beri kerajaan Arab Saudi...yang nak pergi pakej Haji tak confirm lagi termasuk lah saya. Katanya hanya akan di beritahu pada penghujung bulan August 2011 ni.

Wassalam

by Tanpa Nama on 17 Ogos 2011 2:16 PTG. #

Salam...

Salah tulis di atas tu... '1% (28,000) bukan 10%'...sorry!!

by Tanpa Nama on 6 September 2011 12:37 PTG. #

Adalah lebih baik yang sudah menunaikan haji tidak lagi diberikan kuota haji supaya orang lain diberikan peluang untuk menunaikan haji...adalah lebih baik jika duit itu digunakan untuk membuat umrah dan beramal dengan bersedekah.

by geraugebang on 7 Oktober 2011 5:15 PTG. #

Haji Azmi...awak dulu pergi Haji guna kuota mana? Bila dah ada kemudahan untuk diri sendiri pergi Haji mudahlah berkata-kata.

Ada fikir pasal apa ada yang boleh pergi sampai saya dengar berbelas kali. Ini yang dicakapkanler, kalau saya ditipu..tak tahulah.

RM10k untuk kawan/kenalan kelas pertama lagi.

Beritahu saya dan semua adakah apa yang ditulis disini hanyalah fitnah semata-mata.

by Tanpa Nama on 2 Disember 2011 3:46 PTG. #

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate