OOO

Rabu, Oktober 20, 2010

Susah Juga Nak Pergi Haji Ikut Sistem Kuota

 Semua orang islam memang hendak ke sini jika mampu, tapi bila mampu kuota pulak tak ada.

Akak bukan suka sangat ahli politik , hendak-hendak bila bersidang di Dewan Rakyat.  Cakap ajer pandai kerja dan janji tidak di tunaikan.

Tapi akak setuju dengan Ahi Parlimen Kalaban, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh ni mengenai sistem kuota haji.  Memang betul apa yang beliau katakan..

Yang Di pertua (Speaker) , bukan saya yang kata, tetapi orang Sabah kata, ini Barisan Nasional (BN) mahu masuk syurga pun ada kuota, dalam Islam kita tahu antara syarat mahu masuk syurga ialah naik haji.  Jadi, apabila mereka tidak boleh naik haji kerana di kawal oleh kerajaan, siapa yang mahu tanggung dosa?

Dalam televisyen,kita lihat ada yang mengatakan mereka sudah empat, lima dan enam kali naik haji, mereka ini tidak pakai sistem kuotakah?

Beliau mendesak pengurusan Tabung supaya mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ianya menimbulkan  masalah dan juga di anggap terlalu berorientasikan perniagaan.  Kalau boleh Tabung Haji mesti menetapkan kalau mereka yang dah naik haji tak boleh lagi pergi dalam tempoh lima tahun.

Abdul Ghapur juga bersetuju dengan pandangan Taib Azamuddin Md Taib (Pas-Baling) yang Tabung Haji telah lari dari matlamatnya.  Fikir nak berniaga ajer, ada pakej Zamrud, ada pakej VVIP, kawan, anak saudara pergi naik haji, cuma bayar RM10,000 semua kelas pertaman..ini mana boleh!! kata beliau lagi.

Sedangkan orang miskin hendak kumpul RM10,000 pun susah, kais pagi makan pagi..kenapa?Tabung Haji ini untuk orang kaya sajakah?  Rakyat menabung untuk naik haji, bukan mahu pakej mahal dan beliau mahukan Perdana Menteri masuk campur dalam hal ini.

Sumber : Harian Metro

33 ulasan:

  1. salam kak ina,

    boleh cuba buat rayuan..mana tau rezeki akak di percepatkan..

    selamat mencuba ya!

    BalasPadam
  2. salam kak ina ...

    saya setuju dengan YB tu. memang kadang2 rasa macam tak adil pulak. Tak pasti mcmana TH buat pemilihan. FYI, bapak mertua saya pun pergi haji tahun ni. Untuk kali kedua. Katanya, duit dalam TH cukup sebab tu terpilih. Sedangkan parents kawan saya yang dah lama ready nak pergi tak dapat.

    BalasPadam
  3. aduhaii..nak buat amal ibadah pon ada kuota, susah la...kerajaan tanggung dosa

    BalasPadam
  4. Salam kak Ina,
    betul tu. Masa suami kat Arab Saudi, even org arab pun cuma boleh buat haji 5 tahun sekali je Tapi kuota tu kita boleh merayu tapi kena rajin la. Ada org yg sy kenal dah 4 kali pergi haji

    BalasPadam
  5. salam kak ina..

    bagus jugak ada suara pembangkang dlm dewan rakyat ni..sekurang2nya takdela ikut telunjuk satu pihak membuta-tuli..

    BalasPadam
  6. ai nyer tahun 2032 kot. ahaha, bila dah cukup wang, dh boleh buat rayuan. mmg ada jalan pintas

    BalasPadam
  7. kesian pulak tengok mereka yang tak dapat pergi haji lagi tunggu turn yang begitu lama...

    BalasPadam
  8. boleh merayu kalau ada alasan munasabah,mertua saya daftar 2007 atau awal 2008 dah lupa, dpt pegi 2008..try la merayu kak ina n selalu follow up dgn thaji

    BalasPadam
  9. Ada betulnya tuh jugak kak!..

    Tapi tuh la,
    tahun ni mak ayah saya baru dpt pergi.
    Tu pun lepas buat rayuan.
    Insyaallah, ade rezeki untuk akak sampai ke sana awal dr menunggu 2022 tu~

    BalasPadam
  10. Haah pernah juga terlintas di kepala nih macam mana katanya ada kuota segala tapi ada yg dah pergi berkali2.. Tau la mmg berkemampuan, bagilah chance kat orang lain pula kan... Lepas tuh perlu ker ada pakej2 segala, kan nak beribadat, mana leh ada darjat segala. sampai sana pun pakai telekung sama ihram jer kan...

    Love,
    PojiePooh Abdullah

    BalasPadam
  11. kena selalu follow up dengan tabung haji.

    BalasPadam
  12. Orang kaya kt kampung mia dah dapat pergi 2 kali klau xsilap. hiks.. tahun ni dapat pergi lagi..

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Kak Ina

    dulu pernah nak berniaga
    beli ladang kelapa sawit di indon
    punah ranah..ditipu indon

    sebelum tu engku aziz, pengasas TH, bermatian melarang, tak diindahkan

    Wassalam

    BalasPadam
  14. salam kak ina..sepatutnya sapa yg dah pergi banyak kali tu ..x yah kasi pergi lagi..bagi ler can kat orang lain pulak

    BalasPadam
  15. betul kak, setuju sangat..Kesian..sekarang kalau baru register, mau tunggu 15-20 tahun lagi baru boleh pergi..aduss tak kesian ke yang makcik2 dah tua tu..harap jangan memilihlah bab wat ibadah ni

    BalasPadam
  16. Kalau Kak Ina 12 tahun lagi...saya ntah bila ntah yer...huhuhuhu

    BalasPadam
  17. Ya Allah, murahkanlah rezekiku untuk ku di suatu hari nanti akan sampai jua ke sana.

    BalasPadam
  18. a'aaa K'Ina.. Abah kita lg lerrr 2027.. kita adik bradik kira2.. kna tgu smpi anak sedara yg skrg umo 6 bln amk SPM (klu mse tu ade lg exam ni) hik3.. sabau je le..

    BalasPadam
  19. sistem kuota tu tak salah..tujuannya supaya semua selesa & tak bersesak2 kat Mekah.yang silapnya cara org2 berkenaan mengendalikan sistem tu.
    makcik pakcik yang tak pandai nak rayu2 tu terpaksalah tunggu bertahun2 walaupun duit dah cukup sb tempat dia diambik oleh org yg bijak laksana..

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  21. haji lambat lagi.

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum Kak Ina dan saudara saudari semua. Saudara dan saudari sudah ada akaun Tabung Haji ? Cuma RM2.00 je untuk buka akaun dan paling murah di pasaran. Kalau nak pergi Haji bolehlah daftar segera > Yang daftar dahulu di dahulukan dan tak semestinya bila dah tua baru nak mendaftar , yang muda-muda pun boleh daftar Haji. Rakyat Malaysia yang sudah berdaftar sekarang lebihkurang 700,000 orang dan kuota yang kerajaan Arab Saudi berikan cuma 28,000 orang. Cuba saudara saudari kira dan fikirkan berapa tahun kita nak lepaskan bakal-bakal Haji yang seramai 700,000 orang ni dan semuanya nak pergi awal dan duit telahpun mencukupi. Lagipun kemudahan di sana sangat terhad buat masa sekarang dan didalam proses pembangunan dimana banyak bangunan-bangunan di sekitar Masjid telah dirobohkan. Yang mana ada duit lebih tu, tak salah pergi dengan pakej yang mahal. Kalau pergi bercuti ke London , Paris atau New York dan habis duit sampai beratus ribu , lebih baik pergi dengan pakej yang harga RM100,000.00 tu. Harap saudara saudari faham. Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ust Haji dsb, isunya disini ialah macamana yang dh 2, 3 kali g haji dapat pegi lagi ? Persoalan untuk menggunakan pakej yang mahal atau murah bkn isunya, kalau pengurusan Tabung hajj mmg berorientedkan bisness mabe bole advise yang kaya-kaya gitew untuk ikut pakej yang mahal2- Isunya macamana umat Muhammad yang lahir di Malaysia ni yang dah berumur dan baru cukup duit hasil titik peluh dan takda pakai "cable " ni nak P kalau yang memang layak untuk g Perancis dsb menggunakan kuota yang ada untuk ke tanah suci walhal dah 2 3 kali p, Tabung haji x advise depa ka ? jangan bag jawapan selamat, kami bukan budak2, Tn Haji ingat mereka yang penat kumpul duit dan kali pertama g haji tu depa pernah p Itali r melancong ke London menggunakan pakej mahal ke....Apa punya jawapan !

      Padam
  23. Salam Kak...
    Saya baru terbaca blog akak ni...betul juga ramai yang dah pergi haji dua tiga kali... tapi rasa nya dulu mereka bolih buat begitu kerana dalam tahun 80-90han tak begitu banyak orang nak pergi haji....tak macam sekarang....katanya ibu bapa sekarang anak baru 1 tahun dah register haji, kalau register 18 tahun lalu dia dah di panggil haji sekarang, jadi kita yang baru cukup kumpul duit sekarang tapi belum register ni mesti terlepas. Kenapa saya cakap gitu? Saya pun baru register tahun lepas dan dapat tahun 2032 so alternatif nya saya kena ambil pakej tahun ini...kerana sekarang saya mampu (bukanlah pakej yang termahal tu!), lagipun ustaz yang mengendalikan kursus Haji yang saya hadiri ada berkata,
    'Tak salah kita pergi dengan pakej yang mahal atau murah...kalau ada lebih duit pergi saja dengan pakej, bagi saja tempat muasassah kita kepada orang laim yang 'waiting list' nak pergi dengan muasassah, dapat pahala di sisi Allah....bagi saya cadangan yang baik sekali. Bsgi ysng mampu nak pergi dengan pakej yang mahal sekali, Allah telah memberkati mereka dengan rezeki yang melimpah ruah....peniagaan mereka berhasil etc., saya tumpang gembira...yang saya tahu mereka yang kaya ni di Malaysia banyak membuat amal secara diam diam....itu hidup mereka di berkati Allah. Wassalam

    BalasPadam
  24. Salam Kak....
    Terlupa....yang mohon pergi pakej Haji semua tak termasuk dalam quota 10% yang muasassah tu. Yang pakej Haji kena tunggu lebih quota yang akan di beri kerajaan Arab Saudi...yang nak pergi pakej Haji tak confirm lagi termasuk lah saya. Katanya hanya akan di beritahu pada penghujung bulan August 2011 ni.

    Wassalam

    BalasPadam
  25. Salam...

    Salah tulis di atas tu... '1% (28,000) bukan 10%'...sorry!!

    BalasPadam
  26. Adalah lebih baik yang sudah menunaikan haji tidak lagi diberikan kuota haji supaya orang lain diberikan peluang untuk menunaikan haji...adalah lebih baik jika duit itu digunakan untuk membuat umrah dan beramal dengan bersedekah.

    BalasPadam
  27. Haji Azmi...awak dulu pergi Haji guna kuota mana? Bila dah ada kemudahan untuk diri sendiri pergi Haji mudahlah berkata-kata.

    Ada fikir pasal apa ada yang boleh pergi sampai saya dengar berbelas kali. Ini yang dicakapkanler, kalau saya ditipu..tak tahulah.

    RM10k untuk kawan/kenalan kelas pertama lagi.

    Beritahu saya dan semua adakah apa yang ditulis disini hanyalah fitnah semata-mata.

    BalasPadam
  28. huiyooo... g haji pun sampai nak bergaduh2...
    apa ne... merayu kat TH dan quota tu "ikhtiar dunia jer"... berapa ramai yang berdegar-degar marah dan menyalahkan TH dan orang yang pergi berulang kali tu, yang sungguh-sungguh MERAYU PADA ALLAH... ITU RUMAH ALLAH... ALLAH YANG JEMPUT.... MERAYULAH PADA-NYA.... DENGAN IKHLAS... BANGUNLAH DI SEPERTIGA MALAM DAN MERAYU PADA NYA.... ALLAH MAHA KAYA... ALLAH MAHA KUASA....

    usah lah digaduh2kan... orang yang pergi 2 3 kali, ada ketikanya mungkin tidak sempurna hajinya yang pertama.... itu rezeki dia... dengki buat apa....?

    BalasPadam
  29. Kalau ikut TH semua orang yang mendaftar akan dihantar ke Mekah tapi itu semua diluar bidang kuasa TH. Kerajaan Malaysia tertakluk kepada kuota yang diperuntukkan oleh kerajaan Arab Saudi selaku tuan rumah iaitu 28,000 orang.
    Keputusan sidang OIC, jumlah kuota haji disepakati 1/1000 orang dari negara berpenduduk Islam.
    Ertinya jika penduduk dari satu negara Islam tercatat 28 juta, maka Kerajaan Arab Saudi menetapkan warga dari negara muslim bersangkutan kuota hajinya sebanyak 28 ribu.
    Jadi fikir2kan logiknya kenapa ada orang mendaftar tahun 2010 tahun 2025 baru 'turn' mereka sampai.

    BalasPadam
  30. Salam semua. saya minta semua pihak supaya beristighfar dan, jangan lah difitnah secara meluru.. berdosa akibatnya. Tuan tanah yang "advertise"kan fitnah pun sama dapat dosa kering nanti... saya dah berdaftar sejak 2005 & alhamdulillah telah dipanggil untuk mengikuti haji tahun 2013 ini. setelah pergi kursus, baru lah dapat tahu sedikit sebanyak isu-isu yang diperbincangkan..

    1) quota ditetapkan oleh Arab Saudi adalah 1/1000 penduduk Islam sesebuah negara itu. Ini bukan quota yang Malaysia tetapkan, tetapi oleh Arab Saudi. Sila jangan main cakap saja ya... Oleh itu jika rakyat malaysia 26 juta, maka anggaran 26juta x 1/1000 = 26,000 sahaja quota setiap tahun. Tetapi hakikatnya jemaah Malaysia sengat berdisiplin dan kurang memberi masalah ketika di tanah suci. Oleh itu pihak berkuasa Arab Saudi setiap tahun memberikan quota TAMBAHAN sebanyak 14,000 setiap tahun. Jumlah quota tambahan adalah berubah-ubah dan hanya diketahui last minute. Maka jumlah jemaah yang sebenar adalah dalam lingkungan 35ribu-40ribu. Giliran bagaimanapun dikira tanpa mengambil kria quota tambahan tersebut yang memang diberikan atas IHSAN pihak kerajaan Arab Saudi.

    Namun peristiwa segelintir jemaah yang tidak bertanggungjawab mengadakan tunjuk perasaan politik di Makkah beberapa tahun lepas telah mengakibatkan pihak Arab Saudi tawar hati dalam pemberian quota tambahan ini. Ketahuilah saudara-saudari sekalian, bahawasanya tindakan anda ada akibat ke atas semua jemaah yang lain. Janganlah bertindak sesuka hati. Sebenarnya andalah yang menyusahkan kami rakyat Malaysia yang ingin ke Tanah Suci untuk beribadat semata-mata tanpa mengira fahaman politik. Beristighfarlah!

    2) actual figure jemaah Malaysia yang pergi haji kali kedua adalah hanya <1% daripada jumlah jemaah yang malaysia pergi setiap tahun. Itupun sebab mereka daftar awal. Mereka yang bising-bising tak tentu pasal tu, bila agaknya mereka daftar ya? Adalah tidak adil dan zalim juga sekiranya mereka yang telah daftar awal, dan telah secure giliran untuk pergi haji tiba-tiba dinafikan hak untuk pergi semula disebabkan nak beri keutamaan kepada orang lain yang daftar lambat, semata-mata atas alasan dia pergi untuk kali pertama. Fikir-fikirkanlah. Selalu kita fikir teraniaya & dianiaya oleh orang lain, tapi adakah kita terfikir kita juga menganiayai orang lain dengan tuntutan kita? Soal pergi haji ini urusan Allah untuk jemput tetamuNya, jangan lah kita berdukacita melampau.

    3) Siapa yang kata pergi RM10,000 dapat kelas pertama tu, apa makna "kelas pertama" tu ya? Harga RM10,000 diberi kepada SEMUA jemaah yang pergi untuk kali pertama, kerana ada SUBSIDI kerajaan sebanyak RM5,000 untuk yang pergi kali pertama ikut pakej muasasah. Kalau ambil pakej selain muasasah, walaupun kali pertama pergi haji. Maknanya, kos sebenar adalah RM15 ribu, bukan RM10 ribu. Ini bermakna kita (termasuk saya) sebenarnya ditawarkan untuk mengerjakan haji DI BAWAH HARGA SEBENAR. Sila bersyukur ya..!! Mana datang RM5ribu subsidi tersebut? Itu datangnya dari pelaburan yang dijalankan oleh pihak Tabung Haji, termasuk dari pelaburan di luar negara. Semua pelaburan adalah terdedah kepada risiko kerugian, dan TH tidak terkecuali. TH perlu melabur supaya boleh terus memberi kemudahan SUBSIDI kepada para jemaah. Oleh itu janganlah difitnah seolah-olah

    BalasPadam
  31. TH lari dari tujuan asal dsb, tanpa dibuat siasatan terperinci terlebih dahulu. zalim namanya menfitnah ni..beristighfarlah..

    4) Kos yang mahal melampau tu, bukanlah diletakkan oleh pihak TH secara suka hati. Untuk pengetahuan semua, hotel-hotel di Makkah Mukarramah tu bukan lah milik TH ya... Jadi harga bilik yang dikenakan bukanlah di bawah kawalan TH. Harga sewa hotel adalah berdasarkan jarak antara hotel dan masjid (Masjidil Haram di Makkah mahupun Masjid Nabawi di Madinah), dan ditentukan oleh pihak-pihak berkenaan di Arab Saudi. Ini diluar kawalan TH. Namun, TH cuba juga untuk memberikan bantuan kepada jemaah dalam bentuk subsidi. Malangnya, jika pelaburan TH tidak memberansangkan, maka tidak mustahil satu hari nanti bantuan terpaksa dikurangkan, manakalah sewa hotel sudah tentunya terus naik.

    5) Berkenaan jump-turn atau langkau giliran ini, daripada apa yang saya faham, ada berkaitan dengan quota tambahan yang di confirmkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi pada saat-saat akir, dan juga akibat kekosongan disebabkan jemaah asal menolak tawaran TH atas sebab-sebab tertentu (mengakibatkan kekosongan). Soalnya adalah siapa yang layak pergi melalui kekosongan ini? Saya difahami, terutamanya dalam kes-kes last minute, keutamaan diberi kepada mereka yang telah hadir/tamat kursus haji yang dijalankan oleh TH. Keutamaan ini diberi atas alasan kukuh untuk memastikan para jemaah pergi menunaikan ibadat lengkap dengan ilmu asas haji dan tidak kelam-kabut atau tunggang-langgang ketika tiba di tanah suci nanti. soalnya, mereka yang selalu bising-bising semua ni, dah pergi kursus haji ke belum? Walaupun belum dipanggil, tak salah kita pergi kursus haji dengan niat memenuhkan ilmu di dada. kalau kita sanggup pergi shopping, pergi ambil kursus ilmu duniawai berbayar, apa salahnya kita ambilk kursus haji walaupun tidak dipanggil untuk menunaikan haji pada tahun tersebut?

    semua jawapan saya diatas adalah diatas kapasiti diri sendiri dan berdasarkan sedikit fahaman saya dari pihak TH. Saya pohon maaf sekiranya data yang saya berikan tidak tepat. Sekiranya tuan-tuan inginkan jawapan yang lebih tepat, PERGILAH BERTANYA KEPADA TABUNG HAJI. Pak Menteri dan ahli parlimen pun tak tahu segala-galanya. Semua main sebut jer tanpa usul-periksa. Janganlah kita bergaduh sesama sendiri dalam mengerjakan ibadat kepadaNya..

    Sekian assalamu'alaikum...

    BalasPadam
  32. ralat diatas, kalau pergi pakej selain muasasah walaupun kali pertama, subsidi RM5ribu tidak diberikan.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...