OOO

Khamis, Oktober 07, 2010

“You Again?”


poster 

Di waktu persekolahan,  kita tentu ada banyak rakan sebaya. Rakan itu mungkin yang boleh membuatkan kita gembira, ketawa ria dan boleh berkongsi masalah sama ada susah ataupun senang.

Tapi ada juga kawan yang suka buat kita  selalu bersedih. Merasa benci bila ajer melihat wajah dia sebab dia suka membuli kita.  Kalau boleh nampak ajer kelibat dia ajer...terus lariiiiii...
tq google

Saya akan menyatakan sebab apa saya membenci dia, sebab apa saya tak suka dia dan sebab apa membuatkan dia di benci oleh bukan oleh saya sahaja tetapi  kebanyakan pelajar  terutama pelajar junior di sekolah saya.

 Dulu saya bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama  di Perak. Biarlah saya menggelarkan dia sebagai A.

A adalah seorang pelajar yang aktif di sekolah malah begitu baik terhadap guru tetapi apabila bersama pelajar, dia dianggap sebagai seorang pembuli lebih-lebih lagi kepada pelajar yang lebih  muda atau satu kelas dengan beliau. 

Bila di asrama, beliau suka membuli  saya untuk melakukan kerja-kerja yang patut di buat oleh beliau sendiri seperti membasuh baju, menyidai baju dan mengambil makanan di kantin.  Paling tak suka dia suka paksa saya menggosok baju dia.  Geram betul..
 Sampaikan katil beliau pun beliau paksa  saya ataupun junior mengemaskannya setiap hari.  Punyalah pemalas kan.

Boleh dikatakan beliau adalah raja di dalam asrama kerana kesemua kerjanya dilakukan oleh orang lain terutamanya oleh  Junior tetapi hanya yang tak disuruh adalah mandi dan buang air besar/kecil....hahahaha

Kami dah puas menasihatinya tetapi hanya ibarat "melepaskan air di daun keladi". Makin lama perangai beliau bertambah teruk bila kami berada di tingkatan 5.

Apabila sesiapa yang tidak membuat kerja yang disuruh, mereka akan dipukul dan beliau suka menggugut.  Malah beliau makin berani mengambil harta orang lain tanpa meminta izin. Teruk kan..

Akhirnya beliau telah dipukul oleh rakan-rakannya sendiri kerana  beliau ingat mengambil wang yang  didalam almari seorang Junior tetapi sebenarnya beliau telah tersalah ambil  kerana wang tersebut adalah milik rakannya sendiri.

Apabila sudah tamat peperiksaan SPM, beliau menyatakan yang beliau tidak mahu ada berkawan lagi  dengan kami. Pada mulanya kami menganggap beliau bergurau tapi selepas 1 minggu beliau telah menukar nombor  talipon dan langsung tidak menghubungi kami sehingga kini.

Bagi saya dia adalah kawan yang  paling saya tidak ingin saya jumpa lagi sepanjang hayat saya di sebabkan oleh kelakuan beliau yang tidak elok dan suka membuli orang lain.

Semuga sekarang ini beliau telah insaf dan sedar yang membuli itu tidak elok untuk di praktikkan.  Janganlah pulak dia jadi pembuli kat kolej ataupun kat tempat kerja dia.  Nanti dia bertemu buku dengan ruas..baru dia tau.

Kalaulah terjumpa dia lagi...agaknya boleh tak saya memaafkan segala perbuatan dia yang lalu.  Entahlah..

10 ulasan:

  1. Salam kak


    "makan tak habis" la kalau bertemu buku dan ruas

    BalasPadam
  2. salam kak ina..
    saya teringin sangat nak jumpa budak pompuan yg suka buli saya dulu2.. :)

    BalasPadam
  3. kak ina..Lisa pun teringin nk jumpa kawan2 lama dulu...apalah citer diorang kan?

    BalasPadam
  4. salam akak, kenangan berkawan di zaman sekolah & berasrama memang nostalgia yang sukar di lupakan. bermacam jenis karenah yg boleh di jumpai kan?

    BalasPadam
  5. ala kesiannya. ila x merasa kena buli tp ila penah bersedih kerana kawan..penah putus kawan dgn sikap kawan. sampai skrang kalau berjumpa tu walaupun dah bertegur di cyber..bila nak jumpa rasa keberatan hati ni,

    BalasPadam
  6. salam kak.
    masa sekolah rendha pun saya selalu kena buli dengan 2 orang.
    mmg ingat sampai skang.

    sekolah menengahpun kena juga dengan seseorang.

    tapi tak la seteruk yang akak cerita ni.

    BalasPadam
  7. salam..teruk ye..budaya ragging dolu2 kat asrama..mujur zaman saya dah kurang..cuma senior2 suka berlagak la sket tp time kita jd senior xda dah buat mcam tu..hopefully kawan K.Ina dah insaf..asrama kat Perak? sekolah pe tu? hehe

    BalasPadam
  8. liza pun kena buli masa kat asrama dulu, tu yg risau bila anak nak masuk asrama...

    BalasPadam
  9. dimanakah A sekrg kak? hehe..kalau tak tau lagi ok kan kak.

    BalasPadam
  10. Good Post... Hope U Win This Contest... Hehehe....

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...