OOO

Ahad, November 14, 2010

Proton Menang Kejuaraan Rally China 2010

Cukup membanggakan  bila kereta Proton Satria Neo S2000 yang di pandu oleh Alister McRae dan Chris Atkinson berjaya mendapat  tempat pertama dan kedua untuk Pasukan Proton R3 Rally Team.

Ini merupakan  suatu pencapaian yang cukup bermakna  kerana mencatatkan keputusan cemerlang pada perlumbaan Asia Pacific Rally Championship (APRC) di China. 

Dengan keputusan itu, Proton menduduki tempat kedua dalam kategori pengeluar, Mitsubishi di tempat pertama dan Subaru di tempat ketiga. Alister McRae pula berjaya mendaki kedudukan lebih baik untuk kategori pemandu, dimana beliau kini berada di kedudukan ke 3 selepas berada di tempat ke 4 sebelum ini.

Kami gembira dengan kemenangan ini dan ini dapat membuktikan daya saing Satria Neo S2000 dan PROTON sebagai pengeluar di arena rally antarabangsa. Memandangkan kami telah menyatakan sejak awal musim bahawa tahun ini akan menjadi salah satu tahun yang dikhaskan untuk ujian dan pembangunan, dan pada tahun yang mendatang adalah untuk mengutip kejayaan untuk kejohanan APRC.– Kata Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad.
Siri jelajah Rally China ini juga merupakan siri jelajah APRC terakhir untuk tahun 2010 dan pasukan PROTON telah berjaya menduduki tangga kedua dalam kategori APRC Manufacturer’s Championship (kategori Pengeluar Terbaik) untuk siri Asia Pacific Rally Championship (APRC) 2010. Pemandu Alister McRae juga berjaya menduduki tempat ketiga dalam kategori APRC Driver’s Championship (kategori Pemandu Terbaik).

Selain dari itu, sesi jelajah Rally China yang berlangsung di kawasan berbukit dan hutan buluh di luar bandar Longyou ini juga menyaksikan penyertaan pertama kali oleh 4 buah kereta EuropeStar (versi re-badged PROTON Gen2, hasil kerjasama oleh PROTON dan syarikat Zhejiang Youngman Passenger Car Group Co. Ltd) yang berjaya menyudahkan saingan sejauh 229.19km. 

Memang sukar laluan  Rally ni yang berbukit bukau tetapi  Proton Satria Neo S2000 boleh melakukannya.
Setelah berehat selama 5 tahun, PROTON masuk semula ke kejohanan rally sebab inilah strategi yang berkesan untuk mempromosikan jenama PROTON ke pesada dunia.  Bila jenama PROTON telah di kenali,  semakin ramai lagi rakyat di luar negara berminat untuk membeli kereta PROTON.  Di rally inilah Proton Satria Neo S2000 telah di uji keupayaan dan prestasinya.
 Dengan kemenangan itu, Proton Satria Neo S2000 telah membuktikan bahawa produk tempatan juga mempunyai keupayaan setanding dengan kereta berjenama luar seperti Subaru, Mitsubishi, Suzuki, Honda, Citroen, Peugeot dan Volkswagen yang turut menyertai pertandingan ini.
Mesti banggakan tenguk Bendera Malaysia terkibar megah di Negara China. Terharu sungguh.   Yesss Malaysia boleh.

Event data:
Round: 7/7, FIA Asia Pacific Rally Championship
Based: Longyou, Zhejiang Province
Stages: 15
Liaison distance: 441.66km
Competitive distance: 229.99km
Total distance: 671.65km
Conditions: 15 degrees, sunny
APRC day one leader: Hiroshi Yanagisawa (J) Mitsubishi
APRC winner: Alister McRae (GB) PROTON

 Berikut adalah antara pencapaian terbaik dari Proton sepanjang penyertaan dalam sukan permotoran:
Semuga selepas ini PROTON akan mengekalkan kejuaraan dan mengharumkan nama Malaysia di pesada permotoran dunia.  Syabas dan tahniah PROTON Rally R3 Team dan  Proton Satria Neo S2000 akan menempa lebih banyak kejayaan selepas ini.

Kami  sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian cemerlang di Kejuaraan Rally China 2010.

3 ulasan:

  1. ehem2 cam adver je ne? ahhahaa..tahniahh..waaa..sonok nye!saye bangga jd anak malaysia!

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    Alhamdulillah

    Wassalam

    BalasPadam
  3. tahniah..teruskan kecemerlangan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers