Sabtu, November 20, 2010

Resepi Bihun Sup



Makan panas-panas pun sedap. Selalu buat makan malam.
Bahan-bahan
  • 200gm ayam/daging
  • 10-15 ekor udang sederhana besar
  • 4 ekor sotong-potong kecil
  • 1 kiub ayam maggi
  • 6 biji bawang putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 inci halia, diketuk
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 4 biji bawang kecil-dihiris halus
  • 1 camca teh serbuk lada sulah
  • 1-2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 5 biji fish ball
  • 2 keping fish cake-dihiris tipis
  • 2 batang crab sticks
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • sawi
  • kobis-sayur ikut suka
Bahan sampingan
  • Bihun - rendam dulu dengan air suam/air panas
  • Hirisan daun bawang/daun sup
  • Bawang goreng
  • Sambal kicap
Cara-cara
1. Bersihkan ayam/daging dan potong kecil.
2. Kopek udang dan cuci bersih lalu di tos.
3. Tumbuk bawang putih, halia dan lada hitam.
4. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah yang telah dihiris dan di lumur dengan sedikit garam/tepung gandum sehingga garing. Toskan.
5. Dengan menggunakan minyak yang sama...tumis bawang putih, halia dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sehingga berbau wangi dengan api yang sederhana.
6. Masukkan ayam/daging dan udang kacau sebentar. Masukkan air secukupnya.
7. Masukkan kiub ayam, garam, sos tiram,lada sulah dan kicap cair sedikit.
9. Masukkan udang, sotong, fish ball, fish cake, sawi dan kobis.
10. Bila mendidih, perlahankan api dan masukkan garam dan crab sticks kemudian biarkan sebentar.
11. Ambil bihun yang telah di rendam, tuangkan kuah sup dan taburkan dengan daun sup/daun bawang bersama bawang goreng.
12. Boleh di hidang panas-panas dengan sambal kicap.

12 ulasan:

  1. sedapnya kak ina...
    buat b/fast nie boleh tahan sampai ke petang nie....

    BalasPadam
  2. tu dia..mesti sedap kentang tuh..

    BalasPadam
  3. best gaks idea kak ina letak crab stick..leh tmh ni lain kali

    family kami mmg suka sngt2 makan sup..

    BalasPadam
  4. sedap nih..
    time2 hujan makan bihun..
    wah~~slurrpp..ehehe

    BalasPadam
  5. erk..asal la tanpa nama
    saya bukan spammer.~~

    BalasPadam
  6. nyam..masakan kak ina semua sentap...dushh

    BalasPadam
  7. mmg suka la bihun sup...

    suka makan byk kali

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Kak Ina

    kalau kena tulang qurban lagi sedap
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  9. salam kenal kak ina
    i follow u yer

    BalasPadam
  10. sedapnya...

    leh cuba ni.. thanks kak.. ;D

    BalasPadam
  11. Valuable info. Lucky me I found your site by accident, I bookmarked it.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...