OOO

Selasa, November 02, 2010

Resepi Daging Lada Hitam/Blackpepper beef (Guna Maggi Punyalah)

Ikut kat resepi belakang packet tu kan tak yah buh apa-apa.  Tapi kan..akak tambah sedikit bahan.
 Bahan-bahan Utama
1/2 kilo daging batang pinang-hiris tipis basuh dan toskan.
1 paket perencah berlada hitam maggi /black pepper mix
*  Perap dalam 1-2 jam.

Bahan Kisar
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
Bahan Lain
 sedikit minyak bijan (beberapa titik)-tak letak
garam secukup rasa
1/2 capsium hijau-potong panjang
2 batang cili merah-di hiris serong
1 biji bawang besar -akak tak goreng pun
sebatang daun bawang-potong 1 1/2 inci
sedikit minyak
Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. 
2.  Masukkan daging yang telah di perap dan tambah sedikit air. Kacau lagi.
3.  Bila daging dah  masak, masukkan capcium hijau,  cili merah, beberapa titik minyak bijan dan gegelang bawang. Kacau rata dan biarkan sebentar,  jika perlu masukkan garam.
4.  Masukkan daun bawang dan rasa dulu sebelum dimatikan api. 
5.  Boleh dihidangkan dgn roti atau nasi

17 ulasan:

  1. teliur nak rasa...blum makan lg nih...

    kak, email akak yg alamat pemenang saya tak terima lagi. cuba furdunesia@gmail.com

    BalasPadam
  2. belum lunch ag ni..adess..lapar bebenar..

    BalasPadam
  3. guna paket ni je senang kan. tak payah sesusah nak tumbuk blackpepper lagi...

    BalasPadam
  4. wahh nampaknya mesti dah bosan dengan resepi sendiri kan sampai akak guna resepi maggie pulak ni..hehe

    BalasPadam
  5. Laparnya...!!! Hehehe... Kak Ina,Entry Di Celcom Event Dah Siap... Sila Terjah Wokey...

    BalasPadam
  6. Mintak izin ambik resepi yer..kalau x guna perencah maggi ni tapi buat sendiri nyer bahan bolehkan?

    BalasPadam
  7. hm..guna daging ayam sedap juga kan kak?

    BalasPadam
  8. x kisah la dr mana... nyam34.... yg penting lazat kan... hehehe...

    thanks for sharing the recipe :)

    muchas luvas, wawa~* secretwhisper.net

    BalasPadam
  9. huh, sedapnyer kak..

    saya laparr.. huhuhu

    BalasPadam
  10. sedap dan simple...haruslah dicuba kan kak ina..

    BalasPadam
  11. saya mmg suka makan daging black pepper...lagipun black pepper bagus tuk kurus..hehe

    BalasPadam
  12. Sedapnyee kak, yan pernah gak guna rencah tu kak oklah sedap jugak :)


    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  13. yum yum..nampak sgt sedap!!!!!!!

    BalasPadam
  14. salam kak

    saya penah gune rencah ni,terkurang letak air..pekat ya amat hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers