OOO

Ahad, November 14, 2010

Resepi Ikan Keli Salai Dengan Pisang Muda

 makcik ni kato..engkao ambik gambo nak buek apo..nak masuk internet..nanti omputih datang boli.  Kah..kah..kah..tergolak bosar makcik ni.
Balik kampung suami minggu lepas sebab saudara di kawin kat Dewan di Segamat.  Kami tak tidur di Segamat.  Pegi pagi dan balik petang.  

Ajak suami ikut jalan lama sebab nak singgah ke Pedas nak beli ikan,daging dan puyuh salai.  Dah lama dah dia orang bercuti sebab pergi ke Pulau Pinang sambil tenguk cucu baru.  Sebab 3 minggu lepas masa  singgah warung tutup.  Frust betul masa tu.  Nasib baik dapat pekena Cendol Leman Dawi.

Sebelum balik akak call dulu,tanya buka ataupun idak.  Nasib baiklah dia berniaga pada hari Ahad tu.
Sebab akak dah order dulu taklah tunggu lama sangat.  Pastu di bagi pisang free.  Maka terhasillah masak lomak cili padi ikan salai ikan keli campur pisang.  Waduh enak sungguh.
Bahan-bahan
  • 1 kg  ikan keli salai
  • 15-20  biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
  • 1/2 kg santan pekat-500ml santan (kalau nak kuah lebih tambah cili dan santan)
  • 600ml air
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 1 helai daun kunyit-disiat-siat
    2 batang serai-di titik hujung
  • 5 biji limau kasturi (ambil jus)
  • sedikit kunyit serbuk ataupun kunyit hidup
  • garam secukupnya
Cara-cara
1. Bersihkan ikan keli dengan asam jawa dan garam.  Bilas dan tos.
2. Perahkan air limau kasturi dan biarkan dalam 30 minit.
Bersihkan pisang...buang kulit sedikit dan rendam dalam air bercampur asam keping dan garam.
3. Bilas semula ikan keli dan letak garam dan kunyit serbuk. (akak suka bubuh kunyit hidup) Salai di atas arang.  (step ni tak buat ek...sebab beli dah siap punya)
4. Tumbuk cili api, kunyit hidup, garam  dan halia. Titikkan serai.
5. Masukkan bahan yang telah di tumbuk bersama santan pekat dalam periuk.  Tinggalkan sedikit yer utk masukkan penghabisan nanti.
6. Gunakan api perlahan dan kacau selalu sehingga santan mendidih.(takut naik minyak)
7. Bila dah mendidih, masukkan ikan keli salai, daun kunyit dan pisang.
8. Bila mendidih sekali lagi..masukkan garam dan  lebihan santan pekat. Biarkan mendidih lagi dan rasa dulu baru di tuang jus limau kasturi tadi.

9. Cepat-cepat padamkan api..
Makan pulak dengan ikan pekasam.  Mak datuk..sedapnya...

8 ulasan:

  1. salam kak ina, terliur mas....
    sedapnya msk lemak keli salai.....jln kt n9 ni bnyk kan jual mcm ni....mas selalu lalu jln kuala pilah....memang bnyk gerai2 tepi jln, kelabu mata nk memilihh..he..he..

    BalasPadam
  2. salam...best nye kak ina....hantar sikit sini........

    BalasPadam
  3. ina..semalam pun masak ikan keli salai..tapi campur beimbing buluh aje..

    BalasPadam
  4. ikan pekasam tu memang sedap. ishh, blog akak nie memang buat saya terliur jer nak makan manjang. rasa mcm nak balik kampung skrg jer makan masakan dari bonda terchinta

    BalasPadam
  5. :) :) :)
    terliur la pulak nengok ikan pekasam tu

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Ina

    lama betul tak pekena ikan pekasam

    Wassalam

    BalasPadam
  7. Erk...urk..ikan perkasam..terliur ni kak..lama dah ngidam ikan perkasam...pusing2 pulau ni tak jumpa plak...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers