OOO

Jumaat, November 19, 2010

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

Baru balik dari service kereta.  Hari ni tak  mengkukis sebab penat.  Padahal ada lagi tempahan.  Tenguklah kalau rajin kang buat waktu petang. 

Ikan yang sedap guna ikan siakap  Ikan lain kurang umphhhh.  Kalau makan kat kedai selalunya harga dalam RM35-40 seekor.  Kalau buat sendiri baru berapa RM.  Jimat memang jimat.   Akak ambil resepi dari Ummi Kuantan tapi resepi asal dari Kak Liza dari buku Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza.
 Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
3 ulas bawang merah (dihiris) - * ummi kisar
1 sudu besar cili kering kisar (*ni ummi tambah)
1/3 biji capsicum merah (tak letak)
1/3 biji capsicum hijau
1 biji tomato - didadu kasar)
2 ulas bawang putih (dihiris)-akak tumbuk
3 cm halia (dihiris halus)-tumbuk
Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan
Bahan B:- (untuk sos)
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air
1 sudu kecil gula pasir-tak letak
Bahan C:- (untuk hiasan/tabur)
1 pokok daun bawang
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)-tak letak
akak tambah 
1 batang daun ketumbar (potong kasar)
1/2 batang lobak merah-nak habiskan stok

1 biji bawang merah-potong bulat
2 biji buah tomato (dipotong 4)
2 batang jagung muda -potong serong 
sebenarnya malas nak masak sayur..masukkan kat sini sonang.
Cara-Cara:-
  1. Sapukan tepung jagung sekeliling ikan. (*akak gaul dulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung)
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan (*akak bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (*akak tambah air). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
  5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  6. Curahkan ke atas ikan tadi.

11 ulasan:

  1. selera saya sama lah akak, mesti ikan tu nak di goreng biar garing sket. baru ada umpp...bila di makan rasa ranggup bila di campur ngan tepung kan?

    BalasPadam
  2. salam kak

    sedapnya

    jage kesihatan juge ye

    BalasPadam
  3. saya pun suka goreng garing2 biar rangup. hehe..akak pun macam saya, rs malas masak sayur, tabur dalam tuh jer..hehe

    BalasPadam
  4. sedapnye............tlg la masak utk sy..~

    BalasPadam
  5. adoyai kak ina, nengok ikan tu terasa lama nya dah tak masak ikan...hehe

    BalasPadam
  6. mmg beselera abis..kalau jengah cni..kena tadah air liur jer..hehe..

    BalasPadam
  7. time hujan kalau dapat makan best ni

    BalasPadam
  8. saya pun suka mcm ni.. tp suami tak berapa suka yg ala masam2 manis ni....

    http://www.kakyong.com

    BalasPadam
  9. waaa sedapnyer bau..patut la terbau2 dari jauh masakan ni..hehehe

    BalasPadam
  10. argghh!
    lapaa tgk gmbr neh!
    mesti sedappp!

    BalasPadam
  11. memang favorite...isteri sy suka masak ikan macm nih...ikan siakap atau bawal paling sedap sekali.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...