OOO

Jumaat, November 05, 2010

Resepi Udang Serai

Ambil resepi ni dari blog Aidah.  Dia ambil dari resepi Chef Sabri
Bahan-bahan:
800 gm udang (digoreng terlebih dahulu hingga garing)
minyak masak
2 batang serai
20 gm baanwg putih (dicincang)
60 gm bawang merah (dicincang)
20 gm daun kunyit (dihiris halus)
1 sudu kecil jintan manis (ditumbuk)
3 sudu makan sos tiram
30 gm cili kering (direndam dan dihiris tanpa biji)
2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1 cawan air
1 biji air limau nipis
Sedikit tepung jagung dicampur sedikit air (saya tak letak)
Garam &amp gula secukup rasa

** Bahan-bahan  seperti serai, bawang putih, bawang merah, daun kunyit, cili kering - kesemuanya saya kisar terlebih dahulu.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang, putih, bawang merah dan kacau hingga naik bau. Masukkan jintan manis, serai, daun kunyit, cili kering dan kacau hingga rata (saya lak masuk je terus kesemua bahan kisar tadi hingga pecah minyak)
2. Masukkan udang, sos tiram, serbuk pati ikan bilis, air dan kacau seketika.
3. Masukkan air limau nipis, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan bacuhan tepung jagung (saya tak letak sebab kurang gemar dengan masakkan yang menggunakan tepung jagung)

8 ulasan:

  1. bila nak jemput yob datang rumah ni. resipi je kuar2 ni, nak gak dapat bau. kihkihkih!

    BalasPadam
  2. Salam,

    Sedapnya nampak udang ni. InsyaAllah nak cuba buat, tq Kak Ina :)

    BalasPadam
  3. wah sedapnya makanan...balik nak masaklah ni..

    BalasPadam
  4. fuh.. mmg lazat ni kak ina... kalo alergi sy dh baik bole la try, hehehe... thnx for sharing the recipe ;)

    BalasPadam
  5. perhh..nak try lar jap lagi..memang nak masak udang hari ni..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...