OOO

Selasa, Disember 21, 2010

Dahsyat sungguh dahsyat

27 termasuk 25 pelancong Thailand balik dari Cameron Highlands terbunuh

SIMPANG PULAI: Dahsyat dan mengerikan. Itulah gambaran keadaan nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara membabitkan sebuah bas persiaran dua tingkat yang mengorbankan 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang di sini, semalam.
Nahas itu menyebabkan kedua-dua tayar depan bas terbabit tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan, manakala bumbungnya ranap sama sekali dengan lebih 10 mayat bergelimpangan di jalan raya dan longkang manakala selebihnya termasuk yang cedera tersepit dalam kenderaan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, berkata 22 penumpang mati di tempat kejadian, lima lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala 10 cedera termasuk dua kritikal.
Dua rakyat tempatan yang terkorban ialah pemandu bas berkenaan yang bekerja sebagai pemandu bas syarikat SK Murni Travel & Tours, Omar Shahidan, 48, dari Kangar, Perlis, serta pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38. Pelancong Thailand yang maut pula membabitkan lapan lelaki dan 17 wanita.

Zakaria berkata, semua pelancong terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku
ketika bas yang dipandu laju itu menuruni bukit di satu selekoh tajam sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
KRONOLOGI

  • 11 pagi – Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai

  • 11.40 pagi – Bas terbabit kemalangan

  • 11.59 pagi – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan

  • 12.05 tengah hari – Laluan kedua-dua arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup

  • 12.10 tengah hari – Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan

  • 12.13 tengah hari – Mangsa pertama dikeluarkan

  • 2.37 petang – Kren untuk mengangkat bas tiba

  • 2.55 petang – Mangsa terakhir dikeluarkan

  • 3.08 petang – Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan

  • 4.00 petang – Kedua-dua laluan dibuka semula

  • 5.00 petang – Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai
  • antara mangsa yang terselamat
    Sumber : Berita Harian Online
    Untuk berita lebih lanjut klik http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Nahasterburuk/Article/

    24 ulasan:

    1. Takziah pada keluarga mangsa yg terbabit.

      BalasPadam
    2. kemalangan yg pling dahsyat di mlaysia..

      JOM UNDI areteacar says... ^________^
      http://bpm-undip2.blogspot.com/

      BalasPadam
    3. sian kan..

      Moga mereka semua tabah... dan takziah buat mereka..

      BalasPadam
    4. takziah. tu yg takut tu nak pegi tmpt2 mcm ni

      BalasPadam
    5. takziah, memang dahsyat kak, xkuat nk tgk gmbr tu semua lama2...uhuk...


      www.yanmieonline.com

      BalasPadam
    6. dahsyatnyer...takziah pd kuarga mangsa..

      BalasPadam
    7. mmg giler laa. dekat jer dgn ipoh ni

      BalasPadam
    8. mertua dan ipar baru balik dari cameron semalam...

      BalasPadam
    9. Kebetulan skang nie musim ujan.... kenalah hati2 ketika memandu...

      BalasPadam
    10. memang tak yakin dah dengan bas.. entahlah menjadi-jadi je.

      BalasPadam
    11. takziah buat keluarga mangsa... :(

      BalasPadam
    12. sedih dan tragis betol kejadian kali ni

      BalasPadam
    13. Memang terburuk dengan jumlah kematian seramai itu...takziah kepada mangsa² dan keluarga

      BalasPadam
    14. Tragik nya.... musim2 hujan gini, mmg kena hati2 bila ke kawasan tanah tinggi.

      BalasPadam
    15. ngeri!!
      tp ada pulak yg buat lawak (tak ingat baca kat mana).. katanya lepas ni jalan smpg pulai-cameron tu banyak la hantu siam berkeliaran. huhu.. tak baik tul!

      BalasPadam
    16. sungguh ngeri..fobia nak naik bas esp double decker punya..huhu

      psstt..pinjam nama kak ina kat tajuk n3 ini
      http://dis-mysimpleworld.blogspot.com/2010/12/sup-ikan-merah-sayur-campur-yg-tak.html

      BalasPadam

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...