Resepi Ayam Barbecue

by kak ina kl (1) on Sabtu, Disember 04, 2010


Buat untuk makan malam hari jumaat lepas...senang ajer nak membuatnya. Semudah A, B, C. Jom kita tenguk camner nak membuatnya.
Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong empat
2 inci halia-tumbuk lumat
4 biji bawang putih-tumbuk lumat
1 sudu besar serbuk lada hitam
sedikit garam
1 tin besar baked beans/kacang panggang chap ayam
1 biji lemon-hiris lebar
1 biji bawang holland-hiris bulat
sedikit minyak zaitun/marjerin


Cara menyediakan
1. Lumur 1/2 botol sos bbq tadi bersama-sama halia dan bawang putih yang telah di tumbuk.
2. Campurkan sekali sedikit garam dan serbuk lada hitam. Perahkan jus lemon dan masukkan sekali kulit lemon sekali kedalam ayam.
3. Perap dalam peti sejuk selama 1-2 jam. Lagi lama lagi sedap terutama semalaman.
4. Panaskan oven dengan menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 200 C. Lenser dulang pembakar dengan minyak zaitun dan letakkan ayam yang telah di perap.
5. Tuangkan baked bean/kacang panggang kemudian letakkan hirisan bawang holland dan bakar selama 45 minit atau 1 jam (bergantung kepada besar ayam)
6. Selepas 45 minit gunakan api atas saja dan balikkan ayam dan bakar lagi selama 5 minit jika suka. (akak suka ayam hitam sikit camni)


Coleslaw

Bahan-bahan
  • 1 batang karot - sagat atau racik halus
  • 1/2 kobis -racik halus
  • 1 cawan mayonis (akak guna Lady's Choice Real Mayonnaise)
  • 2 sudu besar air sejuk
  • 1 sudu makan gula-optional
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sb. jus limau kasturi/lemon
Cara-Cara:-
Campurkan semua bahan2 sos dan masukkan sayuran, gaul semua bahan hingga rata dan sebati. Sejukkan dalam petisejuk 2-3 jam.

Beli kentang dinginbeku dan goreng ajer dengan minyak panas.

24 comments

:):):)
yummy

by Mknace on 4 Disember 2010 7:06 PG. #

yayayayya.....best nyer. tak tertahan diri ini menahan dugaan. nasib baik la on diet sekrang. hihihi

by eelobor on 4 Disember 2010 7:44 PG. #

fuhhh kak, sedapnya! nk dtg uma kak la hari2

Terkini : Ini Fakta Bukan Auta

by suffer8zine on 4 Disember 2010 8:07 PG. #

salam kak,shedapnya..tertiba je lapar ni lom sarapan

by atty's on 4 Disember 2010 8:30 PG. #

Alamak KakIna..Love lum brekpas lagi. Lapar plak tgk ayam mengancam ni! :D

by ♥LOVE2COOK♥ on 4 Disember 2010 9:12 PG. #

menyelerakan...wallah...pest time jumpa resepi bubuh baked bean sekali ayam bbq..mesti sodap nih!!

by MamaYatie on 4 Disember 2010 10:17 PG. #

ayam tu nampak sgt sedap, lapor!!!

by Liza on 4 Disember 2010 10:34 PG. #

adoi.. kak ina

blm bakar pun dah menarik.. lepas bakar lagi tertarik

by munna on 4 Disember 2010 11:10 PG. #

leleh kak oi... nanti ila nak cuba. thanx share resipi

by ILA HAFIZ on 4 Disember 2010 11:26 PG. #

sekali-sekala layan western sodap gak kan..

by Salmia on 4 Disember 2010 12:34 PTG. #

Kak Ina :)

Da lama tak buat ayam bbq. selalu malas nak potong, sumbat je seko2 pastu ramai2 ratah kat umah.

Untuk BlogLarian tu, jika ada sumbangan pada akak, saya dah cukup gembira. tak buat en3 pun takpe, dah cukup gembira jika akak dan ramai lagi yang join boleh guna dan dapat darinya. Tapi kalo nak buatkan en3, terima kasih dan satu bonus untuk saya.hehehe :)

apapun, terima kasih kak :)

by FareedSairi on 4 Disember 2010 2:01 PTG. #

sedapnyaaaaa!!!! bukak restoran laaa kak ina... :)

by KiD on 4 Disember 2010 2:27 PTG. #

Walla weh...sedap bangat ni kak.

Tang sup Campbell tu je tak berapa berkenan sebab penah try tapi masin sangat eh. Tak tahan den.

by aZLiNa aZiZ on 4 Disember 2010 3:48 PTG. #

nmpk senang dan mudah je..

by hamzah ian on 4 Disember 2010 3:54 PTG. #

aduhhhh
hujan hujan ni, tgk pulak ayam kak ina..
terus perut rasa laporrr

by h4ni3 on 4 Disember 2010 4:08 PTG. #

nak minta salin resepi ni ye kak ina.. terminat lak..
ALL IN ONE

by nur on 4 Disember 2010 6:12 PTG. #

pergh..
terlior kak...

by Nana on 4 Disember 2010 8:14 PTG. #

It’s really a nice and helpful piece of information. I’m glad that you shared this helpful info with us. Please keep us informed like this. Thanks for sharing.

by Tanpa Nama on 4 Disember 2010 10:16 PTG. #

nyum2...

by fyna on 4 Disember 2010 10:17 PTG. #

wow.
kalau jumpe kak ina, mmg kena rasa semua resipi ni.
haha.
XB

by ..hizamirahim.. on 4 Disember 2010 11:39 PTG. #

sedap nya..Omu memang suka makan ala2 barat ni...februt omu ni...huhu...sedap nyer...lapo perut pagi camni..salam perkenalan dari Omu melalui bloglarian...

by Omu Rice on 5 Disember 2010 5:05 PG. #

sedapnyaaaaaaaa..lapar la pulak

by fyna on 5 Disember 2010 7:38 PTG. #

huhu. mcm best.. kalau tak kerana bbq nanti cancel.. mungkin joe pakai resepi nie dah.. huhu

by Johari Hamzah on 7 Disember 2010 3:15 PG. #

salam perkenalan kak ina..

nampak sedap sungguh ayam BBQ + red beans ni.. thanks for recipe. saya nak try la weekend ni..

by Yours truly on 15 Disember 2010 8:42 PG. #

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate