OOO

Selasa, Disember 14, 2010

Resepi Dendeng Berlada

Terima kasih kepada Broframestone sudi buat N3 pasal harijadi akak. Rasa happy pulak bila dia wish akak. Klik ajer kat http://www.broframestone.com/2010/12/selamat-ulang-tahun-kelahiran-kak-ina-kl/

Hari Sabtu lepas kami tenguk wayang di Wangsa Walk. Lepas habis tenguk wayang Nyangkung bersama suami, Ira dan Imran masing-masing kelaparan. Sebab cerita tu habis dalam pukul 4.00 lebih.
Suami nak makan nasi. Kami pun gi ke restoren Ayam Penyet yang ada di situ. Order ayam penyet, sup buntut aka sup ekor (rasa cam air ajer sup tu), rendang ayam minang dan dendeng berlado.

Geram betullah. Dendang berlado tu tebal sungguh..dahlah macam getah sekerap.
Tak puas hati sungguh.

Semalam akak buat sendiri kat rumah. Puas hati dapat makan banyak dan anak kata sedap.

Bahan-bahan
1 kilo daging batang pinang (daging lembut pun boleh)
2 inci halia - hiris lebar-lebar
4 biji bawang putih-titik dengan kulitnya
2 batang serai-titik hujung
1 helai daun salam
air secukupnya

Cara-cara
1. Basuh daging dan toskan. Potong 2 dan masukkan dalam periuk berisi air.
2. Masukkan halia, bawang putih, serai dan daun salam dan rebus sehingga daging empuk.
3. Bila dah empuk keluarkan dari periuk. Jangan buang air rebusan.
4. Hiris daging lebar-lebar kemudian goreng dengan minyak sekejap. Jangan lama nanti keras.
5. Tumbuk daging sehingga nipis selepas di goreng.

Bahan sambal
15-20 biji cili hidup
1 biji tomato
8 biji bawang merah
6 biji bawang putih
garam dan sedikit gula
1 biji bawang besar-hiris bulat
minyak jagung (minyak lain pun boleh)
2 biji limau kasturi-ambil jus

Cara-cara
1. Kisar tomato dan cili merah bersama sedikit air. Jangan hancur sangat.
2. Tumbuk bawang kecil dan bawang putih.
3. Tumis bahan tumbuk dengan minyak jagung sehingga naik bau.
4. Masukkan pula cili merah dan tomato yang telah di kisar dan garam.
5. Tumis sehingga naik minyak dan masukkan pula daging yang telah di tumbuk tadi.
6. Masukkan air rebusan dan biarkan sambal kering semula.
7. Bubuh sedikit gula bersama bawang besar dan kacau. Rasa dulu dan tutup api lalu masukkan jus limau kasturi dan kacau lagi.
8. Hidangkan bersama nasi panas.

18 ulasan:

  1. alamak sorry kak,tak alert

    selamat hari jadi kak

    sedapnya lauk tu

    BalasPadam
  2. Selama Hari Jadi Kak,

    Tak puas hati dengan kedai, terus masak sendiri. Masakan sendiri paling best dimakan, dan paling puas hati :)

    BalasPadam
  3. Hahaha. Ari tu dah save kat kepala tang besday akak. Tapi save tak remind2 balik. Huhu. Maaf ya kak. Selamat hari lahir yang ke....tetttt...hahaha.

    Kalau bab masak dendeng ke paru ke perut ke, masakan mak jugak yang dikenang. Heh :p

    BalasPadam
  4. Fuhhh mantopppppppppppp.. leh zr try , kt peti ais ado lg dgg ...

    ** HAPPY BESDAY KAK

    BalasPadam
  5. mmm sedapnya daging dendeng,antara faveret sy tu...hepi belated besday kak

    BalasPadam
  6. huishh....sedapnya tu nak cuba lah bila cuti nanti...

    BalasPadam
  7. selamat hari jadi kak, pagi td nak wish tp tenet slow...
    dendeng ada lagi ke?

    BalasPadam
  8. happy birthday kak ina!!

    mak hanie pun sama.. kalau nak makan2, dia kata biar la dia je masak sendiri. kalau makan kat kedai, belum tentu sedap...
    Tapi hanie kata, kalau hanie nak makan2, biar la makan kat kedai. kalau masak sendiri, silap2 boleh sakit perut.. hihihi

    BalasPadam
  9. salam kak ina..sori lama xjengah blog kegemaran saya nih coz xleh nak buka blog akk. pc saya banyak sgt ternak virus kot. tp skrg dah ok....muahhhhhh

    BalasPadam
  10. terima kasih kepada yang sudi wish hari jadi akak..sayang semua..

    BalasPadam
  11. Happy birthday to you Kak Ina.. Nampak sedap ayam tu.

    BalasPadam
  12. yeaaay kak ina dah buat pop up comment ^^ ...

    febret sy ni kak daging masak dendeng ni...nasib baik hubby dok jauh, klu x sure dia gemuk sy bagi makan hehehe

    BalasPadam
  13. kak ina..
    wah2..sonoknya makan dendeng berlads buatan sendiri..

    saya hari ni goreng ayam kampung je.
    haha..
    sonok semua dapat makan cam ayam KFC.

    BalasPadam
  14. dendeng nie payah skit nak buat, tapi nak kena try gak ler nie

    BalasPadam
  15. selamat hari jadi kak:)
    tak pernah lagi mkn dendeng tu..huhuh
    nmpk cam sedap jer..boleh cube ni:)
    thanks yer kak:)

    BalasPadam
  16. happy belated birthday kak ina..maap ler..terlepas train saya ni..

    nak tanya kak ina, apa beza bila rebus daging tanpa dihiris dulu dgn dah dihiris nipis2 siap2? nak tau juga..

    -mak budak yg br nak belajar-

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers