Jumaat, Disember 31, 2010

Resepi Masak Lemak Cili Padi Telur Itik

Ishhh boleh jadi camni pulak bila masak telur itik. Tak jadi bulat-bulat. Sabar ajerlah.
Bahan-bahan
4 biji telur itik
10 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 batang serai-titik hujung
1 helai daun kunyit-carik dan ikat
2 cawan santan pekat
1 cawan air
5 biji belimbing buluh-belah 2
sedikit kunyit serbuk
garam secukupnya

Cara-caranya
1. Tumbuk cili api bersama sedikit garam dan sedikit serbuk kunyit.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama serai, santan pekat dan air.
3. Biarkan mendidih dengan api perlahan sambil di kacau selalu.
4. Masukkan telur itik sebiji demi sebiji, daun kunyit dan belimbing buluh.
5. Biarkan mendidih lagi dan perisakan dengan garam dan bolehlah di tutup api.

4 ulasan:

  1. faveret hasben saya nih!
    tp takleh makan selalu
    kolesterol dia lagi tinggi drp telur ayam

    BalasPadam
  2. Asalamualaikum Kak Ina

    mana dapat telur itik tuuu

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Teringin jugak nak makan tapi tak termakan sebab kat kampung, ada jiran bela itik. Anak dia punya lah obes. Penyebabnya, makan telur itik. Tu yang jadi takut tu. Takut demoks :p

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...