OOO

Ahad, Disember 26, 2010

Resepi Oblong Burger Kambing

Akak buat oblong burger petang Jumaat lepas. Kebetulan pulak hari Sabtu Krismas. Sibuklah suami akak cucuk kat burger ni dengan kentang goreng katanya tanduk rusa. Sabar ajerlah.
Dulu akak guna daging oblong ayam tapi kali ni akak guna oblong kambing. 10 keping RM17.00 untuk member. Macam mahalkan tapi sebenarnya berbaloi buat anak ramai cam akak ni. Kalau beli kat warung roti oblong mereka jual oblong daging kambing RM6.00 satu. Macam biasa beli kat Iwani Greenwood.

Bahan-bahan Utama
  • Roti-Seremban Bakery-10 biji
  • Burger Daging Kambing Oblong -Brand Iwani
  • Bawang Holland-di hiris memanjang-nak goreng boleh/nak yang mentah pun boleh
Bahan Sos Lada Hitam
  • 2 cawan stok ayam- akak guna stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu UHT Dutch Lady
  • 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu

Cara-cara
1. Cairkan mentega. Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
2. Masukkan lada hitam, kicap manis, sos tiram dan gula jika perlu.
3. Masukkan pula susu cair dan didihkan dengan api perlahan.
4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
4. Goreng daging oblong (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
5. Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
6. Letakkan daging oblong yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan letak salad, bawang holland yang di hiris bulat dan sedikit salad.


15 ulasan:

  1. Assalam...


    Mama punsuker wat roti oblong ni beli kat Iwani gak belakang umah ada. Tq sharing sos dia.

    BalasPadam
  2. Salam KakIna. Isyk, geram tengok ada burger kambing, kat miri mana ada... nak cari juga lah...

    BalasPadam
  3. salam kak ina, sedappnya obolong burger...peberet mas dan hubby tau....

    BalasPadam
  4. sedapnya kak ina..teringat oblong dekat kg.. huhu laparnya

    BalasPadam
  5. salam kak ina...waaaa kambengg..alaaa tak mamam lah kambengg..huhu,

    BalasPadam
  6. wah kak ina..macam2 pandai masak ek..untung fmili kak ina ada kak ina..:-)

    BalasPadam
  7. wah kak ina..macam2 pandai masak ek..untung fmili kak ina ada kak ina..:-)

    BalasPadam
  8. tak pernah try..tp me tak suka sgt daging kambing :) apa2 hal pun, nampk sgt sedap tu

    BalasPadam
  9. First time dengar nama makanan ni. Erkkk, ke saya yang ketinggalan? :p

    BalasPadam
  10. saye suka kamben!!! yeahhoooooo...
    lapar laaa pulok..

    BalasPadam
  11. waa.. sedapnyer!! nanti nak try gak aah!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers