Rabu, Disember 22, 2010

Resepi Sambal Goreng Ikan Bilis Dan Kacang Tanah

Anak-anak kurang gemar sambal tumis ikan bilis.  Mereka lebih suka sambal goreng macam ni.  Kadang-kadang pakai tempe tapi kali ni akak guna kacang tanah pulak.


Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 100-150gm kacang tanah
  • 6 sudu makan cili kisar
  • 1/4 camca teh jus asam jawa(bergantung kepada kemasaman)
  • 1 biji bawang besar - 1/2 di tumbuk - 1/2 di hiris
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • sedikit belacan
  • garam dan minyak secukupnya
Cara-cara
1. Tumbuk sedikit ikan bilis bersama 1/2 biji bawang besar, bawang kecil dan bawang putih bersama belacan.
2. Goreng kacang tanah  dan toskan dan selepas itu goreng pula ikan bilis.
3. Tumis bawang merah yang di hiris sampai garing dengan minyakbaru masukkan bawang yang telah di tumbuk tadi.
4. Setelah itu masukkan pula cili kisar,perlahankan api dan biarkan cili garing dan kacau selalu.
5. Masukkan garam dan jus asam jawa dan biarkan sambal kering sedikit.
6. Masukkan pula ikan bilis dan kacang tanah yang telah digoreng.
7. Kacau selalu dengan api perlahan, kalau tidak hangus pulak nanti kering sedikit.
8. Setelah agak kering ...rasa dulu dan barulah dipadamkan api.

13 ulasan:

  1. adeii kak...dah la saya tak mkn lg...tgk sambal tu terliur sesangat..
    anak2 saya tak suka ikan bilis yg dimasukkan dlm sambal
    kena buat sambal kosong..
    kemudian ikan bilis digrg garing
    dia org kata kalau boh sekali dlm sambal,hilang keranggupan ikan bilis hehe..

    BalasPadam
  2. suka sgt
    sambal kacang ngan ikan bilis
    masa kecik2 penah wat jual..mak buat..
    bawa kt skolah jual sepeket 50 sen hehe

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Ina

    kalau kurang selera
    makan dgn lauk ni..misti ada selera

    Wassalam

    BalasPadam
  4. Ahahaha. Kena ketawa dulu sebab tengah cari resepi ni sebenarnya sebab stok ikan bilis dan kacang berlambak kat rumah. Pastu perasan sekarang ni baby suka makan pedas2 sikit. Jadi, cadang nak buat. Cuma belum cari resepi lagi ;p Thanks kak. :D

    BalasPadam
  5. kak ina ni..malam² tengah buat kerja jadi lapar la tengok ikan bilis tuuuuuu..hehe

    BalasPadam
  6. simple makan ngan nasi panas...uish meleleh...dap nyer...

    BalasPadam
  7. matjoe pon suka makan. best kalau ikan bilis dgn kacang tu rangup

    BalasPadam
  8. kak ina, sy suka sgt ngan sambal ikan bilis goreng tu..lama dah tak makan nih..

    BalasPadam
  9. salam kak ina..
    sedapp ni.. kalau letak ubi kentang pun sedap kan..
    kak, saya dah buat ayam BBQ tu..sedappppp sgt..tq for sharing recipe..nak tengok, jenguk la blog saya..hehehe..

    BalasPadam
  10. kak ..suka nya...ermm..yummyyyyy...Jummaat nie nak balik umah mak nak suh buat lahhhhhhhh....

    BalasPadam
  11. waahh sedap la resepi akkak nie..
    Hehe dh try buat n dh licin pun ..hehehe..
    anywaay thanks for sahring..Memg sedapp sgt...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers