OOO

Rabu, Disember 01, 2010

Review Filem Aku Tak Bodoh -Memang Patut Tenguk

Walaupun cerita Aku Tak Bodoh adalah adaptasi daripada versi Cina arahan Jac Neo, I'm Not Stupid yang di terbitkan pada 4 tahun lepas dan mendapat kutipan yang baik ketika itu bagi akak filem ni best aaaa...tak tertidur akak dibuatnya.

Akan mula di tayangkan pada 2 Disember 2010.

Sinopsis Aku Tak Bodoh
Bapa Roy (Riezman Kuzaimi) seorang pengaturcara komputer percaya dengan kritikan, anaknya akan menjadi seorang yang berjaya.
Ibu Roy (Amy Mastura) pulak seorang editor majalah yang sering sibuk dan tidak memberi masa lapang untuk anaknya.
Dia mengharapkan tanggungjawab mengawasi tingkah laku anak-anak di ambil alih oleh suaminya. Roy mula bersikap kasar dengan guru (Datuk Jalaluddin Hassan) di sekolahnya
Adik Roy, Jefri (Aizat) pula tersepit dalam dunia ciptaannya sendiri kerana tiada siapa mempedulikan dirinya.
Kesian sebab Jefri cuba menarik perhatian kedua-dua ibubapanya, tetapi mereka sibuk dengan kerjaya mereka. Kesian betul..rasanya memang anak-anak yang mempunyai ibubapa yang sentiasa sibuk memang selalu rasa terpinggir.
Kawan baik Roy yang mempunyai bapa (Namron) yang tidak pandai menunjukkan sikap kasih sayang kepada anaknya.
Lantaran sikap kedua ibu bapa yang gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, Roy mula berkawan dengan budak nakal.
Bapa Roy yang mula naik marah di atas kelakuan Roy yang ashik bersama remaja nakal tetapi bagi Roy bila bersama mereka membuatkan dirinya benar-benar di hargai.
Keadaan menjadi lebih parah bila Roy bersama rakannya melakukan kesalahan jenayah.
Mencuri di sebuah pusat membeli belah dan akhirnya terperangkap dengan tipu helah 2 orang penipu.
Tiga bakat baru iaitu Aerif Zafrel, Rohaizat Hassan dan Wan Nor Aizat memegang watak penting dalam filem ini. Mereka dapat melakunkan watak mereka dengan baik dan mantap.
Memang bagus dan sesuai untuk tontonan ibubapa dan anak-anak pada masa musim cuti sekolah ini. Ashik ketawa ajer bila melihat filem ini. Akak nak gak bawak Imran dan Ira gi tenguk filem sarat dengan tauladan penuh dengan nilai kekeluargaan terutama hubungan kedua ibubapa dan anak.

Firdaus yang tak berapa minat dengan filem melayu pun kata best.

Bila timbul pelbagai konflik, suami isteri ashik menyalahkan satu sama lain dalam isu membesarkan anak-anak dan situasi ini sering berlaku di kalangan keluarga di bandar dan isteri berkerjaya.
Anak-anak yang memerlukan komunikasi 2 hala sering di suruh diam kerana akan di panggil kurang ajar jika anak-anak cuba memberi pendapat kepada ibubapa.

Mereka mula hilang arah dan mencari keseronokan dengan rakan-rakan yang berkelakuan liar di luar dengan beranggapan rakan-rakan mereka ini adalah tempat terbaik untuk mereka meluahkan perasaan tanpa di sedari rupanya mereka terlibat dengan anasir yang tidak sehat.

Apakah kesudahan Aku Tak Bodoh? Saksikan sendiri di pawagam bermula pada 2hb. Disember 2010.

Laman Web: http://www.akutakbodoh.com

Dibintangi Oleh: Amy Mastura, Riezman Kuzaimi, Namron, Ijat, Rohaizat Hassan, Aeril Zafrel, Datuk Jalaluddin Hassan, Adibah Nor

Diarah Oleh: Boris Boo

16 ulasan:

  1. ye ke kak ina...woohaa..nak terjah gok lah..citer nih..hehehe...

    :0

    BalasPadam
  2. menarik je sinopsis ni..ada pengajran lg...boleh la nak terjah panggung nnt =)

    BalasPadam
  3. cian kan kat anak2 terabai ni..camnilah jadinya nanti..hehe

    BalasPadam
  4. CAM SERASI JER GAMBAR AKAK BERTIGA TU KAN...

    BalasPadam
  5. macam best je, huhu.

    follow sini.

    http://magnoliapert.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. tu la tengok iklan kat tv macam best je kan...part ayah dia tengok markah 91 tapi sebenarnya 16 tu lawak pun ada..huhuhu

    BalasPadam
  7. mcm best je cerita ni hehehehe..tapi tak sempat lagi mahu terjah heheheh

    BalasPadam
  8. macam menarik jeh. nnt nk try tgk gak ler..

    BalasPadam
  9. jom tengok lagi kak ina...hehehhee

    BalasPadam
  10. kak ina kate best, kena la tengok nnti ni. hehe

    BalasPadam
  11. Sure citer nie banyak pengajaran macam dalam filem KRAYON....;-p

    BalasPadam
  12. Sure citer nie banyak pengajaran macam dalam filem KRAYON....;-p

    BalasPadam
  13. kak, Nuffnang rapunzel tu apa cerita yaa..? dah lepas ke?

    BalasPadam
  14. wah..tak sabar nak tengok adik saudara saya (Wan Noor Aizat) tu berlakon filem :P

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...