OOO

Khamis, Disember 23, 2010

Sape nak kukis akak -kena join contest Matjoe

Tali barut akak Matjoe.com buat contest tentang azam. Salah satu hadiahnya ialah kukis akak. Kalau nak tenguk apa syarat-syaratnya kenalah terjah ke http://www.matjoe.com/2010/12/contest-azam-tahun-2011.html.


Hadiah lumayan tau. Rugi tak mencuba. Akak nak gak ambil bahagian tapi Matjoe tak kasi sebab akak salah seorang sponsor. Nanti biaslah pulak. Tak perlah akak bagitau kat sini ajer azam untuk tahun depan.

1. Kalau boleh nak menunaikan haji sebab takut gak pergi waktu dah berumur kesihatan tak memuaskan.
2. Kalau tak dapat insyallah gi umrah dulu kot kalau kewangan mencukupi.
Melakukan perkara yang baik dan tak nak menyakitkan hati orang. Membuat amal sebanyak yang mungkin.
3. Nak gi lawat anak-anak yang duk jauh di mata. Selagi tak tau camner tempat tinggal mereka selagi itulah hati ini tertanya-tanya dan merasa bimbang walaupun anak-anak kata alhamdulliah selamat di sana.
4. Insyallah nak jual kukis seberapa banyak yang boleh tapi mengikut kemampuan , tak nak tamak haloba. Nanti sape yang susah, akak gak yang susah sebab akak kalau boleh nak buat sendiri tak nak menyusahkan orang lain.

Itu yang teringat setakat ini. Jom kita tenguk hadiah yang ditawarkan. Sape tak join memang rugi pasal senang sangat syarat-syaratnya.


Hadiah – Hadiah

Contest Pertama
Tempat pertama: rm70 (bank in / top up/cek dari akaun semasa saya) + 3 Ebook Hartanah abangensem.com bernilai rm60

sampel cek

ebook hartanah
Tempat Kedua: rm40 (bank in/top up/cek) + 2 Ebook Hartanah abangensem.com bernilai rm40
Tempat ketiga: rm30 (bank in/ top up/cek) + 1 Ebook Hartanah abangensem.com bernilai rm20
Tempat ke 4 – ke 6: Sebalang cookies sedap kak ina KL bernilai rm25 setiap satu


Hadiah saguhati tempat ke 7 dan ke 8 : top up bernilai rm10
Contest Kedua
Tempat pertama: rm70 (bank in/top up/cek)
Tempat Kedua: rm40 (bank in/top up/cek)
Tempat ke 3 – ke 5 : Sebalang cookies sedap kak ina KL bernilai rm25 setiap satu
Sagu hati ke 5 – ke 8 : top up bernilai rm10

Contest Ketiga
Entry Pilihan Pembaca (1 Pemenang): rm30 (bank in/top up/cek)

Banyakkan peluang untuk menang? motif aku lebih kepada sharing is caring dan juga nak bagi peluang ramai merasa utk menang (17 pemenang). Hadiah keseluruhan bernilai rm600

Kelebihan kalau joint contest ni ialah ada bloglist ‘peserta Azam tahun 2011’ disebelah kanan sidebar. List ni akan kekal sampai 15 March 2011


Okey..menarik bukan..jangan tunggu lagi. Jom kita terjah sekarang juga.

12 ulasan:

  1. hadiah kukis..cair air liur..huhu..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    kira dah meningkat tuuu
    sebab dah jadi sponsor
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Mudah2an semua azam tu akan terlaksana.. Amin..

    mcm nak join je contest ni.. :D

    BalasPadam
  4. huwaa..menarik jugak ni sis..ehehee

    BalasPadam
  5. Kak Ina, thanks you so much promoting my contest. Rasa memang berbaloi sangat jadikan cookies akak sebagai hadiah. mmg sedap.

    kepada reader kak ina, jom laa join contest matjoe ni, so far baru 2 org masuk, tarikh tutup 15 jan 2010

    CONTEST AZAM 2011

    BalasPadam
  6. opss, tarikh tutup 15 jan 2011.

    hmm kak ina, rasanya buat haji terus kot lagi berbaloi, karang pegi umrah nk kene gi haji lagi.

    BalasPadam
  7. me nak join gak..tgh cari idea ni hehhehe

    BalasPadam
  8. wahhh.. mewahnya hadiah dia
    lomayan!

    BalasPadam
  9. alamak aunty.kalau nak cookies je then tak masuk contest ni leh tak? huhuhu eyka duduk area subang

    BalasPadam
  10. mcm best je nih..banyak plak tu duit yg nk dibagi. mcm sambut raya la plak..murah rezeki semua. Amin

    Kak..klau nk p umrah habaq kat saya ek? saya boleh bagi diskaun. skang umrah utk bulan Mac sedang dibuka. jengah2 le nengok kat www.alkiblah.com :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers