OOO

Rabu, Disember 29, 2010

Tak Tertunai Hasrat Dihati

Hajat di hati nak gi ke seberang sungai ke Takbai Thailand dari Pengkalan Kubur Kelantan. Tapi dek kerana passport Ira dan Firdaus dah tamat tempuh, mereka berdua tak leh masuk ke situ. Ingatkan bolehlah gunakan pas lawatan sehari tapi dah tak boleh rupanya. Apa nak buat..tak tertunailah hasrat di hati.

Kebetulan Imran demam sampai tak larat jalan dan Yana pun baru baik dari demam...tak best pulak nak gi jejalan kesana dalam cuaca panas terik.

Tak perlah..insyallah jika ada umur boleh pergi ke sempadan Thailand.

Kanak-kanak riang melompat...mereka suruh gak akak lompat..ishh tak kuasa.

Oleh sebab kesiankan Imran yang terlepak ajer tidur dalam kereta, kami stay semalam di Marang. Takut sungguh tenguk ombak yang bergulung-gulung di tepian pantai di Cendering, Kuala Terengganu.

Menyeramkan pasal tak pernah lagi se umur hidup ombak sebesar ni. Selalu kalau pergi ke Cherating laut cantik ajer membiru. Hajat Imran nak mandi kolam tercapai , tapi mandi kejap ajer. Pastu tak larat.


Sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pun Imran ashik tidur, risau gak bila jejalan macam ni anak demam. Makan pun tak nak.
Bila tenguk mereka mengangkat barangan seberat ini dalam cuaca panas terik untuk mencari rezeki dari Takbai ke Pengkalan Kubur dan masukkan ke dalam lori rasa kecian sungguh. Tapi akak salute sebab mereka mengguna segala kudrat untuk mencari rezeki buat keluarga tercinta.

19 ulasan:

  1. kak ina kl: sker tgk gbr melompat tu......

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    Insyaallah
    lain kali tertunailah hasrat dihati

    Wassalam

    BalasPadam
  3. gambar yang paling bawah tu, dah selalu sangat di jumpai semenjak saya kecil lagi. sebab tu saya amat respek dan tabik spring toing...toing..toing... pada mereka yang menggunakan segala kudrat tulang empat kerat membanting tulang daripada dok meminta2 daripada orang lain seperti di sini

    BalasPadam
  4. tak per akak , moga di lain masa ada kesempatan :)

    BalasPadam
  5. wah bercuti ye kak ina..seronoknya

    BalasPadam
  6. kenapa kak ina tk lompat, ok gambar mcm tu..

    BalasPadam
  7. bercuti ek kak..adoi..jelesnya..nak coti!! waaa

    BalasPadam
  8. bestnya kak jalan2 satu malaysia...dari selatan ke timur lak...huhuhu

    BalasPadam
  9. boleh kak.. tahun depan leh gi takbai lagi.. hehehee

    BalasPadam
  10. salam kak

    tak pe kak,lain kali insyAllah

    BalasPadam
  11. wah g jln2 memang best..xpe lain kali bole je =P

    BalasPadam
  12. semoga next time tercapai hasrat nak ke sana..

    pantai sebelah trg mmg mcm tu musim2 hujan..tak boleh main ombak..kalo time biasa2 ok jer duk kat gigi air..mandi tak leh,sbb pantai tu cam tak rata esp kat batu burok

    org siam mmg sungguh gigih,kadang bila dah singgah kedai dia org cam tak smp ati plak tak beli apa2

    BalasPadam
  13. salam

    Singgah menjengok...

    BalasPadam
  14. cute plak tajuk entry
    me pun belum pernah sampai ke thailand even me org kelate pun hehehe

    BalasPadam
  15. masuk dlm plan cuti2 malaysia/thailand 2011 pulak kak ina
    hehe

    BalasPadam
  16. salam ka ina
    ilah pernah masuk tak bai dgn mak angkat kamiberdua tak ada paspot pun.. nak tau mcm mana kami masuk? senang jer.. kami masuk buat mcm tak de benda..mcm dah biasa. jalan relex habisss.. tapi dlm hati berdetup detap nak mati rasanya.. bila dah masuk di pekan tuu ilah jalan2 cari baju dll..tup2 ada 2 org askar dia bawa M16.. apa lagi ilah dah ketaqqq daguuu sambil pura2 pilih baju2.. dah lepas ilah terus ajak mak angkat balik dapat la 1 jam ilah jejak kaki sbgai PATI hehe taubat lain kali ilah tak buat lagi kak ina.. takut..esoknya dengar org kena tembak mati di situ huhuuu.. nasib kami baik laa.. hubby kat seberang dgn anak2 punyalah kecut perut takut ilah kena tahan jer..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers