Tapi kat umah akak ni kan..kalau tak ada kuah..lauk kering ajer..hb kata sakit tekak tak dak kuah. Jadi kenalah buat sup sikit.
Dulu dah pernah buat dah ayam penyet ni..tapi sambal akak ikut resepi lain..kali ni akak buat sambal ayam penyet ikut resepi Puan Asmalaili.
- 1 ekor ayam sederhana besar (potong 12)
- 1 liter air
- 2 helai daun salam
- 4 ulas bawang putih-ketuk sedikit
- 1/2 sudu kecil ketumbar
- 3 cm halia-hiris leper
- 3cm lengkuas-hiris leper
- 1 1/2 kecil garam-ikut kemasinan sendiri yer
- 1 kiub ayam
Toskan ayam.(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasi.
Untuk menyediakan ayam goreng(dak Ijan punya resepi)
- ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
- 1 sudu besar Serbuk Kunyit
- ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
- 3 ulas Bawang putih
- 1cm Halia
- Sedikit Air
- 1 sudu kecil Garam
- Minyak masak untuk menggoreng.
- Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
- Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best. (akak perap 5 jam ajer)
- (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu)
- Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
- Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
- 1 labu bawang besar-hiris halus
- 2 biji bawang putih-hiris
- 3 cawan beras basmati-rendam 30 minit dan toskan
- 4 1/2 cawan air rebusan ayam
- 1 batang kayu manis*
- 2 cengkih*
- 2 pelaga*
- 2 bunga lawang*
- 2 helai daun pandan
- sedikit butter/minyak/marjerin
Untuk Sup
- Tumis rempah 4 sekawan(1 bunga lawang, buah pelaga, 2 bunga cengkih dan 1 kulit kayu manis). Masukkan air rebusan ayam dan bubuh sup punjut.
- Biarkan merenih sebentar dan masukkan sedikit lada sulah.
- Masukkan garam secukup rasa
- Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan. (kalau rajin buatlah bawang goreng yer)
- 2 keping tahu – potong2
- 2 bungkus tempe-hiris tipis
- Sedikit tepung beras.
- Minyak masak untuk menggoreng.
- Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
- Goreng hingga garing.
- Sedikit minyak masak
- 20 batang cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
- 10 biji cili padi
- 10 biji bawang kecil/merah, hiris
- 3 biji bawang putih, hiris
- 5 biji tomato, potong 4
- 5 cm belacan
- 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
- 3 sudu gula merah/secukup rasa
- akak letak air limau nipis sikit dan garam
- Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
- Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
- Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
- Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.(Akak guna food processor ajer)
- Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
- Masukkan gula merah dan gaul rata.
- Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
- * Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
nak tenguk gambar lagi sila gi ke sini
http://www.kakinakl.com/2009/05/ayam-penyetnasi-ayam-penyet-palembang.html


Vaseline telah melancarkan empat losyen yang baru iaitu total moisture, intensive rescue, aloe cool and fresh dan healthy white untuk keperluan kulit yang berbeza.
Setiap orang mempunyai masalah kulit yang berbeza, jadi Vaseline telah mencipta losyen yang berbeza dan di rumus khas untuk melindungi kulit kita supaya lembab selalu.
- Losen lembap Total Moisture dilengkapkan dengan vitamin E, kacang soya dan oat yang melembap setiap lapisan kulit dan menjadikan kulit halus, lembut dan sihat.
• Bagi Intensive Rescue pula mengandungi glycerin yang serta-merta memberikan kelembapan pada sepanjang hari. Formula ini membantu memulihkan kulit kering.
• Aloe Cool and Fresh diperkaya dengan daun lidah buaya dan timun yang menjadikan kulit lembut dan bersinar sambil melembap.
• Healthy White mengandungi serum yogurt dan vitamin B3 dengan perlindungan cahaya matahari yang mengembalikan kecantikan kulit.
Hari ini, Vaseline merupakan barangan penjagaan kulit yang dipercayai dan terulung, menjadikannya salah satu produk pasraan global yang terunggul. Vaseline boleh didapati di lebih 90 negara seluruh dunia dan merupakan produk Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, jenama bagi kebanyakan barang-barang rumah di Malaysia.
Wah lama kan Vaseline bertahan di pasaran selama 130 tahun dan ini telah terbuktiVaseline merupakan jenama yang bermutu dan boleh di percayai dan telah di gunakan seluruh dunia sejak dari dahulu lagi.
Janganlah di abaikan keperluan kulit kita. Hargailah kulit kita dan pastikan kulit kita sentiasa lembab dengan Vaseline.
Sebab cuaca kering memang boleh mengeringkan kulit dan setelah di sapu vaseline kulit tetap lembab.
Kami bukan sahaja menggunakan vaseline di tangan dan kaki tetapi menyapunya ke seluruh anggota badan.
Gunakan setiap kali , setiap hari dan setiap masa. Jangan menyesal yer bila kulit tidak di rawat dengan sempurna ia akan menjadikan kulit kita menjadi kering seperti daun yang gugur kekeringan. Untuk mengelakkannya gunakan Vaseline sekerap yang mungkin.


- 10 keping puff pastry jenama "Kawan" saiz 4 x 4 inci
- Inti karipap
- 1 kuning telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
- Ambik 1 keping puff pastry, kerat 4 bahagian. Ambil 1 bahagian, buat potongan pangkah. Bahagian satu lagi, diletak 3/4 camca teh inti karipap , tutup dengan bahagian yang dipotong dan tekan tepi2nya dengan garfu. Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap. (yang besar tu tak yah potong..terus lipat dan tekan tepi-tepinya dengan garpu.barulah di potong atas puff tu dengan gunting)
- Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190C selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

Bahan-bahan
- 250gm tepung pulut
- Sedikit jus daun pandan(3 helai campur air 1/2 cwan kisar..pastu tapis)-kalau malas beli ajer pes pandan chap koepe ..kalau dah guna pes tu tak yah guna lagi pewarna hijau.
- Sedikit pewarna hijau
- Kelapa parut yang putih di gaul dengan garam
- Air secukupnya
- Gula melaka di potong kecil-kecil
Cara-cara
- Gaul tepung dengan air pandan (air pes pandan) yang telah di tambah garam sedikit.
- Jangan lembik sangat yer cukup sampai boleh di bulat-bulatkan. Kalau tiada air daun pandan boleh gunakan pewarna hijau yang di campur dengan air.
- Bentukkan bulat lebih kurang boleh muat masuk dalam mulut. Masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil di tengahnya dan bulatkan balik.
- Panaskan air sehingga mendidih. Selepas mendidih masukkan buah melaka dan biarkan sehingga timbul.
- Angkat dan terus di gaulkan dalam kepala parut yang telah di gaul dengan sedikit garam. Biarkan sejuk baru boleh di makan.

Semalam separuh hari di habiskan mencari dan membeli barangan computer. Terkejut jugak bila hb ajak akak gi ke Plaza Low Yatt. Kalau orang yang tau pasal computer tentu mereka akan mencari barang di situ..member akak yang duk jauh pun dan dia berniaga barangan komputer pun beli kat Low Yatt ni.
Akak bernasib baik sebab salah seorang anak akak pandai tentang hal ni semua...dia tau anggaran harga dan jenis barang tersebut. Sebab dia lebih suka beli barang tu secara loose dan pastu pasang..murah dari harga kalau beli fully package. Kena hati-hati ..sebab ada orang kata kat Low Yatt ni kalau tak tau harga memang kena sembelih.
Oleh sebab kebanyakan kedai di sana adalah kedai cina (tst ajerlah)..kita tak tak tahu samada mereka menipu ataupun tidak..kadang-kadang mereka pekenakan orang tak reti nak beli barang. Jangan terpengaruh dengan harga barangan yang di tawarkan.
Kita kenalah rajin survey ke 3-5 kedai dan minta dulu senarai barangan dan harganya sekali. Kemudian bandingkan dan berbincang dulu tentang harga dan kualiti ...oh yer jangan luper..budget...
Dulu senang sebab anak akak ada kenal member sekolah dia yang bekerja kat situ..jadi dia taklah kelentung kami..masa tu beli laptop untuk Yana. Alhamduliah setakat ni tak pernah rosak lagi. Cpu yang rosak ni pun kami dah pakai masuk 6 tahun baru rosak teruk. Nak repair rasa macam tak berbaloi ajerlah.
Kami jarang beli barang di tempat yang sama semuanya di kedai yang berlainan. Selalunya kami akan survey dulu..minta senarai harga barang yang hendak di beli . Bila dah dah senarai harga bincang pula hal budget..pastu baru pergi balik ke kedai yang menawarkan harga dan barang yang menarik.
Pastu bila dah beli kena pastikan pula barangan tersebut ada kad jaminan hendaklah di pastikan di chop sebelum meninggalkan kedai tersebtu dan pastikan juga setiap alatan mempunyai warranty dan mempunyai sticker.
Di kedai yang kami beli cpu pun ada jual juga laptop,..dia tawarkan juga harga yang menarik dan minta deposit. Nasib baik kita tak jadi letak deposit sebab semasa jejalan kat kedai pemain badminton Lee Chong Wei...kami dapat harga lagi bagus dari kedai tersebut dan jenama laptop yang lagi best dari kedai tersebut.
Bila kami bagitau yang harga kami dapat di kedai pertama lagi murah dari kedai pemain badminton ni..dia siap ajak anak akak gi balik ke kedai tersebut. Terpaksalah anak akak berlakon cam kawan-kawan dengan salesman tu...tak lama mereka balik dan dia bagitau perkara sebenar.. Tenguk tu..orang yang hal computer pun dia boleh nak tipu. Akhirnya tertunailah hasrat di hati nak beli laptop kat sini.
Sekarang ni ingatlah yer...sebelum pergi kena buat survey dulu dan biar kita tahu anggaran harga barangan, supaya tiada yang boleh mengambil kesempatan. Pastikan setiap barang mempunyai pelekat jaminan (warranty).
Mana-mana kad yang perlu dicop oleh pekedai sebagai bukti pada kad jaminan, hendaklah dicopkan. Paling baik komputer yang dibeli hendaklah dicuba dahulu barangannya. Seperti pembekal kuasa (power supply) contohnya dan jika boleh suruh mereka pasang dan biar dicuba satu komputer sekali gus untuk puas hati.
Ada yang betul dan ada yang tak betul di Low Yatt ni..kenalah berhati-hati. Jika terkena memang menyesal.
Oklah demam akak pun dah 50% baik dah ni...tinggal lagi 50% lagi ni. Syukur sebab hb belikan ..tu maknanya dia merestui akak berblogging...sebab dia dah tenguk hasilnya. Lagi bersemangatlah akak dibuatnya. Terima kasih suamiku.

- 1 cawan air kelapa pandan (biasa pun boleh) bersama isinya
- 2 cawan ais krim vanilla-akak guna jenama wall's
- 1/2 cawan ais
- secubit garam

Apasallah internet ni ashik buat pasal ajer bulan puasa ni...ashik meragam ajer..sabar ajerlah kan..
Dah lama dah tak buat ayam goreng berempah. Imran sibuk nak ayam goreng. Ayam goreng tandori baru buat rasanya. Jadi tukar seleralah pulak.
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam potong 16
- 3 batang serai*
- 4 biji bawang putih*
- 4 bawang merah*
- 1 sudu serbuk kunyit*
- 1 inci halia*
- 1 sudu makan ketumbar*
- 1 sudu makan jintan manis*
- 1/2 sudu makan jintan putih*
- 2 sudu makan rempah kari babas
- 1 sudu makan serbuk cili (cili kisar pun boleh)
- 2 sudu makan tepung kentucy
- sedikit garam
- 4-6 tangkai daun kari

Geram betulkan tenguk dalam berita bila bendera Malaysia di bakar. Dahlah sebelum tu mereka lemparkan najis kat dalam Kedutaan Malaysia. Penunjuk perasaan ni memang betul-betul kurang ajar..sakit hati tenguk mereka goncang dan panjat pagar. Pastu mereka nak halau rakyat Malaysia keluar dari negara tersebut.
Tak sedar diri betullah mereka ni. Bibik pulak cuma di bayar dalam RM50-RM100 ajer sebulan. Bila datang sini nak mintak sampai RM800.00. Kalah gaji kerani..padahal kalau majikan gi kerja mereka boleh rehat tenguk sinetron.
Apa nak buat ..terpaksa tipu sunat. Yang tak best sebab Imran ni banyak mulut..bila orang tanya kat dia..dia bagi tau jugak dia orang Malaysia..iyerlah dia kecik lagi masatu...mana tau nak menipu. Suami akak pun terpaksa menipu camtu.
Pastu media kat situ memang suka cari pasal dan suka pulak menaikkan darah rakyat Indonesia. Sebab semangat patriotik orang sana memang kuat tau.
Nak gi ke sana pun dah seram sejuk...takutlah.lagipun menteri dah bagi amaran jangan ke sana buat masa ni.....
.

- 500 gm udang (udang besar - akak guna udang galah)
- 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu besar taucu biji
- 2 sudu besar cili padi yang dicincang
- 2 sudu besar sawi jeruk (kai choy) - dicincang (*akak x letak)
- 2 sudu besar cendawan butang yang dicingang (tak letak)
- 2 sudu besar cili sos
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos plum
- 1 sudu besar gula
- garam secukup rasa
- sedikit lada sulah
- 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu besar air
- 200 ml air
- 3 sudu besar minyak
- sedikit minyak bijan
- Akak tambah se batang daun bawang potong 2 inci
UDANG :- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang putih. Kacau sekejap dan masukkan udang.. Balik-balikkan biar masak lebih kurang 5 - 6 minit. Tutup api dan ketepikan. Masak sos seperti di bawah
BAHAN SOS :- Campurkan bahan2 sos cili, tomato, tiram, plum semua dalam bekas. Kacau rata dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan cili padi, taucu, sawi jeruk dan cendawan cincang tadi. Kacau dan masukkan bahan2 sos yang dicampur tadi. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan minyak bijan. Kacau rata dan masukkan daun bawang dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan bila sos nya agak pekat tutup api. Tuangkan ke atas udang tadi dan gaul rata. Hidangkan..
Lepas tu boleh kita rock and roll ek..

Ingat tak perkataan ni masa kita bersekolah dulu...masa tu mana ada internet dan email ataupun sms macam sekarang ni....masa tu bila dapat kad raya macam dapat duit raya. Happy bukan main.
Hendak-hendak bila posmen tiba bawak kad..kami tiga beradik sibuk nak ambil dan tenguk sape yang terima kad raya pada hari tersebut.
Lagi 2 minggu nak raya..sibuklah gi ke kedai cari kad raya..Ingat lagi..masa sekolah dulu..sape yang dapat kad hari raya yang paling banyak kira macam orang glam lah..ibarat seleberiti kat sekolah. Hendak-hendak pulak kad dapat dari budak lelaki. Perasanlah kononnya orang suka kat kita.
Akak sanggup simpan duit semata-mata nak beli kad hari raya. Oleh sebab akak dulu ada member dari Indonesia sebab berkenalan ambil alamat kat majallah URTV...ala Kembang Setaman namanya..mungkin yang sebaya dengan akak tau kot tentang ni....kalau dapat kad dari Indonesia memanglah bangga satu kampung. Ala kira cam dapat kad dari oversealah tu.
Kami berlawan 3 beradik...sape yang dapat kad lebih banyak di kira pemenang. Selalunya kalau gantung kat ranting tu..sape yang paling banyak akan di letak paling atas..lepas tu baru di letak kad yang lain. Boleh bergaduh tau sebab hal ni...selalunya mak yang aturkan balik kad raya tu....selalunya berselang seli ..misalnya akak punya dulu, pastu kak long dan adik lelaki akak.
Kenangan yang tak di lupakan...memang seronoklah bila kenangkan balik kenangan lalu mengenai kad raya ni.
Bila akak dapat kad raya semalam dari Zool...gembiranya sebab dah jarang dah dapat kad raya ni...dan
Zool merupakan orang pertama yang bagi akak kad raya buat tahun ni. Terima kasih yer di atas ingatan kamu tu.Yang best tu kad hari raya ciptaan sendiri.
Bila dah terima kad dari dia kenalah ingat..
PECAH KACA PECAH GELAS,
SUDAH BACA HARAP BALAS.
Macam dalam iklan POS MALAYSIA
Kembalikan nostalgia menulis dan menghantar kad Hari Raya kepada yang tersayang.
Sambutlah lebaran tahun ini, tulus dari hati.
Bukan Kad yang di pita tetapi keikhlasan mencoret tinta.
Apa kata..kita ikut balik macam zaman dulu-dulu...tak payah e mail ataupun sms...tapikan..masih relevan ker? Rasanya budak sekolah rendah dan menengah yang masih bagi kad tapi dah tak gantung dah..
p/s kita tukar ayat untuk orang yang suka baca blog kita
Pecah Kaca, Pecah Pinggan
Sudah Baca, Sila Komen

Tapi masa zaman akak kerja gomen dulu lagi best..sebab selalu dapat RM1,000.00..5 tahun yang lepas RM1,000 memang banyak tau. Kenapa sekarang ni ....sikit sangatlah..dahlah barang semua mahal.
Tahniah ek..bagi kakitangan swasta..sabar ajerlah kan...tapi rasanya mereka dapat gaji/bonus lagi lebat kot...betul tak?
Sumber : Baya
Bahan-bahan :
- 90g gula kastor
- 110g mentega
- 6 sudu besar madu atau golden syrup
- papercups
- 120g cornflakes
- pilihan(akak tak letak pun)
- 120g bubble rice (yang plain bukan yang chocolate) 100g kacang/badam (bakar dulu sikit).
1. Masak atas api sehingga mentega, gula dan madu bercampur sebati. Sekejap sahaja. (Janji larut ajer tak yah mendidih)
2. Kemudian tuangkan ke dalam campuran cornflakes.
3. Gaul hingga rata bancuhan madu dan cornflakes, sudukan dalam papercups.
4. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 350 F selama 11 hingga 12 minit.

K lah camtu...ishhh nak cari kerja apa ek dah kertu camni...ada ker orang nak ambil jadi pekerja lagi?
p/s ..akak ada gak pakai barang berjenama terutama hand beg dan kasut (tapi beli masa sales ajerlah)..tapi yang biasa ajerlah..tu pun setahun sekali baru tukar.

Pergi ke pasar membeli gula
Gula di beli di pasar saga
Sedihnya bila mendapat berita
Bean Mereno di timpa bencana
Bila rajin buat kueh keria
Bila tak rajin kueh mueh dibeli
Sedihnya melihat gambar dia
Kurus cengkung sebab penyakit tibi
Bila tak update blog resah gelisah dihati
Bila dah menaip tak sedar diri
Semuga Bean Moreno tabahkan hati
Menghadapi dugaan Ramadhan kali ni
Baca kisah beliau di sini
http://www.suterablogger.com/2010/08/kisah-pengidap-tibi.html
- Kita boleh tau mana satu kawan yang hanya akan datang bila kita senang dan mana kawan yang akan usung kita bila kita mati.
- Bila sakit kawan2 yang memang lama tak jumpa akan muncul dan kita yang memang nak jumpa dia dapat jumpa.
- Bau kita akan belajar dan tahu yang kita ni sebenarnya cuma hamba yang dipinjamkan zat dan kehidupan.
- Mensyukuri keadaan kita sihat
- Hubungan kekeluargaan akan lebih kukuh.dan memang terbukti lah pepatah old timer iaitu Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus.

Masak Lemak Daging Salai Dengan Jantung Pisang (masakan kampung ajer)
by kak ina kl on Selasa, Ogos 24, 2010
Kesukaan kat umah ni kalau masak lemak ni....kadang-kadang masak dengan pucuk ubi...kadang-kadang dengan rebung (semua tak makan termasuk hb..akak ajerlah yang kena habiskan) dan jantung pisang.
Ingat yer...orang N9 kalau masak lomak tak buh bawang ..betul tak?
Bahan-bahan
- 15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
- 600 gram daging salai
- 1 biji jantung
- 2 cawan santan cair
- 3 cawan santan pekat-bergantung kepada kepekatan yang di kehendaki..
- 2 batang serai di titik
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- 2 helai daun kunyit-disiat dan disimpul
- sedikit serbuk kunyit
- garam ikut keperluan
1. Buang kulit luar dan rebus jantung pisang bersama air dan sedikit garam. Selepas masak toskan.
2. Hiris daging salai nipis-nipis,
3. Tumbuk lumat cili api bersama kunyit hidup, halia dan sedikit garam.
2. Titikkan serai dan masukkan semua ke dalam periuk bersama daging salai.
3. Masukkan santan cair dan hidupkan api yang sederhana. 4. Sentiasa kacau supaya tak pecah santan....bila menggelegak masukkan pula santan pekat.
5. Kacau lagi ..bila menggelegak sekali lagi masukkan daun kunyit dan jantung pisang yang telah dibelah 4 dan di potong kecil. Tunggu sehingga 10-15 minit.
6. Perasakan dengan garam dan boleh ditutup api.
.kalau ada Yana dia makan jugak

Tertarik pulak nak menyertai contest dari Puisi Kantoi The Contest.
^
^
ia tetap berguna buat akak selagi ia boleh di gunakan. Walaupun ada kuali non stick yang harga mahal tapi akak lebih suka guna kuali ni..

Tertarik nak buat air laici bersoda ni..selalu buat air laici biasa ajer. Akak ambil dari blog Nurindah...perghhhh manis wei...tak boleh buat selalu ni..senang ajer nak membuatnya.
Bahan-bahan
- 1 tin laici
- 1 botol air aiskrim soda ( saya guna F & n)
- ais..ikut suker hatilah

- 1 ekor ayam - potong kecil dan goreng
- rempah tumis - 4 sekawan
- 3 sudu besar cili kering/ cili boh
- 1 tin kecil tomato puree
- 1 cawan tomato sos
- 5 sudu besar madu
- 5 cm halia - dikisar
- 6-8 ulas bawang putih - dikisar
- 10 ulas bawang merah - dikisar
- 4 labu bawang besar - dihiris bulat
- 1/2 cawan susu cair
- 1 sudu besar gula
- garam secukupnya
1. Goreng ayam hingga masak tapi jangan sampai garing sangat. Keluarkan dari kuali .
Selamat mencuba. Guten apetit !
- 500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
- 2 camca besar minyak sapi
- 1 pokok daun ketumbar, kerat kasar2
- 1 biji bawang besar, hiris halus
- 2 inci halia, dititik
- 3 ulas bawang putih, dititik
- 3 helai daun pandan, disimpul
- 700 ml stok ayam (kalau tak de, guna 700 ml air + 1 kiub ayam "maggi")
- 300 ml susu cair
- Garam secukup rasa
- 1 batang kayu manis*
- 1 kuntum bunga lawang*
- 3 biji buah pelaga*
- 5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
- 1/2 cawan kismis-tak letak
- Hirisan daun sup/daun bawang
- Bawang goreng-tak letak
- Kacang pis=tak letak
- Kacang gajus yang digoreng-tak letak





































