Bertemu Penulis Buku Masakan Puan Hanieliza

by kak ina kl (1) on Selasa, November 30, 2010

Laaa baru perasan follower akak dah mencecah ke 1,000 lebih. Syukur alhamdulliah. Walaupun di kata macam-macam dek mak/pak enon tapi masih ada lagi yang sudi nak datang ke blog akak.
cilok dari blog inahar sebab akak sampai lambat

Kak hanieliza call akak minggu lepas, bagitau ada beliau ada shooting untuk buku baru beliau di Setiawangsa dan ajak akak jumpa bersama seorang lagi blogger yang meminati beliau inahar.
kak liza in action
Cadang nak gi hari Rabu tetapi di sebabkan Inahar ada hal lain terpaksalah di tunda kepada hari Khamis. Sesat gak akak nak mencari rumah member Kak Liza tu. Sape kata duk Kuala Lumpur tau semua jalan. Lagi fening adalah.

Pagi tu gi dulu ke jualan TEFAL..mesti pergi sebab ada barang yang nak di tangkap. (cerita lain kali yer)

Inahar ashik call akak tanya kat mana..tapi sayangnya akak tak perasan sebab akak silentkan hp akak. Dia pun dah risau sebab terlambat dari masa yang di janjikan. Alhamdulliah setelah merapu meraban cari jalan barulah terjumpa.

Masa tu Kak Liza dah siap dah shooting. Bolehlah merasa semua juadah yang kak Liza sediakan.
bersama tuan rumah Puan Noni
Sape yang dah pernah jumpa Inahar taulah betapa awet mudanya dia ni..kecik molek..kami bergossip gak pasal mak/pak enon yang kepohchi pasal tudung hitam mahal akak tu. Terima kasih di atas sikap perihatin mereka terhadap akak.

Begitu pantas masa berlalu,perut yang lapar menjadi kenyang dek menjamah hasil kerja tangan kak liza. Setiap pertemuan mesti ada perpisahan, insyallah jika ada panjang umur kita berjumpa lagi.

p/s Jangan lupa beli buku Kak Hanieliza.
Berbaloi-baloi jika membelinya. Dapatkan di kedai buku berhampiran anda.

Resepi Bubur Nasi Daging

by kak ina kl (1)

Dah lama dah buat bubur nasi daging ni. Akak pernah terbaca dalam satu artikel pasal salah satu kedai makan cina yang menjual bubur nasi ayam. Mereka rendam beras wangi dalam air mineral dari malam sebelum kita rebus beras tu.

Akak pun trylah gak ikut tip yang di berikan. Oh ...memang cepat..tak yah tunggu lama.


Akak beli tulang dan sedikit daging . Oleh sebab akak campak-campak ajer resepi ni...akak cuma bagi bahan agak-agak ajer yer.
Bahan-bahan
1 cawan beras wangi (beras biasa pun boleh) - basuh dan rendam semalaman dengan air mineral (air biasa pun boleh)
sedikit tulang
sedikit daging lembu
2 inci halia-potong lebar
3 biji bawang merah-hiris
4 biji bawang putih-hiris
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1-1 1/2 sudu makan serbuk sup adabi
sedikit minyak
garam secukupnya
air secukupnya

Cara-caranya
1. Basuh tulang dan daging. Rebus bersama beras yang telah di rendam dengan air yang secukupnya.
2. Goreng bawang putih dan bawang merah, setelah kuning baru masukkan rempah sup bersama sedikit air dan hirisan halia. Padam api.
3. Masukkan ke dalam periuk berisi beras dan tulang tadi. Masukkan serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam bersama sedikit garam.
4. Rebus dengan api sederhana/kecil sehingga beras hancur dan pekat.
5. Rasa dulu dan barulah di padam api.
6. Taburkan hirisan daun sup/bawang.

Bahan sampingan
sedikit daun sup dan daun bawang -dihiris
sepatutnya ada bawang goreng lagi di tabur kat bubur nasi-malas nak buat
Suami akak kalau sarap bubur nasi mesti ada ni..kalau idak tak cukup korum..ikan bilis, hirisan bawang besar dan hirisan cili hidup
Nak tenguk versi bubur nasi ayam gi ke sini yer
http://www.kakinakl.com/2009/07/bubur-nasi.html

“Contest : Ulangtahun Sekilass.com yang pertama!”

by kak ina kl

Glitter Words

Akak nak masuk gaklah pertandingan kat blog norfa ni sempena genap setahun beliau berblog.   Norfa ni adik kepada , sumijelly aka mak ikan aka duta susu chap junjung. 

Syarat-syaratnya ialah
1.copy paste code di bawah dan letakkan di dalam entry anda : dah letak dah.

2. Buat title entry “Contest : Ulangtahun Sekilass.com yang pertama!"

Syarat yang lain gi ajer ke http://sekilass.com/

Jom tenguk fakta bukan auta tentang http://sekilass.com/

Fakta pertama ..
Pagi-pagi dah terkengkang
jatuh di parit langsung terkehel
Norfa suka tenguk wayang
terbaru cerita Rapunzel

 
Fakta kedua
 Hari ni cadang nak masak kurma
tapi tak jadi sebab santan kena perah
Kali  pertama berjumpa Norfa
di event gatsby yang meriah 

Fakta ketiga
Projek Alpha memang meriah
RM20.00 hadiah buat orang termengah
Menang belakang tak kiralah
ni  salah satu link dia kalau nak terjah

Fakta ke tiga
sape kata Norfa tak pandai masak
 hasil tangan  dia memang buat akak tergugat
Memang sedap, lazat, menggiurkan dan best

Fakta ke empat
Bangun pagi fikir apa nak buat sarapan
Pening bila tak cukup bahan-bahannya
Norfa suka juga join pertandingan
tak salah mencuba walaupun tak berjaya

 
Fakta ke lima
Bila ke pasar fikiran jadi buntu
sebab tak tau nak masak apa
 Ingat nak jadikan calun menantu
tapi sayangnya dia dah berpunya

Fakta ke enam
menunggung motosikal kenalah berhati-hati
banyak betul pencuri sekarang ini
terharu rasa di hati bila dia  sudi buat N3
Dia perihatin sebab kat akak yang dah tua ini 

Syarat ke tiga
Entry mana satu yang anda paling suka di dalam Sekilass Dot Com dan sila beritahu kenapa? *kalau nak cerita pasal tuan blog pun boleh juga… ::blushing:: *

sebab akak suka baca doa yang beliau letak di N3 ini . Bukan sajer sesuai untuk orang yang bercinta cintun tapi sesuai gak untuk suami isteri.  Semuga apa yang dimpikan akan termakbul hendaknya .

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu
yang daif ini…

Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Tarikh tutup :  30 November 2010, 11.59 malam!Cukuplah rasanya.  Semuga penyertaan akak di terima yer.

Ada Apa di Sungai Burung Selangor

by kak ina kl (1) on Isnin, November 29, 2010

Semalam akak ikut rombongan pengantin perempuan kat rumah akak ke rumah pengantin lelaki di Sungai Burung, Tanjung Karang. Dulu pernah ke Sekinchan, Sabak Bernam dan Kuala Selangor. Suka betul akak tenguk pemandangan kat kawasan ni. Buah sukun merata-rata.
Azura dan Hafiz berarak naik kereta ni. Cayalah
Rasa macam kat Muarlah pulak..kat kampung fil pun banyak gak parit camni.
Seronok tenguk masyarakat di sini masih lagi mengamalkan semangat gotong royong...no katering.
Pengantin lelaki merupakan anak pertama yang berkawin dari 2 beradik. Mestilah ramai orang datang.
makanan yang menarik perhatian...kerang bercili...best giler..ada sambal goreng ala jawa..ala yang letak suhun, tempe, tahu tu..tak taulah orang lain panggil apa.
pengantin tersenyum gembira..apa yang dihajatkan telah termakbul
Mak yang beria-ia nak pergi..kesian pulak tak bawak (padahal...akak yang suka gi menjengkit). Suami, Ira dan Imran pulak ke jemputan satu lagi kat AU 2 Keramat rumah staff dia. Memang tak dan kalau di bahagi 2. Jauhkan.
otak-otak pun ada..ibubapa pengantin perempuan suruh akak dan mak makan kat meja pengantin..ishh tak naklah..sebab walaupun ayam bergolek, udang panjat nanas tapi semua segan nak ambik...baik makan kat tempat biasa..lagi kenyang perut.
tapai pulut hitam dan koci labu...tapi sayang akak memang tak pernah makan makanan ni..jakun kan
pertamakali dapat senduk kuah dan senduk nasi ..tak dak telur..
(sape tau apa sebab mereka bagi camni..sajer kot)

Sotong Masak Szechuan

by kak ina kl (1)

 Aduhai akhirnya tertunailah hasrat di hati nak jawab komen kat N3 akak kena kutuk tu . Akak bukan jawab sehari tapi berhari-hari.  Tak sangka setakat ini komen dah mencecah 105 orang.  Ohhh banyak gak penyokong akak yer.  Terima kasih bebanyak yer.

Sotong masak cara camni baru first time mencuba.  Rasa okeylah.
Bahan-bahan
6 ekor sotong
3 ulas bawang putih - dicincang
6 tangkai cili kering - potong serong
1 labu bawang besar - belah lapan
1 sudu besar kicap sotong
2 sudu besar kicap hoisin-tak letak sebb tak ada stok..akak tambah 2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 batang daun bawang-potong 1 inci
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan
1. Sotong dipotong melintang dan dikelar isinya.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering dan kacau hingga garing.
3. Masukkan sotong, kicap hoisin, kicap pekat, sos tiram dan kicap manis. Kacau hingga rata dan biarkan hingga sotong empuk.
4. Masukkan bawang besar, daun bawang,  garam dan gula. Kacau hingga rata dan angkat. Hidang semasa masih panas.

Tercalun????

by kak ina kl (1) on Ahad, November 28, 2010

Terkezutt beruk bila http://munira.inter.net.my/ bagi tau akak tercalun dalam http://bpm-undi.blogspot.com/. Tak sangka pula boleh terpilih dalam senarai Blog Personal Isteri Pilihan.

Ia di anjurkan oleh Azman Roslan.com.

Bila tenguk saingan akak memang hebat-hebat belaka mamabloggers ni. Ada Redmummy dan mak Hanis Zalikha. Bangga jugak sebab tercalun walaupun undi tak dak lagi. Undian masih peringkat pertama lagi.

Terima kasih kerana sudi meletakkan blog Akak pun tak tahu sape penganjur dan sebab apa mereka pilih akak. Terharu sesangat. Sape yang vote akak ucapkan ribuan terima kasih.

Terima kasih juga buat http://munira.inter.net.my/ sebab bagitau akak.

Jangan lupa check yer kat sini http://bpm-undi.blogspot.com/

p/s akak dah vote member blog yang akak dah kenal dan selalu datang ke blog akak seperti Dahlia Jornel, Dapur Tanpa Sempadan,Suffer8zine Territory,terbang tinggi-tinggi, Beautifulnara, Eriqazz ,Intan, Hana Love Nest, Sumijelly, Keluargaku Sayang (kalau ada yang tertinggal maaf yer..mata dah rabun..

Terima kasih Bean Moreno sudi buat N3. Terharunya..
http://www.suterablogger.com/2010/11/undi-blog-pilihan-malaysia.htmler

Sape dia Wanmus

by kak ina kl

Maaf yer Wanmus sebab terlambat buat N3 pasal kamu.  Memang lama kan. Maaf sekali lagi.

Wammus ni akak kenal masa dia masih belum berkawin dan masih tinggal di Jay Bee.  Kenal selepas dia  promosi blog akak kat radio internet fuhyoofm.com .
Bermula sebagai seorang blogger beliau menjadi  DJ jemputan  di  situ.  Jika ingin tau lebih lanjut pergi ajer ke http://wanmus.com/dari-blogger-menjadi-dj-radio.html.

Masa itulah beliau telah mempromosikan blog akak kerana katanya tertarik dengan masakan akak pada 05/02/10.  Kalau nak dengar boleh ke sini.

Selepas itu sepatutnya beliau menemuramah akak secara live pukul 12.00 tengahari tetapi memang tak ada rezeki sebab masa tu line internet tak ada.  Frust sungguh.  Tapi tak perlah.  Akak hargai jasa baik beliau dan akak ucapkan ribuan terima kasih walaupun tak jadi.

Tak lama kemudian  beliau telah bernikah dengan seorang guru yang mengajar di Selangor dan beliau telah berpindah ke Kuala Lumpur.  Tapi dia lupa nak jemput akak...sedihhh..
 
Beliau telah sudi menyertai pertandingan gambar contest kenangan hari raya.  Barulah dapat tenguk muka wife dia. 

Dah memang rezeki beliau (atau baby dalam perut..tahniah) akhirnya gambar yang beliau pertaruhkan telah berjaya mendapat tempat ke 2  http://wanmus.com/wanmus-com-on-second-place.html

Dan akhirnya akak dapat juga bertemu dengan wanmus semasa mengambil kek keju (kiriman dari Cikgu Ayu)  dan akak hantarkan hadiah tea yang di janjikan.  Dah tau rumah senang sikit nak pot pet pot pet nanti.

Terima kasih wanmus diatas jasa baik kamu.  Semuga perhubungan yang terjalin akan berkekalan.
Jomlah jenguk apa yang ada di http://wanmus.com/

Bilalah mak nak gi sini

by kak ina kl (1) on Sabtu, November 27, 2010

Chewah anakku ini..
Muda-muda dah gi sini yer..
mak dah ayah pun tak pernah sampai lagi...patung sape ni
Jangan masuk tempat judi ni yer...ambik gambar tak per
Jelous ayah dan Firdaus tenguk abang dah gi sini..
pasal mereka berduakan peminat bola Liga Omputih ni...
bukan mereka berdua ajer..
ramai lagi orang Malaysia yang minat kan
mahal tak harga kat sini?
member sehati sejiwa
Mak tenguk abang happy ajer..ayah kata bertambah putihlah abang ni
bestkan dapat gi jejalan
wah ni Firdaus favourite team
sajer abang nak bagi Daus jelous ek
mak bukan kenal pun dengan pemain ni
tapi kenallah dengan pasukan biru ni..Firdaus kan peminat setia chelsea
Daus kata dia memang jelous giler
Tak masuk pun kat dalam.tiket mahal kot..
cantiknya pemandangan kat sini
cantik sungguh bangunan kat belakang
ambil gambar kat depan ajer ek
tempat mahal ni bang..jangan masuk..ni tempat jutawan bershopping..kalau window shopping tak aperlah kan..
Nak naik Eyes of London ni mahal kan..baik tak yah naik..lagi pun abang dah naik eyes of malaysia kan..sama ajer...cuma pemandang ajer berbeza

Insyallah kalau ada rezeki lebih ..kami akan ke sana juga. Kami semua rindu dengan abang.

p/s Terima kasih Ros sudi buat N3 untuk akak.
http://littlemamadiary.com/blogger-bila-kita-di-perhatikan-di-kutuk-maknanya-kita-popular/

CUBA NASIB - MY SECOND CONTEST: TEFAL GALORE

by kak ina kl (1) on Jumaat, November 26, 2010

Hari ni Tefal ada buat sales..akak yang tak pernah gi situ pun dengan petunjuk dari Cikgu Ayu terus redah ajer ke situ. Nasib baik sesat sekali ajer.Tapi sayanglah sebab banyak yang habis..di borong dek orang cina...dia orang nak jual balik ker?


Bacalah syarat-syarat kat bawah ni yer.

Okeh, " Baaraannggg yg lepasss...hai jgnnnn dikenang...." So, aku tak pueh hati selagi tak bagik sesuatu utk korang pembaca setia tulisan aku neh (ado kor?...kuikuikui).... Aku nak buat contest kedua lah... bersempena ngan JUALAN TEFAL YG AKAN BERLANGSUNG PADA KETETAPAN BERIKUT (sory ayat skema pinjam PPD punyos...hwhehwhehwhe)
TARIKH : 26-28 NOV 2010 ( HARI JUMAAT,SABTU & AHAD NEH WEH!)

TEMPAT : THE ATRIA, DAMANSARA JAYA (DKT NGAN SKOLA AKU WEIH) - lokasi dlm Atria tuh tak pasti, maybe ruang legar or maybe floor yg atas skali. Jgn risau, korang tnya guard or org2 kt situ, surely depa bermurah hati ckp kt ner.

MASA : 10.30 pg - 7.00 ptg

Apakah yg korang perlu buat?

1. Berkunjung ke jualan tersebut. (Dah sampai pun tadi)

2. 'Sambaulah' apa2 barangan periuk belanga yg ado kat situ. 1 barang pon hoke. Kalo korang nk borong sme pon bole tp orgnyer korg kne tnya empunyo diri sndrikk... hwahwhahwhha
3. 'Snap' barang 1 or byk2 gambau pon bole.
4. Pose cemana? Posing time korang kt kaunter nk bayau tuh. Mender perlu ado dalam gambau tersebut adalah:
a.) tuan empunya blog-tak sempat lak nak snap kat sana..snap kat umah ajer..tak orang nak ambilkan pun
b.) barang2 yg dh korang beli-
c.) duit yg dibyr
d.) juruwang or tgn beliau menerima duit korang
5. Susah ker syarat2nyer? Meh aku tempek gambo contoh
contoh gambar dari blog beliau
Tapi jgn plaks korg tiru skali ekspresi muka Imran itu krn beliau tiadalah mood utk posing pd hari berkenaan melainkan paksaan belaka. Beliau sebok nk men game Nascar kt letop neh. hwehwhewhehhwe...

Cemana? Sinang woh... kalo nk letak bebyk pon bole. Tp, pengadilan akan dibuat berdasarkan GAMBAR PALING KREATIF.

GANJARAN??
TAK HAVOC SGT, NYAH... TAPI MAK AKAN 'KURNIAKAN' PEMENANG TUNGGAL ITU NGAN BARANG2 TEFAL GAKS YG BERHARGA LEBIH KURENGG... RM50 AJO... LUMAYAN DAHLAA TUH.. TEFAL SALE, BEBS!! SILAP2 KORANG BOLE DPT 2 BIJIK KUALI DGN REGA TUH.

Korang tgk ajerlaa periuk belanga yg dh aku boli tuh. Teka harga?? Hahahahaha... tak yah. Aku ckp...dalam... tak sampai rm500... x cayer? Tuhlaa katonyer diskaun. Kualitas brg2 tuh ok. Just maybe masa handling tuh ado 'terguris' luko skets.... biaso ah tp x terjejas kecantikan dier.

Okeylah akak dah buat ni. Semuga ada rezek akak yer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...