OOO

Jumaat, Disember 31, 2010

Peranan nombor dalam hidup anda

Wah berdentum dentum bunyi bunga api menjelang tahun baru 2011. Nak azam berazam ker lagi bila usia makin meningkat ni. Walaupun ada tapi malas nak bagitau orang. Simpan dalam hati ajer dahlah. Kang tak tercapai hasrat dihati, rasa frust pulak.

Okeylah akak nak pot pet pot pet tentang peranan nombor dalam hidup akak. Sebenarnya banyak lagi no yang nak di ingat. Kat sini cuma letak no yang penting ajer.


Nombor memang penting dalam kehidupan kita. Sebab tanpa nombor , camner kita nak ingat tarikh penting. Nak dail no talipon, hp, account bank, no plat kereta, motosikal dan segala macam nombor yang nak kena ingat termasuk gak nombor ekor.

Jomlah akak cerita sikit tentang no penting yang perlu di ingati. Blog ni blog akak dah tentulah akak cerita tentang hal akak kan.

Pada 12.12.1964 akak di lahirkan di Kuala Lumpur. Mak dan abah mendapat anak ke 2 dan 2 orang anak perempuan berturut-turut...selang setahun.
Tahun pertama di alam persekolahan tahun 1971. Pakai baju baru dan naik bas sekolah bersama-sama kak long yang dah masuk darjah 2.
Sampai darjah 6 akak sekolah di sini. Banyak kenangan terutama bila terkenang semula bila akak mula jatuh cinta monyet dengan cikgu sekolah yang sedang menjalani latihan. Masa tu akak darjah 5 kot.
Tahun 1977 mula bersekolah di Sekolah Menengah di Sekolah Titiwangsa. Selepas Sijil Rendah Malaysia akak bertukar sekolah.

Tahun 1980 pula akak berpindah ke sekolah di Sekolah Menengah Vokasional selama 2 tahun.
Tahun 1986 merupakan tahun yang berbahagia. Bernikah dengan suami tercinta yang di lahirkan pada 22.06 pada pagi 5.1.1986 dan bersanding pada sebelah tengahari merupakan kenangan terindah. Tahun 1986 ni gak orang sibuk World Cup di Mexico.

Pada 11.12.1986 merupakan kelahiran anak lelaki pertama. Kenangan terindah pertama kali menjadi seorang ibu. Tapi miss satu hari ajer dari tarikh lahir akak. Kalau idak boleh potong kek sama-sama.
Pada 4.10.1988 akak telah selamat melahirkan seorang lagi anak lelaki di Hospital Besar, Kuala Lumpur. Berbahagia juga sebab suami telah dapat kerja di Kuala Lumpur. Dapat balik duk dekat dengan mak dan abah.
Yana di lahirkan pada 11.12.1989 di Poliklinik Kotaraya..pun miss 1 hari dari tarikh lahir akak. Sekarang ni kalau beli kek cukup beli satu ajer sebab tarikh tak jauh pun. Jimatkan.
Pada 30.01.1996 akak melahirkan anak perempuan lagi . Syok dapat anak perempuan sebab boleh beli baju gaun.
Kelahiran anak lelaki ke 5 pada 21.01.2001 ..cukuplah..tak nak lagi ..
Rasanya semua tengah tunggu pukul 12.00 malamkan sebab nak tunggu tahun baru 2011. Akak pulak tengah tunggu tarikh 5.01.2011 sebab ulangtahun perkawinan kami yang ke 25 tahun.

Tu semua nombor penting tau..kena ingat. Opp lupa pulak..tarikh lahir abah pada 1.1. juga dan mak pulak pada 22.6.

Cerita ceriti tentang nombor ni akak perah idea sebab nak join contest si Fairy Lily Pink Putih (nama best ooo). Penat gak nak buat kan Fairy Lily .


Nasib baik sempat lagi buat. Entah kenapa teragak nak masuk ke blog dia petang tadi ni pastu terlupa. Bila malam teringat balik. Nasib baik dah siap draft. Doakan akak berjaya yer.

sumber gambar:google

Oh Khairul Fahmi Dah Ada Aweks Daaaa

Sana sinun orang bercerita tentang lelaki ini. Hangat gak ek orang bercerita tentang penjaga gol Malaysia yang berjaya mempertahan pintu gol dari asakan pasukan Indonesia pada final ke 2 di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta hari malam Rabu lepas.
Bila tenguk muka dia macam orang china sampai makwe dia pun panggil dia Apex. Khairul Fahmi bin Che Mat ni dilahirkan di Kota Bharu Kelantan pada 7hb. Januari 1989. Muda lagi, sebaya dengan Yana. Dengan bermain bola sepak ajer Khairul Fahmi dah fofolur sungguh.

Wah...tak lama lagi ni harijadi dia. Siapa peminat dia bolehlah siapkan duit beli hadiah. Nasib baiklah anak dara akak tak terminat dengan Khairul ni.

Dengan kejayaan Malaysia memegang Piala Suzuki pada tahun ini , sama-samalah kita berdoa agar sukan bola sepak akan mencapai balik zaman kegemilangan
macam masa zaman arwah Dato' Mokhtar Dahari dahulu. Al fatihah buat arwah
Sekarang ni Khairul bermain dengan pasukan Kelantan. Bila jejalan dari blog ke blog terjumpalah pulak blog girlfriend. Rupanya Khairul Fahmi telah berpunya.
Ada tak yang frust menonggeng bila dapat tau yang Fahmi dah ada aweks. Aweks dia ada blog gak. Akak dah baca dah cerita camner mereka mula berjumpa. Semuga mereka berdua berbahagia sehingga ke jinjang pelamin.

p/s Buat aweks Khairul Fahmi...
Auntie nak kamu jaga dia baik-baik takut nanti ada pula artis perempuan yang tertarik nak jadikan dia kekasih hati.

Al maklumlah sekarang ni Khairul Fahmi dah jadi orang glam sekarang ni. Jangan show-show sangat pun..takut nanti merana diri.


Sumber gambar: Google

Resepi Masak Lemak Cili Padi Telur Itik

Ishhh boleh jadi camni pulak bila masak telur itik. Tak jadi bulat-bulat. Sabar ajerlah.
Bahan-bahan
4 biji telur itik
10 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 batang serai-titik hujung
1 helai daun kunyit-carik dan ikat
2 cawan santan pekat
1 cawan air
5 biji belimbing buluh-belah 2
sedikit kunyit serbuk
garam secukupnya

Cara-caranya
1. Tumbuk cili api bersama sedikit garam dan sedikit serbuk kunyit.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama serai, santan pekat dan air.
3. Biarkan mendidih dengan api perlahan sambil di kacau selalu.
4. Masukkan telur itik sebiji demi sebiji, daun kunyit dan belimbing buluh.
5. Biarkan mendidih lagi dan perisakan dengan garam dan bolehlah di tutup api.

Khao Mok Gai


Keluar terus dari bilik hotel dan packing barang dalam kereta sebab nak tidur pula di Kuala Terengganu. Kami tak cari sarapan kat Kota Bharu tapi pergi pula ke Daerah Tumpat.
Bila lalu nampak ada warung/kedai makan jual ayam goreng panas-panas. Terus suruh encik driver berhenti kat tepi jalan. Nak jenguk apa yang sedap kat sini.

Banyak gak masakan kat sini..ada belut masak apa tah, ada daging dan sup tulang aka som-som/daging.
Mula-mula akak tak tau nak sebut balik. Penjual tu kata khao mok gai tapi akak dengar macam sebutan nasi gomok/gromok . Bila search kat google baru jumpa sebutan sebenar khao mok gai ataupun nasi beriyani thailand.

Rupanya ayam goreng tu di makan dengan khao mok gai . Akak ambil kat google gambar khao mok gai ni sebab lupa pulak nak ambil gambar. Kat tempat makan ni cuma nasi ajer yang di masak, tak dicampur dengan ayam.
Ayam di goreng garing selepas di perap dengan bahan istimewa. Memang sedap sungguh ayam goreng camni. Kami ambil 3 potong bersama pedal.
Ada juga di jual ketupat sotong. Akak cuba ambil satu. Sajer nak merasa.
Kat kedai ni ada juga di jual nasi putih dan sup daging/gear box/tulang. Kami makan khao mok gai dengan ayam goreng dan sup ajer. Memang sedap nasi ni. Nanti boleh cuba buat.
Kedai ni bersebelahan dengan Pusat Kesihatan Tumpat. Yang tak tahan banyak sangat kucinglah. Bila nak buat bayaran cuma RM22.50 setelah di campur air nescafe, teh tarik, kopi o dan milo. Murahnya..kata suami akak.

Khamis, Disember 30, 2010

Catatan Perjalanan ke Pantai Timur-Part 1


Keluar dari rumah awal pagi Sabtu. Terus sarapan pagi kat kedai ajer. Malas nak kotorkan dapur lagi. Dari mula lagi cuaca mendung. Ikut rancangan asal nak ikut jalan Gua Musang. Tapi bila fikirkan jalan kat situ memang licin dek hujan dan ada anak yang tahan jalan pusing-pusing/berliku-liku suami ambil keputusan ikut jalan bertol sampai ke Kuantan.

Dari Kuantan kami terus ikut jalan ke Jabor-Kuala Terengganu. Pertama kali lalu jalan ni. Hermm..teruk tul..banyak jalan yang berlubang-lubang sebab hujan. Memang ada dah member blog bagitau banyak jalan rosak kat sini. Tapi kami ni degil nak gak jalan kat situ.

Nasib baik jalan di siang hari kalau malam..boleh pecah tayar dibuatnya. Kalau jalan elok memang best sebab tak ada trafik light dan tak banyak kereta sangat.
Berhenti rehat di tempat rehat Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Kenalah berhenti sebab dah nak dekat 5 jam enjin kereta tu bekerja. Kena rehat gak kan.

Kat medan selera ni ada macam-macam yang di jual. Akak makan bihun sup campur perut lembu. Ira mee kung foo dan yang lain makan nasi goreng ayam.Rasa..so..so ajerlah. Jadilah untuk mengalas perut yang kosong.
Sampai ke Kuala Terengganu dah pukul 2.00 lebih. Singgah beli keropok lekor kat Losong. Dulu dah pernah sampai dah. Bagi tekak akak sedap keropok kat sini. Beli gak keropok kering takut nanti balik ikut jalan lain. Suami suruh beli ikan masin besar gedebak tu. Akak tak minat pulak.
Berhenti rehat sekejap sambil menikmati keropok lekor. Akak suka makan mentah, tak goreng pun tak apa. Pastu gi pulak cari keropok losong/kosong kat Muzium Negeri. Anak-anak dan suami suka pulak makan keropok kat situ.

Dari Kuala Terengganu gi pulak ke Kota Bharu dan akhirnya sampai gak kat situ dekat pukul 6.00 petang. Fuhhhh memang jauh sungguh kalau ikut jalan Kuala Terengganu. Tak per..suami kata..biar lambat asal selamat, lagipun ada 3 orang pemandu opppss 4 orang termasuk Yana. Tapi kami tak berani suruh Yana pandu kereta. Bahaya..
Sebab tunggu Yana baliklah kita terpaksa tunda rancangan nak bercuti dari mula cuti sekolah. Best dapat jejalan anak beranak.
Bila jejalan kat KB tertarik tenguk tempat makan ni. Kat belakang nak menghala ke pasar malam Kota Bharu. Kat Kuala Lumpur tak ada pula ayam goreng muzdalfa ni. Tapi tak sempat nak rasa termasuklah Restoren Ayam Goreng Radix.
ambil gambar dari google
Kami makan malam kat Hayaki Cafe Kota Bharu bersebelahan dengan Mydin dan Juita's Inn. Harga boleh tahan tapi lupa ambil gambar. Best sebab kat situ ada WIFI. Balik bilik terus pengsan.

Sebab Menang Piala AFF 2010- Hari Jumaat Cuti -Yahooo

Ya be da be do..Malaysia dah menang bola Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia malam tadi.

Jomlah kita tenguk semula saat-saat yang mendebar dan menggembirakan kita semua rakyat Malaysia.

Penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi berjaya menyelamat tendangan penalti pada minit ke 18 dan tahniah buat beliau sebab beliau telah berjaya menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya dan asakan dari pasukan Indonesia.


Akak yang tenguk live kat tv pun berdup dap dup jantung bila ashik tenguk pasukan Malaysia ajer kena serang.

Akhirnya Safee Sali telah menjaya menjaringkan gol pertama pada minit 53. Menjerit anak dara akak sambil terlompat-lompat keriangan bila dapat gol pertama ni. Rugi tak snap gambar.

Walaupun selepas itu Indonesia telah berjaya menjaringkan 2 gol
terutama selepas 1 gol di kira sagu hati sebab pemain malaysiat tertanduk bola ke gol sendiri.

Tak kisahlah janji Malaysia tetap menang. Kalau kalah siaplah pemain bola tu kena kutuk.

Dan disebabkan itulah Perdana Menteri Malaysia umumkan cuti pada hari Jumaat ini kerana Malaysia buat pertama kali memegang piala itu setelah menunggu selama 14 tahun.
Syabas pemain bola malaysia.

p/s Best jugakan bila suami cuti..boleh lah shopping barang sekolah anak yang tak cukup lagi.

Rabu, Disember 29, 2010

Makanan di Pengkalan Kubur, Kelantan

Sebelum tu akak nak minta maaf sebab akak tak sempat nak membalas komen di blog akak. Faham ajerlah bila balik bercuti. Nak mendobi baju kotor berbeg-beg dan rasa letih di sebabkan perjalanan yang jauh. Selalunya kalau akak balik ke kampung suami pun perjalanan taklah selama ini. Sampai anak kecik ashik tanya..lama lagi ker?

Salutelah dengan orang Kelantan ataupun Kuala Terengganu yang mengharungi perjalanan berjam-jam apabila ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.

Terutama bila hari perayaan, dengan jalan yang sempit, nak memotong kenderaan besar dan bila jalan jem. Tentu masa yang di ambil bertambah lagi. Kalau bawa anak kecil lagi haru kan. Apa nak buat , sebab ingin bertemu dengan keluarga dan adik beradik tercinta segalanya di tolak tepi.

Aduhai, kalaulah dapat bakal menantu orang Pantai Timur...kena redha ajerlah.

Masa akak letak gambar makanan (betul ker makanan..atau pun minuman) ni , ramai yang cuba meneka. Rasanya semua jawab tak betul.
Bila tengah jejalan kat Pengkalan Kubur , akak nampak ramai orang kerumun kat penjual ni. Akak yang kepohchi ni gi jenguk apa yang di jual oleh mereka.
Mula-mula letak sedikit pulut, kemudian cebisan roti, aiskrim, kacang tanah panggang dan cincau merah. Ada lagi yang dia letak kot. Akak tak perasan.
Wah memang nampak lazat kan..mula-mula akak tak nak makan. Tapi bila anak-anak beli lagi sekali akak suruh mereka belikan untuk akak sekali. Suruh Firdaus tanya apakah nama benda ni.
Penjual tu kata..Nilah AIS KRIM THAILAND. Memang enak makan masa cuaca panas terik di Pengkalan Kubur, Kelantan setelah berpeluh berjalan-jalan kat situ.

Entah betul entah idak, nama ais krim ni .. akak tak taulah.

Tak Tertunai Hasrat Dihati

Hajat di hati nak gi ke seberang sungai ke Takbai Thailand dari Pengkalan Kubur Kelantan. Tapi dek kerana passport Ira dan Firdaus dah tamat tempuh, mereka berdua tak leh masuk ke situ. Ingatkan bolehlah gunakan pas lawatan sehari tapi dah tak boleh rupanya. Apa nak buat..tak tertunailah hasrat di hati.

Kebetulan Imran demam sampai tak larat jalan dan Yana pun baru baik dari demam...tak best pulak nak gi jejalan kesana dalam cuaca panas terik.

Tak perlah..insyallah jika ada umur boleh pergi ke sempadan Thailand.

Kanak-kanak riang melompat...mereka suruh gak akak lompat..ishh tak kuasa.

Oleh sebab kesiankan Imran yang terlepak ajer tidur dalam kereta, kami stay semalam di Marang. Takut sungguh tenguk ombak yang bergulung-gulung di tepian pantai di Cendering, Kuala Terengganu.

Menyeramkan pasal tak pernah lagi se umur hidup ombak sebesar ni. Selalu kalau pergi ke Cherating laut cantik ajer membiru. Hajat Imran nak mandi kolam tercapai , tapi mandi kejap ajer. Pastu tak larat.


Sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pun Imran ashik tidur, risau gak bila jejalan macam ni anak demam. Makan pun tak nak.
Bila tenguk mereka mengangkat barangan seberat ini dalam cuaca panas terik untuk mencari rezeki dari Takbai ke Pengkalan Kubur dan masukkan ke dalam lori rasa kecian sungguh. Tapi akak salute sebab mereka mengguna segala kudrat untuk mencari rezeki buat keluarga tercinta.

Selasa, Disember 28, 2010

Best sungguh gi umah kawin ni

Best betul pergi ke rumah bekas guru mengaji akak ni kat Kampung Jawa, Kelang. Anak lelaki ni anak sulung tentulah majlis perkawinan buat besar-besaran.
Sampai ajer kat khemah hujan turun selebat-lebatnya dan nasib 
baik pengantin perempuan dah sampai.  Kalau idak..tak tau nak kata apa.  Yang best sebab makanan banyak sungguh.  Akak ambil kerabu perut.  Sedapnya.  Tumpi kacang pun sedap sungguh.
Kueh sepit pun sedap.  Pakal perut dah kenyang. Kalau idak boleh habis sebalang tau.
 Ngences tenguk ubi kayu rebus dan sambal tumis ikan bilis
Duta tumpi kacang..oleh sebab sedap akak minta dari mak pengantin nak bawa balik sikit.  Apa nak segan.  Bekas guru  mengaji kat Kampung Puah Hilir dulu.
Trends guna cupcakes..tema hijau..semua hijau termasuk air minuman.

Resepi Sagu Gula Melaka

Kat Kuala Lumpur ni kan ada krisis santan yang dah siap tu.  Ada kedai yang akak panggil makcik santan sampai tak buka kedai selama 2 minggu disebakan tak ada bekalan kelapa.  Kesian sungguhlah.

Hari Khamis lepas akak tenguk kedai santan tu buka jadi akak pun beli lah bebanyak masuk dalam freezer.  Tapi sagu gula melaka tu buat terus tengahari sebab kalau guna santan yang dah simpan dalam freezer kurang umphh..dah selalu buat dah tapi ada orang komen kat gambar kat resepi lama dah hilang.  Nak buat camner ..blogspot tak  bagi letak gambar bebanyak.

Akak ambil resepi dari blog Mat Gebu ajer..senang ajer nak membuatnya..jom layan resepi ni..
Bahan:-
  • 300 gm biji sagu (warna putih)
  • 2 liter air
  • 1/2 camca teh pewarna hijau (*ummi guna 2 sudu kecil pes pandan je)
  • 2 helai daun pandan - kisar dan tapis jusnya
Untuk sirap gula:-
  • 1 ketul gula melaka, potong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir-tak letak
  • 1/4 cawan air
  • 1 helai daun pandan-di siat-siat
(masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
  • 1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam (*boleh ganti dengan susu sejat)
Cara Menyedia:-
1.  Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau.
2.  Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.
3.  Masak sagu berubah jadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit. 
4.  Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. 
5.  Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan. 
6.  Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.
Oleh sebab gelas berkaki tu dah banyak di pecahkan oleh suami, akak dan anak-anak tersayang maka terpaksalah gunakan bekas remekin.  Wah..boleh cari alasan nak beli gelas baru ni.

Isnin, Disember 27, 2010

Fuhhhh


Antara makanan baru yang akak cuba.
Tiada ayat boleh di gambarkan betapa letihnya mengharung perjalanan yang jauh. Tapi seronok bila berjalan bersama family.

Memang kali ni tak jumpa pun dengan member blogger di pantai timur sebab keluar dari bilik hotel ..pagi ..balik malam. Terima kasih akak ucapkan kepada Kak Chik yang sudi membantu bila akak bertanya macam-macam.

Ingat hati nak bawa anak-anak mandi laut tapi bila lalu kat Cendering tenguk ombak ganas sungguh. Tak jadi nak duk kat tepi pantai.

Insyallah esok baru menerulskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Semuga kami sekeluarga selamat sampai semula ke rumah.

Resepi Kerabu Pegaga


Mak akak memang selalu buat kerabu pegaga ni.  Selalunya masa akak dalam pantang mak suka buat.  Selalunya mak masukkan kedalam kuali daun pegaga bila kelapa di sangai tapi kali ni akak cuma sangai kelapa yang dah bercampur dengan bahan tumbuk ajer. Pastu baru masukkan pegaga. Sedap sikit makan pegaga segar camni. 

Yang makan akak dan suami ajer, anak-anak kata...uwekkk pahitlah.
 
Bahan-bahan
daun pegaga
3 sudu besar ikan bilis
1/2 cawan kelapa parut
3 ulas bawang merah
10 biji cili api
1 biji  bawang besar hiris
3 biji limau kasturi-ambil jus
garam dan gula secukupnya
 
Cara-cara
1.  Bersihkan daun pegaga.
2.  Tumbuk ikan bilis bersama cili api, garam, gula dan bawang merah.
3.  Campurkan bersama kelapa parut dan tumbuk sedikit barulah di sangai (masak tanpa minyak dalam kuali).
4.  Goreng sekejap sahaja dan sejukkan dulu campuran kelapa tadi.
5.  Bila dah sejuk barulah di masukkan bawang besar dan jus limau.  Kacau rata.
6.  Masukkan daun pegaga barulah di hidangkan.

Ahad, Disember 26, 2010

Resepi Oblong Burger Kambing

Akak buat oblong burger petang Jumaat lepas. Kebetulan pulak hari Sabtu Krismas. Sibuklah suami akak cucuk kat burger ni dengan kentang goreng katanya tanduk rusa. Sabar ajerlah.
Dulu akak guna daging oblong ayam tapi kali ni akak guna oblong kambing. 10 keping RM17.00 untuk member. Macam mahalkan tapi sebenarnya berbaloi buat anak ramai cam akak ni. Kalau beli kat warung roti oblong mereka jual oblong daging kambing RM6.00 satu. Macam biasa beli kat Iwani Greenwood.

Bahan-bahan Utama
  • Roti-Seremban Bakery-10 biji
  • Burger Daging Kambing Oblong -Brand Iwani
  • Bawang Holland-di hiris memanjang-nak goreng boleh/nak yang mentah pun boleh
Bahan Sos Lada Hitam
  • 2 cawan stok ayam- akak guna stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu UHT Dutch Lady
  • 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu

Cara-cara
1. Cairkan mentega. Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
2. Masukkan lada hitam, kicap manis, sos tiram dan gula jika perlu.
3. Masukkan pula susu cair dan didihkan dengan api perlahan.
4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
4. Goreng daging oblong (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
5. Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
6. Letakkan daging oblong yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan letak salad, bawang holland yang di hiris bulat dan sedikit salad.


Sabtu, Disember 25, 2010

Resepi Nasi Beriani

 
Akak cuba masak nasi beriani ikut stail akaklah pulak.  Akak ambil 1 cawan rempah ayam beryani bombay yang masak di atas.  Kat dalam rempah tu dah ada yogur, tomato dan rempah beryani.  Senang ajer nak membuatnya.
Bahan-bahannya
3 cawan beras basmati-rendam 20 minit-toskan
3 1/2 cawan air
1 cawan rempah ambil dari ayam beryani bombay kat atas
3 biji bawang besar-hiris
3 biji bawang putih-kisar
2 inci halia-kisar
1 senduk minyak sapi
secekak daun ketumbar-dibersihkan dan di potong kecil
secekak daun pudina-dibersihkan dan di potong kecil
garam secukup rasa
     Cara-caranya
    1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi.
    2. Masukkan bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau.
    3. Masukkan bawang putih dan halia yang telah dikisar.
    4. Masukkan rempah beryani ayam bombay bersama air yang telah di sukat.
    5. Masuk juga beras dan  garam. Dan onkan rice cooker.
    6. Taburkan atas nasi dengan daun ketumbar, daun pudina dan juga bawang goreng. Tutup dan biarkan sehingga nasi masak.
    8. Bila sudah masak gunakan chopstick dan ratakan pelan-pelan takut nasi patah.
    9. Boleh di hidangkan.
     Kalau masak nasi beriani memang suka pakai beras yang Yana bawa balik.  Selalunya kalau balik akak suruh dia bawa balik dalam 5-6 kg.  Suka pakai beras  terutama dari India Gate sebab bila dah masak panjang betul nasi yang telah di masak tadi.

    Resepi Ayam Bombay Biryani

    Dah lama tak buat ayam bombay beryani rempah Shan yang asli dari Pakistan.  Dulu ada jual di Pavillion Bukit Bintang kat pasaraya kat situ.

    Tapi bila pergi lagi dah tak ada. Bila gi jejalan kat Times Square ternampak sebuah pasaraya jual rempah ni.  Apa lagi rembatlah.  Bukan senang nak jumpa.  Rempah Shan ni memang agak mahal .  1 kotak dekat RM6.00 tapi tak perlah.  Nak makan sedap kenalah keluarkan duit sikit.
    Bahan-bahan
    500-750gram ayam(akak potong 12))
    5 biji bawang besar di hiris halus
    4 biji tomato di potong dadu
    4 biji ubi kentang di kupas dan di belah 4
    3 sudu besar halia di hiris halus-akak tumbuk
    1 cawan  yogurt biasa (plain) ataupun tairu ataupun 1 cawan susu cair perahkan 2 biji jus limau kasturi
    1 - 1 1/2 cawan minyak sapi
    1 1/2 peket bombay biryani-guna lebih sebab nak gunakan untuk masak nasi

      kotak Bombay Biryani 
      Cara-cara
      1. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar sehingga warna keperangan.
      2. Masukkan tomato dan biarkan ia masak.
      3. Masukkan pula ayam halia, kentang, yogurt dan shan bombay biryani. Masukkan sedikit air.
      4. Masak  dengan api perlahan selama 15 minit.  Bila dah 15 minit ambil 1 cawan pes ini dan ketepikan (digunakan untuk masak nasi beriani)
      5. Biarkan kuah pekat sedikit dan rasa garam dulu...kerana selalunya dalam bombay beriyani ni dah ada garam...barulah di tutup api.

      Keputusan Penuh Anugerah Skrin TV3 (ASK 2010)

      Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010) baru sajer berakhir sekejap tadi. Di hostkan oleh Awal Ashaari dan Vanida Imran.

      ASK yang di anjurkan oleh Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Anugerah Skrin 2010 telah di langsungkan pada jam 8 malam tadi pada 24 Disember 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Acara ini bersiaran secara langsung menerusi TV3 bermula pada pukul 9.00 malam.

      Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2010

      Rancangan realiti TV terbaik
      Showdown 2010-8TV

      Laporan Khas/Berita Terbaik
      Aduan Rakyat -TV3

      Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
      Astro Prima Epik Suatu Ketika Laskar Senoi-Astro

      Lakon Layar Terbaik -Kategori Filem
      Evolusi KL Drift 2-Shamsul Yusof

      Drama Komedi Terbaik
      Simpang 3-TV3

      Lakon TV Terbaik
      Antara Garisan-Astro

      Program Hiburan Terbaik
      Anugerah Bintang Popular

      Pelakon pembantu wanita terbaik drama
      Fadzilah Mansor-Sebelum Akhirat

      Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik- Kategori drama
      Isma Yusoof-Antara Garisan-Astro

      Pelakon Pembantu Wanita Terbaik -Kategori filem
      Nor Fazura-Pisau Cukur

      Pelakon pembantu lelaki terbaik-Kategori filem
      Aaron Aziz-KL Drift 2

      Rancangan bual bicara terbaik
      RTM: Isu khas Gaza Palestin Kami Bersamamu-RTM

      Laporan Khas / Berita terbaik
      Aduan rakyat -TV3

      Videografi terbaik -Kategori drama
      Datang Bulan-Astro

      Pelakon wanita terbaik-Kategori filem
      Sharifah Amani-Mualaf

      Pelakon Lelaki Terbaik-Kategori Filem
      Bront Palare-Belukar

      Pelakon wanita terbaik-Kategori Drama
      Nor Khiriah-Antara Garisan

      Pelakon lelaki terbaik-Kategori Drama
      Fauzi Nawawi-Sebelum Akhirat

      Pengarah terbaik Kategori filem
      Yasmin Ahmad-Mualaf

      Pengarah Kategori Drama Terbaik
      Murali Abdullah-Sebelum Akhirat

      Rancangan Muzikal Terbaik
      Anugerah Juara Lagu 24-TV3

      Drama Rantaian Terbaik
      Nur Kasih

      Filem Terbaik
      Mualaf

      Drama Terbaik
      Antara Garisan

      Anugerah Khas Juri
      Shaheizy Sam

      p/s Kebanyakkan drama yang berjaya memenangi Anugerah Skrin 2010 ni memang akak layan.

      Drama Antara Garisan, Sebelum Akhirat dan drama Nur Kasih memang best. Memang patut pun drama ni menang kan.

      Jumaat, Disember 24, 2010

      Bercanda di tepian pantai

      Bila pergi malam masa makan ikan bakar kat sini, tak puas hati tak nampak air laut. Hitam gelap pekat gelita.
      Bila suami ajak pagi Ahad, apa lagi akak terus ajer angguk kepala. Tak geleng lagi dah. Rumah adik ipar tak jauh dari tempat pantai kemunting ni.
      Bila sampai ajer kat tepi pantai, terujanya Imran bila tenguk air laut ni. Okeylah air dia taklah kotor macam kat bandar Melaka. Kalau mandi manda kira okeylah. Kalau nak air membiru kena gi ke pulau.
      Bukan Imran ajer, Firdaus dan Ira pun tertarik nak cecah kaki kat air laut..cantik gak pemandangkan kat sini.
      Nasib baiklah akak tak teruja. Kalau sape yang tak bawak pakaian mandi boleh beli ajer di sini. Tak susahkan..lepas tu nak bilas ada tempatnya. Mandi RM1.00 ajer.
      Banyak chalet, resort dan bilik ada di Jalan Persisiran Pantai, Kampung Padang Kemunting. Tak jauh dari laut. Harga pula berbeza-beza. Google lah kalau nak tau berapa harga penginapan kat sini.

      Akak selalu balik kampung kat alor gajah masa cuti sekolah dulu waktu kecik tapi atuk dan wan mana ada kereta, jadi taklah gi jejalan cuma tenguk atuk dan wan menoreh dan bersawah padi ajer.

      Tak pun mandi sungai ataupun bermain sekeliling kampung.
      Anak-anak tak puas hati tak dapat mandi manda. Tak per..bukan jauh pun. Nanti nak gi jugak manda mandi sambil berkelah kat pantai ni. Tak yah tidur hotel atau resort , tumpang ajer rumah adik ipar kat Masjid Tanah.
      Bila suami (yang tengah mencangkung) kata,
      Dah jom balik, sape lambat kena tinggal , kelam kabutlah masing-masing pergi basuh kaki.
      Sebab ikut rancangan nak gi jejalan ke bandar Melaka pagi Ahad tu.

      Adsense

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...