OOO

Khamis, Januari 27, 2011

Artis MIG Dapat Bonus-David Teo bagilah

Bertuahnya Shaheizy Sam bila di beri rumah semi D oleh Datuk David Teoh di malam penghargaan dan penyampaian Bonus "1 Dekad, 49 Filem" di One World Hotel malam tadi.
Shaheizay Sam merupakan pelakon yang paling banyak menerima bonus pada malam tadi. Beliau yang telah berlakun dalam filem Adnan Sempit,, Niyang Rapik,Evolusi KL Drift2, Ngangkung dan Kongsi (akan ditayangkan tidak lama lagi)
tenguk gambar cam David Teo tak nak kasi ajer
Selain dari rumah beliau telah menerima hadiah mengerjakan umrah bersama-sama ibubapa beliau.
cantik sungguh Lisa ni..
Lisa Surihani telah berlakun dalam filem Semerah Cinta Stilleto, Zoo, Lagenda Budak Setan, Jangan Pandan Belakang Congkak 2, I'm Not Single. Pada malam tadi pengacara majlis ialah Lisa, Angah Raja Lawak dan Along Cham.
Anak umur berapa tahun? Dah masuk 7 tahun
Angah Raja Lawak yang menunjukkan lakunan hebat dalam filem Ngangkung dan Adnan Sempit juga menerima bonus.
Bila akak tanya..mana Eira..Oh dia gi shooting
Azad Jazmin juga berlakun dalam Ngankung, Kongsi , Sifu & Tongga. Beliau dikatakan sedang hangat bercinta dengan Eira Beliau sekarang ni banyak berlakun dalam drama yang di tayangkan di Astro.
Along Cham yang telah berlakon dalam filem Adnan Sempit, My Spy, Sifu & Tongga, 9 September
David Teo memang peramah..Bukan Janji Tapi Pasti
2010 merupakan tahun paling gemilang buat MIG sejak penubuhannya pada tahun 2000. Daripada 29 buah filem yang ditayangkan, 11 daripadanya adalah terbitan MIG. Lebih membanggakan daripada RM73 juta keseluruhan yang di catatkan, RM42 juta adalah milik MIG.

Paling membanggakan apabila filem Ngangkung berjaya dicatatkan didalam Malaysia Book Of Records 2011 sebagai Filem Dengan Kutipan Box-Office Paling Tinggi RM8.4 juta. Filem Adnan Sempit yang di tayangkan pada awal tahun lalu pula mencatat kutipan RM7.8 juta.

Filem-filem MIG yang akan menemui penonton di tahun 2011 ialah
  • Kembar Siang(tayangan 2 Febuari)
  • Kongsi (12 Mei)
  • Keramat, Senario The Movie Ops Pocot
  • Sekali Lagi
  • 321 Cinta
  • Flat 3A
  • 8 jam
  • Alamak...Toyol! (tenguk promo memang best..angah raja lawak,datuk hamid gurkha berlakun)
  • Petiga dan banyak lagi
Staff MIG pun dapat bonus tau. Bukan calang-calang hadiah yang mereka dapat. Pengarah Ahmad Idham menerima sijil penghargaan manakala Pegawai Pemasaran, Norharzilah Abdullah, Norul Asyikin Ismail dan Pegawai Am, Eng Chon San masing-masing mendapat rumah Semi D 2 tingkat.

Pengarah Perhubungan Awam MIG, Azahari Abdul Hamid mendapat Merceds-Benz E 200 dan pengarah Ngangkung, Ismail Bob Hasim mendapat kereta Toyota Aphard. Jurutera Bunyi, Brian Ng mendapat rumah banglo. Memang untung mereka yang setia bekerja dengan MIG.

Banyak lagi gambar..tunggu yer

30 ulasan:

  1. aku nk tinguk blogger2 lain pakai apa atas red carpet. hehe

    BalasPadam
  2. salam, kak boleh tanya sikit mcm aner akak boleh join event ni?? akak join berlakon ke?? hehehe

    BalasPadam
  3. wah..minat sangat kat shaheizy sam..muappp//

    BalasPadam
  4. Kalau baik hati, email saya gambar-gambar yg ada gambar saya. Kamera malam tadi byk blur. Tensen. Kak Ina edit resolution kasi rendah sikit ye. 480 X 600 ke, senang nak email

    phreak-id@gmail.com

    Gambar nak letak watermark kak ina pun takpe. Nanti saya kasi credit. Tengkiu.



    Terbaru > VideoKlip Hafiz AF7 - Awan Nano Memang Terbaekk! > Maxis Om Nom Nom : The Conclusion [Kami 1st] > Gadis-Gadis di Jabatan Ku.

    BalasPadam
  5. kak... tayang dekat2 skit ... tudung hitam tapi versi len plak.... heheheh
    Lawa...

    BalasPadam
  6. keje ngan david teo la pasni. dpt jadi tukang masak pun ok gak. haha...bgsnye dia bg dalam bentuk item dan bukan duit semata2 saje...

    BalasPadam
  7. waa...kak ina attend event MIG! bravo!! kot2 next year tiba2 ada 'anugerah blogger paling supportive" hehe

    tak leh blah ayat2 kat perenggan terakhir tur..jeless!!!

    BalasPadam
  8. best la akak yer dapat bergambar dgn artis ngankung..:)

    BalasPadam
  9. murah hati ye david teoh .

    nak mintak keje ngn mig ler ..

    BalasPadam
  10. seronoknya dapat bonus..tp semua tu hasil usaha mereka juga kan..

    wah akak..dah macam artis jugak..:)

    BalasPadam
  11. kak ina xnak bgthu kat david teoh ke nak berlakon filem dia akan dtg..?

    BalasPadam
  12. la apsal saya tak de kat atas pentas... :p ngeh

    BalasPadam
  13. bestnya dapat jumpa pelakon pujaan hati

    BalasPadam
  14. fuiyooo.. bestnya dapat rumah!!!


    psst... kak ina bagi no tepon tak kat david teo? mana tau kot ada peluang berlakon filem dia nanti.. hehe

    BalasPadam
  15. tahniah, semoga anda semakin maju dalam dunia blogger ni. sy dpat link kamu dr redmummy.. WOW!! salam kenal Your Rare Information Site

    BalasPadam
  16. bukan janji tp pasti!


    mmg jd tagline ler
    hehehehe

    BalasPadam
  17. wow!!! jumpa artis.hehehehe!!! bagus david teo. tak makan untung sorang2 ;)

    BalasPadam
  18. salam kak ina

    jeles la tgk kak ina amik gambo ngan sam..kalau line clear.kirim salam kat dia ye..hehe

    BalasPadam
  19. Fewiiitttt....tuan blog ni glemer betul...

    jeles jeles jeles...eceh..

    Kak Ina..saya tag akak..ada kat blog saya...time kasih...

    BalasPadam
  20. wah syoknye Kak Ina dapat bergambar ngan Sam.. I LIKE!!!

    BalasPadam
  21. ada rahsia nih... david toeh kasi tawaran berlakon kat akak tak? heheheee

    BalasPadam
  22. wah akak glamour u boleh jumpa pelakon ramai2 huhuhuh.....bestnya...dorang dapat bonus kan...kita gak yang nganga huhuhu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...