tq googleBila akak banyak masa akak suka blogwalking tak kiralah tuan punya blog pernah jenguk blog akak ker idak. Suka baca orang lain punya pandangan dan luahan perasaan.
Rupanya ada isu hangat ek...isunya blogger otai sombong!!! Tapi tak taulah ada yang perasan ataupun tidak? Ada blogger yang tak puas hati sebab mungkin dia tak dilayan bila dia komen kat bawah N3 blogger otai itu lalu di chap yang blogger otai tu sombong.
Mungkin disebabkan otai yang tak layan blogger tersebut sampai blogger tersebut terasalah pulak. Iyerlah manusia ni bukannya sama sebab ada yang berjiwa sensitif/jiwang-jiwang/romantik dan juga berjiwa kental/rock.
Blogger otai bagi akak ialah blogger yang telah berkecimpung lebih dari 5 tahun dan bagi akak yang baru masuk 2 tahun berblog bolehlah dipanggil blogger separuh otai tapi kira di panggil otai bagi seorang isteri/ibu.
Bila mula-mula menjadi blogger kebanyakkannya rajin blogwaking dan sudi menjawab komen-komen sebab hendak mempromosi/memperkenalkan blog masing-masing. Kalau tak buat macam tu jangan haraplah orang akan kenal kita jika kita malas/tak rajin buat camtu.
Begitulah yang akak lakukan bila akak mula-mula berkecimpung dalam dunia blogging. Dari syoik sendiri berpot-pet sebab tak ada orang nak komen dan yang nak datang keblog cuma sekitar 10-25 orang (itupun member masak memasak), alhamdulliah berkat usaha keras akhirnya pembaca blog akak mencecah sehingga 4 angka.
Bila dah sampai tahap macamtu punya ramai (taklah seramai otai lain..tapi kira dah okeylah tu) kita mula merasa ishh malasnya nak blogwalking sebab mula terasa bahang menjadi fofolor aka glam dan jika kita tak berblogwalking pun kita rasa orang masih sudi datang nak baca blog kita. Betul tak?
Bila dah di kenali dan ramai yang sudi mengomen makin tak laratlah blogger otai nak jawab segala-galanya terutama yang sibuk tahu segala-galanya sampai perkara yang di tanya tu dah di ulang banyak kali.
Kalau blogger otai bekerja pulak tentulah mereka sibuk dengan kerja mereka, mereka mestilah utamakan pekerjaan mereka sebab kang disebabkan ashiklah melayan blog nanti periuk nasi tak berasap, sape yang susah...mereka gak yang susah.
Bagi blogger yang dah berkawin pulak sibuk dengan hal rumahtangga..sibuk dengan isteri/suami dan anak-anak. Kang kalau ashik melayan blog/blogger takut pulak suami/isteri terasa dan akan terjadi perang dingin. Takut tau bila isteri/suami merajuk...tak tahan bila mereka kata..
ashiklah dengan blogger..ashiklah dengan blog..ashiklah mengadap pc/laptop.sakit hati dan sakit telinga bila terdengar ayat itu.

Sebab itu kalau ada hal keluarga bertembung dengan hal blogger/event nuffnang akak akan lebih utamakan family, kang kalau akak utamakan orang lain..sape yang susah..akak gak yang susah. Bukan senang nak jaga hati suami/isteri ini tau.
Insyallah, akak yang taklah sibuk sangat macam blogger otai yang dah fofolur dan berkerjaya akan cuba blog walking ke blog yang sudi memberi komen terutama member-member cyber yang menyokong akak dari dulu kini dan sekarang. Mungkin akak tak jawab dengan segera tapi akan akak cuba juga pergi keblog anda yer.
Akak akan ingat pepatah ....hidup ini umpama roda, tak selamanya kita akan duduk di atas pada satu masa kita akan kebawah juga jika tak beringat. Harap akak tak lupa diri.
p/s cuba tanya dengan member blogger yang pernah akak jumpa..
air muka akak ni memang garangkan tapi
AKAK NI SOMBONG KER?
41 comments
Saya pun kalau org tak kenal mesti ingat saya sombong.
tp saya dah penah jumpa kak ina..
kak ina tak sombong pun..bila lah dpt jumpa lagi ye kak ..!
by atty's on 24 Januari 2011 10:14 PG. #
Haah,kak ina kl memang sombong giler..jumpa saya buat dek je..mentang2la saya tak glam...takper2,ada ubi ada batas...
Hik3,tipu aja..kak ina kl antara bloggers yang paling friendly pernah saya jumpa..byk belajar dari dia..menyesal kali ketiga jumpa baru berani tegur coz ingatkan garang..itupun mahu diluku kepala saya..
kata orang mahu belajar carilah guru..dan kak ina kl antara guru saya dalam berblog..cepat2 menuntut ilmu...lepas ni dia nak charge RM10 kalau mahu menuntut..
hik3, knowing u kak ina adalah one of the best things for me in blogging...chaiyokk....
by Eyriqazz on 24 Januari 2011 10:22 PG. #
hehehehee..kak ina muka garang, but xsombong pon..hhehee...tq kak share ni..sory lame xjnguk ea..xbrapa sehat sbb demam..choii!..hehe..
by mia on 24 Januari 2011 10:24 PG. #
ermm k ina tu, dia ingat dia blogger otai ke, dah lah sombong plak tu. ingat dia masak sedap ke? huahuahuahauhauahuauahuaua
ala k ina, jangan merah tau.. nanti lagi cepat tua hehehehe..
all the best k ina..
by CikLilyPutih on 24 Januari 2011 10:27 PG. #
ishh.. mana ada sombong.. muka jer garang tp hati terbaekk dari ladang punyer..
sy dah jumpa kak ina rasanyer 2 kali.. 1st time masa vaseline event.. memula takut nak tegur tp cuba beranikan jugak lah.. ha, ko bila dah bertegur sapa, baru tau yg kak ina nih mmg peramah giler..
2nd time masa tgk Rapunzel.. wlupun kali ke-2 jumpa, rasa mcm dah kenal bertahun.. siap laga2 pipi lagii.. hohoho.. jgn jeles..
tp mmg kak ina peramah.. luv u kak ina.. bkn sy nak bodek tp kenyataan.. luv u kak ina.. hohoho
by ManjaIxora on 24 Januari 2011 10:29 PG. #
salam kak ina..
hal ini subjektif..terpulang pada pandagn masing2..
tapi saya suka tang kata2 hikmat akak tu..hidup umpama rodakan..justeru kita semua patut beringat2..
hepi2 blogging kak..
by sarah-najwan on 24 Januari 2011 10:31 PG. #
tarak sombong punya laa. maybe xdak masa. masa dgn keluarga laa
by Matjoe on 24 Januari 2011 10:37 PG. #
pnh jmpe akak kt gatsby event, tp sy xtegur..tgk pda jauhje..tgk cam peramahhh..huhuhu
by Mummy Zara Sofea on 24 Januari 2011 10:39 PG. #
siyes laaa kak ina..tgk muka takutttt...nampak garang laa...tapi bila kak ina dah start celoteh di belog mmg terserlah laa keramahan itu... ;)
by far_east on 24 Januari 2011 10:41 PG. #
semua org pernah duduk bawah
by hamzah ian on 24 Januari 2011 10:41 PG. #
otai ke x otai ke sama je, terpulang pada individu
Terkini : 10 Sebab Lelaki Membujang
by suffer8zine on 24 Januari 2011 10:44 PG. #
haha.xtau pun ade isu cmne lg.. skg ne dh susah nk on9 cam dlu..tenet cam harem.. mlm xleh nk on9 sgt dh melainkan kt cc.. maklumat terkini pun dh ketinggalan.nhehe..
by darkbatman on 24 Januari 2011 10:49 PG. #
Dah salu dtg blog akak, sy rasa akak nie lar lar sombong sgt pun.. cuma ssh nak senyum jer.. hehehe
by Lizzie Yasmin on 24 Januari 2011 10:50 PG. #
kak ina x smbong pun. akk pun penah balas komen kat entry yatie. hehe. bg yatie, kdng2 bukn blogger tu smbong, tapi mungkin mereka ni busy dengan kerjaya atau belajar.
by Pinky Pixie on 24 Januari 2011 10:51 PG. #
mana ada sombong..kak ina so friendly..i like
by - zuriey - on 24 Januari 2011 10:51 PG. #
kalo yg xbalas kunjungan tu, mgkin sbb diorang terlalu busy..smp dh xde masa nk berblogwalking..
bg kita yg baru mula2 nak tumbuh dlm dunia blog ni terpaksalah merajinkan diri sikit..
Jom Lawat Blog Bardboo
by bardboo on 24 Januari 2011 10:52 PG. #
alamak isu panas apa ni? blogger otai mana?? ketinggalan la..
tungggu wa call lu kak ina untuk maklumat lanjut
by Pnut on 24 Januari 2011 10:53 PG. #
akak muka mmg nampak garang tapi dalam hati ada taman...ngeh...bila nak jumpa akak ni...huhu sombong arr kak hahahahaha
by AyuArjuna BiGoshh on 24 Januari 2011 11:04 PG. #
ni saya nya pendapat peribadi selaku blogger yg br setahun jagung layan blog & tak de nama langsung.. ...
kak ina - sket pun tak sombong,sudi jerk jenguk2 blog tak seberapa saya..
eyriqazz - rasanya tiap kali tinggal komen tak miss dia reply..dia kasi chance jer saya tumpang menempek kat bloglist dia
redmummy - kalo saya komen kat fb dia..mesti reply jer..
see...tak sombong kan!!
sekadar kongsi pendapat & experience sendiri..takder nak kipas sapa2.pokok pangkalnya diri sendiri kena ler ramah tamah dulu
by MamaYatie on 24 Januari 2011 11:04 PG. #
tengok seimbas lalu
muka aka muka garang
tpi maaf ye ckp
bile tgk gmbo2 akak yg candid
byk muka blur.
huhuhuuh
by Sidratul Muntaha on 24 Januari 2011 11:12 PG. #
idak ler sombong
peramah kak ina nie
tapi memang betul pun ada blogger otai yang sombong (^.^)
by farra-eng on 24 Januari 2011 11:24 PG. #
ada yang sombong .. tapi aga gak yg friendly macam kak ina... sebab selalu terjah balik kalau munna komen
by munna on 24 Januari 2011 11:42 PG. #
huhu tu la tah la tak taw nak bg pendapat cmne.. huhu neway mcam akak mang terbaek ar.kekadang mang akak singgah blog2 baru macam saya.. hehe saya selalu support blog akak truskan brblogging ok
pssttt ; muka namapak garang tp hati baek kan hehe ;)
by CahayaCintaIlahi on 24 Januari 2011 11:54 PG. #
kdg2 blogger tu yg sentap sendiri. blogger otai pun ade kehidupan lain. kalo dh beribu cmno nk balas-membalas kunjungan dlm 1 hr kan?
by paish on 24 Januari 2011 12:07 PTG. #
jgn lupa biskut aku kak. hehehehe
by Jard The Great on 24 Januari 2011 12:14 PTG. #
setuju..mmg ramai blogger otai sombong..
Jadual Perlumbaan Le Tour de Langkawi 2011 (LTDL 2011) Edisi 16 (21 Januari - 1 Februari 2011)
by velasrizal on 24 Januari 2011 12:18 PTG. #
La...ada jugak isucamtu ke k.ina....sabar je la....he..he..
by QiStinA's on 24 Januari 2011 12:28 PTG. #
as salam kak, blm jumpe mmg la nmpk sombong, tp bila dh jumpa tak kot...bila la saya blh jumpa akak nie..
by ~suzieyla ahmad~ on 24 Januari 2011 12:30 PTG. #
sy baru je join blog akak..sbb sy ni br je nk berjinak2 dgn dunia blog ni...
jgn le sombg2..xbaik kn camtu..!! =D
by qaseh johanna on 24 Januari 2011 12:37 PTG. #
mungkin diorg nmpk otai2 ni sombong kat dlm blog je. tapi diorg x tau sbnrnya mungkin diorg takde masa sgt nk lyn blog. lepas tulis artikel, terus blah. mcm style aku la. hohoho
by Kyuubi on 24 Januari 2011 12:45 PTG. #
sape kata kak ina sombong memang saje tempah giliran untuk dibelasah reramai. haha.
masa jumpa akak lepas tengok rapunzel tu, akak gak yg tegur kitaorang. kiteorang nak tegur memang segan dah. tak sangka ingat gak akak kat kami ni.hehehe
saya tetap sokong akak :)
by FareedSairi on 24 Januari 2011 12:48 PTG. #
heheheh saya takut gak kot kot org ckp sombong... sbb saya lambat panas mulut nak bercakap...
citer pasal blogwalking.. xtvt yang susah sekarang nak dibuat sbb bz dgn anak
by sawanila on 24 Januari 2011 12:59 PTG. #
tq sgt2 tau sbb akak selalu gak dtg my blog :)
bro eyriqazz pun ada gak dtg--even dia dh tahap otai--income nuff dia ribu raban tu :)
by Mama Zharfan on 24 Januari 2011 1:00 PTG. #
Salam Kak Ina,
Biasalah manusia,buat apa pun pasti di kritik. Org yg berjaya pasti dpt menahan sume itu.
Bagi saya tak kisah samada blogger otai ni singgah atau tidak, bila dia keluarkan N3 yg menarik pasti saya akan intai....semuga berjaya!
by azian on 24 Januari 2011 2:12 PTG. #
sy selalu datang blog akak..hehe tapi saya rasa akak tak sombong..sudi jugak tengok blog saya tuh..hehe :)
by aNnE on 24 Januari 2011 2:23 PTG. #
bagusnyerrr siapa yg tdk sombong he he
by freeman on 24 Januari 2011 3:38 PTG. #
dulu ingat Kak Ina sombong, yela muka garang, jarang terjah blog. Tapi dah jumpa 2 3x xpun, baik ati.. peramah bebenor :)
Cuma biasalah org nak naik cam Pojie nih perlukan sokongan blogger2 hebat cam akak terutamanya, tapi bila xdpt sambutan hampa gak.. tp lama2 Pojie malas la amik port, tulis jela selaghi mampu sebab tau diri sndiri xmampu nak duduk sebaris dgn blogger2 meletop :)
PojiePooh; Hanya Satu...
by ||| PöJìé PööH ||| on 24 Januari 2011 3:56 PTG. #
yang pasti, 2 kali saye jumpa, 2 kali saya happy. :D
by Amanina on 24 Januari 2011 4:20 PTG. #
ha'a.. betul tu kak ina
kdg2 kita ada tanggungjawab lain yg perlu didahulukan
takkan asyik nak bw jer kan
errr... tapi saya bukan otai! tak glamer pun! hehehe
by h4ni3 on 24 Januari 2011 4:23 PTG. #
Salam kak
tak kenal,maka tak cinta
by Peri PiA on 25 Januari 2011 1:22 PTG. #
salam kak , dok nak komen psl entry ni tup2 lupe.. ni dh ingt zr nak komen ..
YUP , mmg ado blogger otai yg pasan dia baguih, dok komen kt org yg selalu or baling besh , yg tiap2 minit menepek kt blog dia.. kut2 kite ni xkan nak ngadap blog dia je kan .. kalau kite tepek , dia langsug le xdak reply .. sedih jgk , lama2 zr rs x kisah .. banyak lg otai2 yg baik & besh cm akak ina .. even lum penah jmp berdepan( nmpak akak kt getsby geth aritu tp segan nak tegur) tp zr tau kak ina mmg bloger otai yg sgt2 le peramah ..
tingin nak rs kukis akak
by fazilzura on 26 Januari 2011 4:14 PTG. #
Catat Ulasan