OOO

Isnin, Januari 24, 2011

Betul ker blogger otai sombong?

tq google
Bila akak banyak masa akak suka blogwalking tak kiralah tuan punya blog pernah jenguk blog akak ker idak. Suka baca orang lain punya pandangan dan luahan perasaan.

Rupanya ada isu hangat ek...isunya blogger otai sombong!!! Tapi tak taulah ada yang perasan ataupun tidak? Ada blogger yang tak puas hati sebab mungkin dia tak dilayan bila dia komen kat bawah N3 blogger otai itu lalu di chap yang blogger otai tu sombong.

Mungkin disebabkan otai yang tak layan blogger tersebut sampai blogger tersebut terasalah pulak. Iyerlah manusia ni bukannya sama sebab ada yang berjiwa sensitif/jiwang-jiwang/romantik dan juga berjiwa kental/rock.

Blogger otai bagi akak ialah blogger yang telah berkecimpung lebih dari 5 tahun dan bagi akak yang baru masuk 2 tahun berblog bolehlah dipanggil blogger separuh otai tapi kira di panggil otai bagi seorang isteri/ibu.

Bila mula-mula menjadi blogger kebanyakkannya rajin blogwaking dan sudi menjawab komen-komen sebab hendak mempromosi/memperkenalkan blog masing-masing. Kalau tak buat macam tu jangan haraplah orang akan kenal kita jika kita malas/tak rajin buat camtu.

Begitulah yang akak lakukan bila akak mula-mula berkecimpung dalam dunia blogging. Dari syoik sendiri berpot-pet sebab tak ada orang nak komen dan yang nak datang keblog cuma sekitar 10-25 orang (itupun member masak memasak), alhamdulliah berkat usaha keras akhirnya pembaca blog akak mencecah sehingga 4 angka.

Bila dah sampai tahap macamtu punya ramai (taklah seramai otai lain..tapi kira dah okeylah tu) kita mula merasa ishh malasnya nak blogwalking sebab mula terasa bahang menjadi fofolor aka glam dan jika kita tak berblogwalking pun kita rasa orang masih sudi datang nak baca blog kita. Betul tak?

Bila dah di kenali dan ramai yang sudi mengomen makin tak laratlah blogger otai nak jawab segala-galanya terutama yang sibuk tahu segala-galanya sampai perkara yang di tanya tu dah di ulang banyak kali.

Kalau blogger otai bekerja pulak tentulah mereka sibuk dengan kerja mereka, mereka mestilah utamakan pekerjaan mereka sebab kang disebabkan ashiklah melayan blog nanti periuk nasi tak berasap, sape yang susah...mereka gak yang susah.

Bagi blogger yang dah berkawin pulak sibuk dengan hal rumahtangga..sibuk dengan isteri/suami dan anak-anak. Kang kalau ashik melayan blog/blogger takut pulak suami/isteri terasa dan akan terjadi perang dingin. Takut tau bila isteri/suami merajuk...tak tahan bila mereka kata..
ashiklah dengan blogger..ashiklah dengan blog..ashiklah mengadap pc/laptop
.sakit hati dan sakit telinga bila terdengar ayat itu.
Sebab itu kalau ada hal keluarga bertembung dengan hal blogger/event nuffnang akak akan lebih utamakan family, kang kalau akak utamakan orang lain..sape yang susah..akak gak yang susah. Bukan senang nak jaga hati suami/isteri ini tau.

Insyallah, akak yang taklah sibuk sangat macam blogger otai yang dah fofolur dan berkerjaya akan cuba blog walking ke blog yang sudi memberi komen terutama member-member cyber yang menyokong akak dari dulu kini dan sekarang. Mungkin akak tak jawab dengan segera tapi akan akak cuba juga pergi keblog anda yer.

Akak akan ingat pepatah ....hidup ini umpama roda, tak selamanya kita akan duduk di atas pada satu masa kita akan kebawah juga jika tak beringat. Harap akak tak lupa diri.
p/s cuba tanya dengan member blogger yang pernah akak jumpa..
air muka akak ni memang garangkan tapi
AKAK NI SOMBONG KER?

42 ulasan:

  1. Saya pun kalau org tak kenal mesti ingat saya sombong.

    tp saya dah penah jumpa kak ina..
    kak ina tak sombong pun..bila lah dpt jumpa lagi ye kak ..!

    BalasPadam
  2. Haah,kak ina kl memang sombong giler..jumpa saya buat dek je..mentang2la saya tak glam...takper2,ada ubi ada batas...

    Hik3,tipu aja..kak ina kl antara bloggers yang paling friendly pernah saya jumpa..byk belajar dari dia..menyesal kali ketiga jumpa baru berani tegur coz ingatkan garang..itupun mahu diluku kepala saya..


    kata orang mahu belajar carilah guru..dan kak ina kl antara guru saya dalam berblog..cepat2 menuntut ilmu...lepas ni dia nak charge RM10 kalau mahu menuntut..

    hik3, knowing u kak ina adalah one of the best things for me in blogging...chaiyokk....

    BalasPadam
  3. hehehehee..kak ina muka garang, but xsombong pon..hhehee...tq kak share ni..sory lame xjnguk ea..xbrapa sehat sbb demam..choii!..hehe..

    BalasPadam
  4. ermm k ina tu, dia ingat dia blogger otai ke, dah lah sombong plak tu. ingat dia masak sedap ke? huahuahuahauhauahuauahuaua
    ala k ina, jangan merah tau.. nanti lagi cepat tua hehehehe..

    all the best k ina..

    BalasPadam
  5. ishh.. mana ada sombong.. muka jer garang tp hati terbaekk dari ladang punyer..

    sy dah jumpa kak ina rasanyer 2 kali.. 1st time masa vaseline event.. memula takut nak tegur tp cuba beranikan jugak lah.. ha, ko bila dah bertegur sapa, baru tau yg kak ina nih mmg peramah giler..

    2nd time masa tgk Rapunzel.. wlupun kali ke-2 jumpa, rasa mcm dah kenal bertahun.. siap laga2 pipi lagii.. hohoho.. jgn jeles..

    tp mmg kak ina peramah.. luv u kak ina.. bkn sy nak bodek tp kenyataan.. luv u kak ina.. hohoho

    BalasPadam
  6. salam kak ina..

    hal ini subjektif..terpulang pada pandagn masing2..

    tapi saya suka tang kata2 hikmat akak tu..hidup umpama rodakan..justeru kita semua patut beringat2..

    hepi2 blogging kak..

    BalasPadam
  7. tarak sombong punya laa. maybe xdak masa. masa dgn keluarga laa

    BalasPadam
  8. pnh jmpe akak kt gatsby event, tp sy xtegur..tgk pda jauhje..tgk cam peramahhh..huhuhu

    BalasPadam
  9. siyes laaa kak ina..tgk muka takutttt...nampak garang laa...tapi bila kak ina dah start celoteh di belog mmg terserlah laa keramahan itu... ;)

    BalasPadam
  10. otai ke x otai ke sama je, terpulang pada individu

    Terkini : 10 Sebab Lelaki Membujang

    BalasPadam
  11. haha.xtau pun ade isu cmne lg.. skg ne dh susah nk on9 cam dlu..tenet cam harem.. mlm xleh nk on9 sgt dh melainkan kt cc.. maklumat terkini pun dh ketinggalan.nhehe..

    BalasPadam
  12. Dah salu dtg blog akak, sy rasa akak nie lar lar sombong sgt pun.. cuma ssh nak senyum jer.. hehehe

    BalasPadam
  13. kak ina x smbong pun. akk pun penah balas komen kat entry yatie. hehe. bg yatie, kdng2 bukn blogger tu smbong, tapi mungkin mereka ni busy dengan kerjaya atau belajar.

    BalasPadam
  14. mana ada sombong..kak ina so friendly..i like

    BalasPadam
  15. kalo yg xbalas kunjungan tu, mgkin sbb diorang terlalu busy..smp dh xde masa nk berblogwalking..

    bg kita yg baru mula2 nak tumbuh dlm dunia blog ni terpaksalah merajinkan diri sikit..

    Jom Lawat Blog Bardboo

    BalasPadam
  16. alamak isu panas apa ni? blogger otai mana?? ketinggalan la..
    tungggu wa call lu kak ina untuk maklumat lanjut

    BalasPadam
  17. akak muka mmg nampak garang tapi dalam hati ada taman...ngeh...bila nak jumpa akak ni...huhu sombong arr kak hahahahaha

    BalasPadam
  18. ni saya nya pendapat peribadi selaku blogger yg br setahun jagung layan blog & tak de nama langsung.. ...

    kak ina - sket pun tak sombong,sudi jerk jenguk2 blog tak seberapa saya..

    eyriqazz - rasanya tiap kali tinggal komen tak miss dia reply..dia kasi chance jer saya tumpang menempek kat bloglist dia

    redmummy - kalo saya komen kat fb dia..mesti reply jer..

    see...tak sombong kan!!
    sekadar kongsi pendapat & experience sendiri..takder nak kipas sapa2.pokok pangkalnya diri sendiri kena ler ramah tamah dulu

    BalasPadam
  19. tengok seimbas lalu
    muka aka muka garang
    tpi maaf ye ckp
    bile tgk gmbo2 akak yg candid
    byk muka blur.
    huhuhuuh

    BalasPadam
  20. idak ler sombong
    peramah kak ina nie
    tapi memang betul pun ada blogger otai yang sombong (^.^)

    BalasPadam
  21. ada yang sombong .. tapi aga gak yg friendly macam kak ina... sebab selalu terjah balik kalau munna komen

    BalasPadam
  22. huhu tu la tah la tak taw nak bg pendapat cmne.. huhu neway mcam akak mang terbaek ar.kekadang mang akak singgah blog2 baru macam saya.. hehe saya selalu support blog akak truskan brblogging ok

    pssttt ; muka namapak garang tp hati baek kan hehe ;)

    BalasPadam
  23. kdg2 blogger tu yg sentap sendiri. blogger otai pun ade kehidupan lain. kalo dh beribu cmno nk balas-membalas kunjungan dlm 1 hr kan?

    BalasPadam
  24. La...ada jugak isucamtu ke k.ina....sabar je la....he..he..

    BalasPadam
  25. as salam kak, blm jumpe mmg la nmpk sombong, tp bila dh jumpa tak kot...bila la saya blh jumpa akak nie..

    BalasPadam
  26. sy baru je join blog akak..sbb sy ni br je nk berjinak2 dgn dunia blog ni...
    jgn le sombg2..xbaik kn camtu..!! =D

    BalasPadam
  27. mungkin diorg nmpk otai2 ni sombong kat dlm blog je. tapi diorg x tau sbnrnya mungkin diorg takde masa sgt nk lyn blog. lepas tulis artikel, terus blah. mcm style aku la. hohoho

    BalasPadam
  28. sape kata kak ina sombong memang saje tempah giliran untuk dibelasah reramai. haha.

    masa jumpa akak lepas tengok rapunzel tu, akak gak yg tegur kitaorang. kiteorang nak tegur memang segan dah. tak sangka ingat gak akak kat kami ni.hehehe

    saya tetap sokong akak :)

    BalasPadam
  29. heheheh saya takut gak kot kot org ckp sombong... sbb saya lambat panas mulut nak bercakap...
    citer pasal blogwalking.. xtvt yang susah sekarang nak dibuat sbb bz dgn anak

    BalasPadam
  30. tq sgt2 tau sbb akak selalu gak dtg my blog :)
    bro eyriqazz pun ada gak dtg--even dia dh tahap otai--income nuff dia ribu raban tu :)

    BalasPadam
  31. Salam Kak Ina,
    Biasalah manusia,buat apa pun pasti di kritik. Org yg berjaya pasti dpt menahan sume itu.
    Bagi saya tak kisah samada blogger otai ni singgah atau tidak, bila dia keluarkan N3 yg menarik pasti saya akan intai....semuga berjaya!

    BalasPadam
  32. sy selalu datang blog akak..hehe tapi saya rasa akak tak sombong..sudi jugak tengok blog saya tuh..hehe :)

    BalasPadam
  33. bagusnyerrr siapa yg tdk sombong he he

    BalasPadam
  34. dulu ingat Kak Ina sombong, yela muka garang, jarang terjah blog. Tapi dah jumpa 2 3x xpun, baik ati.. peramah bebenor :)

    Cuma biasalah org nak naik cam Pojie nih perlukan sokongan blogger2 hebat cam akak terutamanya, tapi bila xdpt sambutan hampa gak.. tp lama2 Pojie malas la amik port, tulis jela selaghi mampu sebab tau diri sndiri xmampu nak duduk sebaris dgn blogger2 meletop :)

    PojiePooh; Hanya Satu...

    BalasPadam
  35. yang pasti, 2 kali saye jumpa, 2 kali saya happy. :D

    BalasPadam
  36. ha'a.. betul tu kak ina
    kdg2 kita ada tanggungjawab lain yg perlu didahulukan
    takkan asyik nak bw jer kan


    errr... tapi saya bukan otai! tak glamer pun! hehehe

    BalasPadam
  37. salam kak , dok nak komen psl entry ni tup2 lupe.. ni dh ingt zr nak komen ..

    YUP , mmg ado blogger otai yg pasan dia baguih, dok komen kt org yg selalu or baling besh , yg tiap2 minit menepek kt blog dia.. kut2 kite ni xkan nak ngadap blog dia je kan .. kalau kite tepek , dia langsug le xdak reply .. sedih jgk , lama2 zr rs x kisah .. banyak lg otai2 yg baik & besh cm akak ina .. even lum penah jmp berdepan( nmpak akak kt getsby geth aritu tp segan nak tegur) tp zr tau kak ina mmg bloger otai yg sgt2 le peramah ..

    tingin nak rs kukis akak

    BalasPadam
  38. Hik hik hik N3 terbaek lah akak :D... Mane de akak sombong muka je garang hati baik punyerr :D..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...