lazada

Lazada Malaysia

Ahad, Januari 30, 2011

Keputusan Rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) N05: TENANG, JOHOR-Banjirlah Pulak

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor apabila calonnya, Mohd Azahar Ibrahim mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi.

N05: TENANG, JOHOR
Jumlah pengundi: 14,753
KEPUTUSAN:
  • Normala Sudirman (Pas) 2,992 undi
  • Mohd Azahar Ibrahim (BN) 6,699 undi
  • Jumlah mengundi 9,833 pengundi
  • Peratus mengundi 67 peratus
  • Undi rosak 142 undi
  • Majoriti 3,707 undi

nasib baik akak tak terperangkap dalam banjir masa balik kampung..hujan dari petang Sabtu sampai ke hari Ahad tak berhenti.

Banjir besar melanda pekan Labis ketika berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang akibat hujan lebat yang turun tanpa berhenti sejak awal pagi ini.

Hujan lebat yang sekali sekala renyai turun secara berterusan sejak enam hari lepas menyebabkan Labis dan beberapa kawasan lain di Johor turut dilanda banjir termasuk Segamat, Ayer Hitam dan Yong Peng.

Banjir besar yang melanda pekan Labis kali ini disifatkan oleh beberapa penduduknya sebagai antara yang terburuk sejak beberapa tahun ini dan lebih buruk daripada kejadian serupa pada 2006.

Hampir seluruh pekan Labis Lama yang terletak berhampiran sungai ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter.

Jurucakap polis di sini, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, semua jalan utama Labis-Segamat ditenggelami air dan ditutup kepada lalu lintas. – Bernama

keadaan air sungai di bandar Segamat pagi tadi
Bila air parit depan rumah fil mula naik pagi tadi terpaksalah kami pulang ke Kuala Lumpur dengan segera sebab takut terperangkap di jalan raya sebab banjir. Sepanjang perjalanan air mula naik hingga ke jalanraya. Alhamdulliah kami selamat sampai ke Kuala Lumpur petang tadi. Kena balik juga hari ni sebab suami bekerja dan Imran sekolah pada hari Isnin.


Lagipun fobia bila mengenangkan kereta kami di tenggelami air pada tahun 1999 (kalau tak silapyang lepas dan kami tak dapat balik ke Kuala Lumpur sebab jalan semua di tutup pada masa itu. Bila repair kena ribu riban.

Bila call fil petang tadi ,rumah dah di masuki air ..beliau di arahkan berpindah ke Sekolah di Pekan Batu Anam. Semuga selamatlah hendaknya.

Sempat gak beli ikan baung sungai kat Segamat masa hantar anak buah balik ke rumah. Sekilo RN22.00..besar-besar pulak tu.

6 ulasan:

  1. Salam kak,

    ada petanda tu... sy malaslah nak cakap... faham2 jelah musim pilihanraya ni, janji manismu, fitnah di sana sini...

    boleh diterima sbg bencana alam, tp kita kena fikir2kan apa hikmah disebaliknya...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    2 hari ni main hujan jer...
    semalam ke melaka, tadi pi rawang utk meraikan walimatul urus

    Wassalam

    BalasPadam
  3. salam...
    kak ina....nasib lah kak tak terlibat sama kejadian banjir..

    kawan2 ayu yang pi pilihanraya tak leh balik...
    hari ini pun ayu tersekat di banjir..mujur bawa 4x4..lepas...alhamdullilah

    BalasPadam
  4. lg teruk dr 2006? 2006 tu rasa dah cukup teruk...kalau lebih teruk camnolah plak

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kak..ujan x benti2..rasa lemau jer..wah bestnya ikan baung tu kak..lama x mkn..nk masak per tu kak..sedapnya :p~

    BalasPadam
  6. KL..pun semalam hujan tak berenti2..duk makan tido jerr lahh coti semalam...sambil nonton tv tak pun tv nonton kita lena...huhuhuhuhuhu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...