OOO

Sabtu, Januari 15, 2011

Resepi Potato Gratin

Boring ashik goreng kentang ajer akak pun merajinkan diri buat potato gratin yang jadi kesukaan akak. Dulu dah pernah buat dah tapi dah lama.

Kalau malas nak nak masukkan ke dalam remekin, masukkan ajer selepuk dalam loyang/mangkuk tahan panas. Akak rajinlah pulak masukkan dalam plastik beg dan picit dalam ramekin. Kalau ahli keluarga tak ramai buat separuh ajer dari resepi ni yer.

Bahan-bahan
5 biji kentang
2 sudu besar butter snow (mentega biasa pun boleh)
Sedikit serbuk lada hitam / lada sulah
Sedikit oregano kering
Cheddar cheese yg diparut
Susu segar/susu cair ideal- anggaran 1/2 cawan
Garam secukup rasa
Cara-cara
1. Bersihkan kentang dan rebus hingga empuk
2. Setelah kentang empuk dan lembut keluarkan buang kulit.
3. Masukkan butter dan susu cair ke dalam mangkuk yg berisi kentang tadi dan kacau sebati menggunakan mixer dengan kelajuan yang tinggi.
4. Masukkan lada hitam, garam secukup rasa dan oregano dan kacau rata.
5. Masukkan adunan tadi kedalam mangkuk tahan panas dan taburkan parutan cheese ke atasnya.
6. Dan bakar pada suhu 160 - 180 C sehingga keju cair dan berwarna keperang-perangan.

6 ulasan:

  1. salam kak..rajinnyer akak..sedap tu kak,suker tp x leh mkn bnyk2 :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    banyak khasiat kentang tu

    Wassalam

    BalasPadam
  3. wowww.. so superb lah potato tuh..
    mesti nak juger..

    BalasPadam
  4. nak buat jugaklah..tapi malas nak picit..nak tuang selepuk jer dalam loyang..janji sedapp..kekekeke

    BalasPadam
  5. nampak sgt shedap tp tak reti nak buat ehhe
    semlm my hubby msk jacket potato :) yum yum gak :)

    BalasPadam
  6. saya akan cuba buat sebab saya mmg peminat kentang! thnx kak ina

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers