OOO

Rabu, Januari 12, 2011

Resepi Puding Caramel Lagi

Masa cuti sekolah Ira buat lagi puding caramell ni sebab dia nak makan dan kononnya nak bagi Yana rasa. Kiranya Ira nak eksyenlah kat kakak dia dia dah pandai masak/buat.
Ira pong pang pong kat dapur akak buat derk ajer sebab dia dah reti nak buat.

Bahan-Bahan
Bahan untuk puding
6 biji telur
1 tin susu sejat -guna susu ideal sedap
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

Bahan untuk sos caramel
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air-dalam 2 sudu besar



Cara penyediaan (sos caramel)
Panaskan gula di dalam kuali/periuk hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan. Masukkan air (baik-baik..masa ni panas giler..) dan kacau cepat-cepat dan padam api. Tuang ke dalam loyang/ramekin.
Penyediaan puding
1. Pukul telur sehingga kembang.
2. Setelah itu masukkan gula.
3. Kemudian masukkan susu sejat dan air.
4. Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.
5. Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk.
Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan. Sedia utk dihidangkan..

* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.
Masa keluarkan dari acuan tercacatlah sikit sebab Ira lupa nak bilas loyang dengan air. Tak perlah kan. Puding caramella buatan anak sekolah belum pass lagi.
Nota – Kalau nak nampak tebal sikit kukus dlm loyang bulat 7 inci.

16 ulasan:

  1. huwaaa..mia suka gile puding ni akk..seyess suka gile3..wuwuuww...bestnye tgk pic pon da nmpak sedap...

    BalasPadam
  2. sedapnya kak. rasa nak buatlah esok.

    BalasPadam
  3. cantiknya puding karamel tu...pandai anak akak buat...

    BalasPadam
  4. yaallah kak.. sedapnya.. saya peminat no.1 caramel ni.. huhu..balik nak suruh mak buatlah.. hehehe

    BalasPadam
  5. kak tukatr header ..cantik... nak jugak puding tu...

    BalasPadam
  6. mintak sepotong..
    hehehe..
    mia klau buat xde sapa nak makan sbb fmly xsuka hanyir telur. makan dgn mak je slalu

    BalasPadam
  7. dapnyer kak...
    nk wat tp xdan masa..huhu

    BalasPadam
  8. uiks dari mak membawak ke anak, sumer pandai masak.. nnt leh jd chef utk kak ina kan kan kan.. hohoho

    BalasPadam
  9. qaseh slalu buat. bwk ke opis...kwn2 suka mkn tp qaseh xsuka coz ade telur.

    p/s : untuk puding yang lebih sedap gunakan susu cair IDEAL.

    BalasPadam
  10. munna baru je plan nak buat puding ni minggu ni... adik ira dah tunjuk dulu

    BalasPadam
  11. wah sedapnyer dah lame x buat...insyaallah sehari dua sy akan buatlah dah tergoda ni..

    BalasPadam
  12. nampak sgt sedap..kalau dpt mkn kak ina punya hasil tgn lagi sedappp hehehe

    BalasPadam
  13. akak, nk tnya sikit.
    sy br belajar wat puding ni. tp sblm ni sy kukus 45min. kalo ikutkan, sukatan sy sblm ni kurang dari yg anak akak wt. mcm mana ye nk th puding tu dh siap masak.

    sy bdk baru belajar :)

    BalasPadam
  14. salam..peacenownhereafter ..
    insyallah kalau ikut step by step resepi dan ikut time ..ok ajer jadinya...sebab anak akak buat dah banyak kali..harap boleh membantu yer.

    BalasPadam
  15. kalau yg hanyir tu,kenapa yer

    BalasPadam
  16. nurkema..tu sebab kena buh esen vanilla..untuk kurangkan bau hanyir

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...